Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Sebagai Petunjuk Pembangunan Komuniti Orang Asli di Daerah Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia

Kajian ini menjelaskan penggunaan barangan dan perkhidmatan sebagai petunjuk kepada pembangunan komuniti dalam kalangan komuniti Orang Asli di daerah Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia. Komuniti Orang Asli sudah mula mengalami perubahan dari segi penggunaan barangan serta perkhidmatan dan apa yang in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rosnon, Mohd. Roslan
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19455/1/FEM_2010_10_F.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menjelaskan penggunaan barangan dan perkhidmatan sebagai petunjuk kepada pembangunan komuniti dalam kalangan komuniti Orang Asli di daerah Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia. Komuniti Orang Asli sudah mula mengalami perubahan dari segi penggunaan barangan serta perkhidmatan dan apa yang ingin dipaparkan adalah nilai konsumerisme dan penggunaan barangan serta perkhidmatan merupakan manifestasi kepada salah satu petunjuk kepada pembangunan komuniti dalam masyarakat Orang Asli. Justeru, kajian ini bertujuan menentukan tahap nilai konsumerisme serta penggunaan barangan dan perkhidmatan; menentukan hubungan tahap nilai konsumerisme dengan tahap penggunaan barangan serta perkhidmatan; menjelaskan penggunaan barangan dan perkhidmatan sebagai salah satu petunjuk pembangunan komuniti; dan menentukan hubungan latar belakang dengan tahap nilai konsumerisme, tahap penggunaan barangan serta perkhidmatan. Seramai 325 Orang Asli dari seluruh perkampungan Orang Asli di daerah Jelebu, Negeri Sembilan terlibat dalam kajian ini. Reka bentuk kajian adalah secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Pemerhatian tidak turut serta juga digunakan dalam kajian ini. Analisis kajian adalah secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kepenggunaan barangan adalah di tahap yang rendah dan tahap penggunaan perkhidmatan di tahap sederhana manakala tahap nilai konsumerisme pula, di tahap sederhana. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapatnya hubungan yang signifikan antara tahap nilai konsumerisme dengan tahap penggunaan barangan (²=0.807; p=0.668) dan perkhidmatan (²=2.940; p=0.230). Dapatan kajian tentang hubungan latar belakang dengan tahap nilai konsumerisme menunjukkan ia mempunyai hubungan yang signifikan dengan jantina (²=4.570; p=0.03), tahap pendidikan (²=8.674; p=0.01) dan pendapatan (²=8.592; p=0.01). Dalam aspek hubungan latar belakang dengan tahap penggunaan barangan pula dapatan kajian menunjukkan ia mempunyai hubungan yang signifikan dengan pendapatan (²=33.288; p=0.001), tahap pendidikan (²=75.839; p=0.001) dan lokasi (²=10.610; p=0.005). Selain itu, terdapatnya hubungan yang signifikan antara pendapatan (²=10.235; p=0.03), tahap pendidikan (²=27.254; p=0.001) dan lokasi (²=30.888; p=0.001) dengan tahap penggunaan perkhidmatan. Secara kesimpulannya dapat disimpulkan bahawa penggunaan barangan dan perkhidmatan dalam kalangan komuniti Orang Asli sudah mula berubah ke arah penggunaan arus perdana. Justeru elemen pembangunan dari segi dalaman dan fizikal sudah mula berubah ke arah pembangunan arus perdana dengan penggunaan barangan dan perkhidmatan sebagai salah satu petunjuk kepada pembangunan komuniti Orang Asli. Implikasinya, pengetahuan dan pendidikan mengenai kepenggunaan wajar diberikan kepada komuniti Orang Asli agar mereka tidak menjadi mangsa hedonisme kemewahan dunia moden yang dibawa oleh arus perdana.