Tahap Penguasaan Penulisan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Orang Asli Di Daerah Hulu Langat, Malaysia.

Tahap Penguasaan Penulisan Bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli didapati masih pada tahap rendah dan lemah. Dapatan ini, berdasarkan data-data yang diperoleh daripada keputusan-keputusan peperiksaan awam dan dalaman yang diduduki oleh murid-murid Orang Asli ini. Justeru kajian ini dijalanka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Nordin, Nazirah
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19401/1/FBMK_2010_27_F.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tahap Penguasaan Penulisan Bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli didapati masih pada tahap rendah dan lemah. Dapatan ini, berdasarkan data-data yang diperoleh daripada keputusan-keputusan peperiksaan awam dan dalaman yang diduduki oleh murid-murid Orang Asli ini. Justeru kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan bahasa Melayu dari aspek penulisan. Data-data yang diperoleh, dianalisis secara terperinci bagi mencari punca dan sebab-sebab berlakunya kelemahan penguasaan penulisan bahasa Melayu ini. Berdasarkan kajian ini juga penyelidik berusaha untuk memaparkan cadangan bagi meningkatkan tahap penguasaan penulisan bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli. Kajian berbentuk lapangan ini menggunakan 83 orang murid Orang Asli yang dipilih daripada empat buah sekolah di daerah Hulu Langat. Data kajian ini dianalisis menggunakan Teori Analisis Kesilapan yang dipelopori oleh Pit Corder. Dapatan kajian mendapati tahap penguasaan penulisan bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli ini masih lemah dan rendah. Penguasaan yang rendah dan lemah ini bukan hanya disebabkan oleh gangguan bahasa ibunda atau bahasa pertama mereka tetapi juga dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti penguasaan kosa kata yang rendah, tidak berminat untuk mempelajari bahasa Melayu, tiada galakan daripada keluarga, amalan adat resam dan budaya kaum yang kuat serta latar belakang dan sosioekonomi keluarga yang rendah. Bagi meningkatkan prestasi pencapaian dalam peperiksaan serta meningkatkan tahap penguasaan penulisan bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli adalah melalui latih tubi, bacaan tambahan, dan sebagainya. Aktiviti kebahasaan juga perlu digalakkan dalam masyarakat Orang Asli, khasnya para ibu bapa murid-murid ini. Mereka juga perlu diberi kesedaran tentang peri pentingnya pendidikan, khasnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa kebangsaan di negara ini.