Kelestarian Bahasa Orang Asli Bateq dan Mah Meri Berdasarkan Aspek Fonologi dan Leksikal

Kepupusan bahasa orang Asli di Malaysia semakin ketara. Kajian-kajian mendapati bahawa bahasa-bahasa itu turut menerima kesan dari era globalisasi dan modenisasi. Jika usaha pendokumentasian dan pelestarian tidak dilakukan dalam waktu terdekat, dijangkakan bahasa-bahasa itu akan pupus. Kajian ini be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Mokhtar, Wan Khairul Husna
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19407/1/FBMK_2011_10.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kepupusan bahasa orang Asli di Malaysia semakin ketara. Kajian-kajian mendapati bahawa bahasa-bahasa itu turut menerima kesan dari era globalisasi dan modenisasi. Jika usaha pendokumentasian dan pelestarian tidak dilakukan dalam waktu terdekat, dijangkakan bahasa-bahasa itu akan pupus. Kajian ini bertujuan untuk melestarikan bahasa Bateq dan bahasa Mah Meri melalui aspek fonologi dan leksikal bahasa tersebut di samping mendokumentasikan bahasa orang Asli Bateq di Kelantan dan bahasa orang Asli Mah Meri di Selangor melalui mandala seni persembahan iaitu lagu-lagu Orang Asli dan mantera. Informan terdiri daripada penutur-penutur natif suku kaum masing-masing. Objektif bagi kajian ini ialah menghuraikan aspek fonologi bahasa Bateq manakala objektif kedua pula menghuraikan aspek fonologi bahasa Mah Meri. Objektif ketiga kajian ini ialah menganalisis aspek leksikal bahasa Bateq manakala objektif keempat pula menganalisis aspek leksikal bahasa Mah Meri. Objektif terakhir yang mendasari kajian ini adalah menghubungkaitkan aspek fonologi dan leksikal dengan teori kelestarian bahasa. Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah teori mandala aspek kesenian kebudayaan manakala pendekatan fundamental kajian ini berdasarkan kerangka etnografi. Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif untuk menganalisis data yang diperolehi melalui kaedah kepustakaan dan kajian lapangan yang membabitkan teknik pemerhatian, teknik rakaman, teknik temu bual, teknik bercerita dan teknik lafaz. Hasil kajian mendapati melalui aspek fonologi dan leksikal bahasa Bateq dan Mah Meri, bahasa ibunda mereka dapat dilestari. Bukan itu sahaja, mandala seni persembahan komuniti Asli Bateq dan Mah Meri iaitu Sewang dan lagu Jo’oh serta mantera turut dapat melestarikan bahasa masing-masing. Selagi Sewang Bateq dan Jo’oh Mah Meri diamalkan, selagi itu juga bahasa Bateq dan bahasa Mah Meri akan dilestari. Kajian ini juga mendapati bahawa faktor kebudayaan dan faktor identiti dapat mempengaruhi tahap kelestarian sesuatu bahasa. Faktor dekat atau jauhnya kawasan geografi juga dikenal pasti mempengaruhi kelestarian bahasa sesuatu etnik. Selain itu, kajian mendapati bahasa Mah Meri mempunyai banyak persamaan dengan bahasa Melayu berbanding bahasa Bateq melalui aspek fonologi dan leksikalnya kerana bahasa Mah Meri dan bahasa Melayu datang dari rumpun yang sama iaitu bahasa Autronesia. Kesimpulannya, kajian ini telah dapat memastikan bahawa kedua-dua bahasa tersebut dapat dilestari