Penguasaan Kata Kerja dalam Kalangan Pelajar Bacelor Sastera Universiti Putra Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesilapan penggunaan kata kerja dalam kalangan pelajar bacelor Sastera. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti jenis kesilapan penggunaan kata kerja yang kerap dilakukan oleh pelajar, menjelaskan tahap penguasaan pelajar terhadap penggunaan kata kerja ser...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Dawi, Noor Fadilah
格式: Thesis
语言:English
Malay
出版: 2010
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19400/1/FBMK_2010_26_F.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesilapan penggunaan kata kerja dalam kalangan pelajar bacelor Sastera. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti jenis kesilapan penggunaan kata kerja yang kerap dilakukan oleh pelajar, menjelaskan tahap penguasaan pelajar terhadap penggunaan kata kerja serta menghuraikan punca berlakunya kesilapan penggunaan bahasa pertama (B1) dalam kalangan pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang pelajar yang mengambil program Bacelor Sastera dalam pelbagai semester yang telah mengambil subjek Tatabahasa Melayu. Permasalahan yang dibincangkan dalam kajian ini merangkumi kesilapan yang apabila dibiarkan akhirnya diterima sebagai betul, kesilapan dalam kalangan penutur natif sendiri, banyak tumpuan analisis terhadap kesilapan B2 sahaja, kurang penelitian terhadap kesilapan penggunaan kata kerja, serta kekurangan panduan mengatasi kesilapan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik dan soalan latihan berkaitan penggunaan kata kerja. Soalan tersebut diberikan kepada pelajar untuk dijawab dan kemudiannya dianalisis menggunakan teori analisis kesilapan. Data yang diperoleh dimasukkan ke dalam program Excel dan keputusan dianalisis mengikut peratusan dan dihuraikan secara deskriptif. Data dianalisis kembali mengikut tafsiran berdasarkan maklumat yang telah diperoleh. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar B1 masih kerap melakukan kesilapan dalam penggunaan kata kerja dan pelajar didapati masih banyak melakukan kesilapan berbanding dapat menguasainya dengan baik. Terdapat beberapa punca telah dikenalpasti yang menyebabkan permasalahan tersebut. Kajian diakhiri dengan beberapa cadangan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan penggunaan kata kerja dalam kalangan pelajar bacelor Sastera.