Tautan Wacana dalam Penulisan Karangan Pelajar Tingkatan Enam

Kajian ini mengkaji tentang tautan wacana dalam penulisan karangan pelajar Tingkatan Enam. Terdapat tiga objektif utama dalam kajian ini, iaitu untuk menganalisis dan menghuraikan tautan perulangan, tautan kolokasi, dan tautan penghubung ayat serta subjenis tautan, untuk membanding dan menghuraikan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohmad, Shamsul Hazliyatul Akma
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18744/1/FBMK_2010_22_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini mengkaji tentang tautan wacana dalam penulisan karangan pelajar Tingkatan Enam. Terdapat tiga objektif utama dalam kajian ini, iaitu untuk menganalisis dan menghuraikan tautan perulangan, tautan kolokasi, dan tautan penghubung ayat serta subjenis tautan, untuk membanding dan menghuraikan tautan ayat dalam wacana penulisan karangan pelajar Tingkatan Enam dari segi tautan utama dan subjenis tautan dan juga untuk menghuraikan kekerapan tautan ayat dalam wacana penulisan karangan pelajar Tingkatan Enam dari segi tautan utama dan subjenis. Kajian melibatkan 60 orang pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan Enam Atas di sebuah sekolah menengah di Kelantan. Data kajian dikumpul dengan menggunakan kaedah Ujian Menulis Karangan dan Kaedah TInjauan. Setiap sampel diminta menulis sebuah karangan berdasarkan tajuk yang telah ditetapkan. Hasil karangan sampel dianalisis berdasarkan tiga aspek tautan wacana yang utama, iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi, dan tautan penghubung ayat. Tautan-tautan utama tersebut dibahagikan kepada subjenis-subjenis tautan masing-masing. Subjenis tautan perulangan terdiri daripada rujukan, penggantian, elipsis, leksikal, prafrasa, paralelisme dan struktur dan makna sama. Tautan kolokasi pula merangkumi antonim, kohiponiman, hasil dan sifat. Subjenis tautan seperti tautan tambahan, tentangan, sebab-musabab, waktu dan terusan merupakan kelompok tautan penghubung ayat. Berdasarkan data yang telah dikumpul dan dianalisis, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa jenis tautan wacana yang paling banyak terdapat dalam ayat yang ditulis oleh sampel untuk menghasilkan sesebuah karangan ialah tautan perulangan, iaitu sebanyak 55.08% ( 449 ayat), diikuti oleh jenis tautan penghubung ayat dengan peratusannya sebanyak 37.79% (308 ayat), manakala jenis tautan yang paling sedikit dikenalpasti ialah tautan kolokasi dengan kadar 7.12% (58 ayat) sahaja. Jumlah ayat yang telah dianalisis adalah sebanyak 815 ayat secara keseluruhannya. Semua data yang dikumpulkan telah dianalisis secara kuantitatif berdasarkan kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian ini diharap membantu para guru merancang srtrategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan untuk pelajar agar dapat menghasilkan penulisan karangan yang baik dan sempurna.