Pendayaupayaan Usahawan India dalam Syarikat Herba di Semenanjung Malaysia

Kajian ini berkaitan dengan pendayaupayaan usahawan India Syarikat Elpar Herbs Sdn.Bhd. di Semenanjung Malaysia. Syarikat ini mula beroperasi sejak tahun 1984 dan telah memainkan peranan penting dalam menyemai semangat keusahawanan dalam kalangan orang India yang menceburi bidang perniagaan perubat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muniandy, Ramachandran
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19468/1/FEM_2011_8.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.19468
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.194682014-04-17T01:50:53Z Pendayaupayaan Usahawan India dalam Syarikat Herba di Semenanjung Malaysia 2011-05 Muniandy, Ramachandran Kajian ini berkaitan dengan pendayaupayaan usahawan India Syarikat Elpar Herbs Sdn.Bhd. di Semenanjung Malaysia. Syarikat ini mula beroperasi sejak tahun 1984 dan telah memainkan peranan penting dalam menyemai semangat keusahawanan dalam kalangan orang India yang menceburi bidang perniagaan perubatan tradisional India. Sistem perubatan tradisional India mulai masuk ke Tanah Melayu sejak 1833 dan menjadi satu bidang perniagaan yang berdaya saing. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengupas sejarah dan perkembangan bidang perniagaan perubatan tradisional India, mengenal pasti peranan Syarikat Elpar Herbs dalam menyemai minat, mendayaupaya dan membangunkan keusahawanan India serta kesannya ke atas usahawan India di Semananjung Malaysia. Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini dengan pemilihan kaedah kajian kes mengenai peranan Syarikat Elpar Herbs yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Dua teknik pengumpulan data digunakan, iaitu kaedah temubual mendalam dan pemerhatian tanpa ikut serta. Sepuluh orang informan telah ditemubual dalam kajian ini. Untuk proses analisis data, temubual mendalam yang dirakamkan ditranskripsi ke dalam bentuk teks. Transkripsi tersebut disusun rapi selaras dengan susunan soalan dalam panduan temubual. Dapatan kajian mendapati bahawa bidang perniagaan perubatan tradisional India di Malaysia dimulakan oleh golongan Vaidya (doktor perubatan tradisional India) yang sampai ke Tanah Melayu bersama dengan kumpulan migrasi dari Selatan India. Perniagaan tersebut mula berkembang menjadi satu bidang perniagaan yang beroperasi dalam skil besar setelah syarikat Siddha Vaidya Salai dari Palani India mula beroperasi di Malaysia dalam lingkungan tahun 1960an hingga 1970an. Bidang perniagaan ini terus berkembang maju dan mendapat satu wajah baru dalam lingkungan tahun 1980an apabila Syarikat Elpar Herbs ditubuhkan dan mengeluarkan produk perubatan tradisional bagi masyarakat India di Semenanjung Malaysia. Dapatan kajian turut mendapati Syarikat Elpar Herbs telah menjadi pendayaupaya dalam proses pembentuk usahawan India baru. Pelbagai latihan dan rancangan diberikan oleh Elpar Herbs untuk menyemai minat, mendayaupaya dan membangunkan usahawan India. Kesan pendayaupayaan Syarikat Elpar Herbs berjaya melahirkan 13 usahawan India baru di Semenanjung Malaysia. Golongan usahawan baru ini terbahagi kepada tiga kumpulan. Pertama, golongan usahawan yang mendapat produk dari pihak Elpar Herbs dan menjalankan perniagaan sendiri. Kedua, golongan usahawan yang mendapat produk dari syarikat tempatan lain dan menjalankan perniagaan sendiri. Ketiga, kumpulan usahawan yang mengimport produk dari India dan menjalankan perniagaan sendiri. Hasil kajian mendapati bahawa Syarikat Elpar Herbs telah berjaya memainkan peranannya dengan berkesan. Entrepreneurship - Peninsular Malaysia Herb industry - Peninsular Malaysia Tamil (Indic people) - Malaysia - Economic conditions 2011-05 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19468/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19468/1/FEM_2011_8.pdf application/pdf en public masters Universiti Putra Malaysia Entrepreneurship - Peninsular Malaysia Herb industry - Peninsular Malaysia Tamil (Indic people) - Malaysia - Economic conditions Faculty of Human Ecology Malay
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
Malay
topic Entrepreneurship - Peninsular Malaysia
Herb industry - Peninsular Malaysia
Tamil (Indic people) - Malaysia - Economic conditions
spellingShingle Entrepreneurship - Peninsular Malaysia
Herb industry - Peninsular Malaysia
Tamil (Indic people) - Malaysia - Economic conditions
Muniandy, Ramachandran
Pendayaupayaan Usahawan India dalam Syarikat Herba di Semenanjung Malaysia
description Kajian ini berkaitan dengan pendayaupayaan usahawan India Syarikat Elpar Herbs Sdn.Bhd. di Semenanjung Malaysia. Syarikat ini mula beroperasi sejak tahun 1984 dan telah memainkan peranan penting dalam menyemai semangat keusahawanan dalam kalangan orang India yang menceburi bidang perniagaan perubatan tradisional India. Sistem perubatan tradisional India mulai masuk ke Tanah Melayu sejak 1833 dan menjadi satu bidang perniagaan yang berdaya saing. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengupas sejarah dan perkembangan bidang perniagaan perubatan tradisional India, mengenal pasti peranan Syarikat Elpar Herbs dalam menyemai minat, mendayaupaya dan membangunkan keusahawanan India serta kesannya ke atas usahawan India di Semananjung Malaysia. Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini dengan pemilihan kaedah kajian kes mengenai peranan Syarikat Elpar Herbs yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Dua teknik pengumpulan data digunakan, iaitu kaedah temubual mendalam dan pemerhatian tanpa ikut serta. Sepuluh orang informan telah ditemubual dalam kajian ini. Untuk proses analisis data, temubual mendalam yang dirakamkan ditranskripsi ke dalam bentuk teks. Transkripsi tersebut disusun rapi selaras dengan susunan soalan dalam panduan temubual. Dapatan kajian mendapati bahawa bidang perniagaan perubatan tradisional India di Malaysia dimulakan oleh golongan Vaidya (doktor perubatan tradisional India) yang sampai ke Tanah Melayu bersama dengan kumpulan migrasi dari Selatan India. Perniagaan tersebut mula berkembang menjadi satu bidang perniagaan yang beroperasi dalam skil besar setelah syarikat Siddha Vaidya Salai dari Palani India mula beroperasi di Malaysia dalam lingkungan tahun 1960an hingga 1970an. Bidang perniagaan ini terus berkembang maju dan mendapat satu wajah baru dalam lingkungan tahun 1980an apabila Syarikat Elpar Herbs ditubuhkan dan mengeluarkan produk perubatan tradisional bagi masyarakat India di Semenanjung Malaysia. Dapatan kajian turut mendapati Syarikat Elpar Herbs telah menjadi pendayaupaya dalam proses pembentuk usahawan India baru. Pelbagai latihan dan rancangan diberikan oleh Elpar Herbs untuk menyemai minat, mendayaupaya dan membangunkan usahawan India. Kesan pendayaupayaan Syarikat Elpar Herbs berjaya melahirkan 13 usahawan India baru di Semenanjung Malaysia. Golongan usahawan baru ini terbahagi kepada tiga kumpulan. Pertama, golongan usahawan yang mendapat produk dari pihak Elpar Herbs dan menjalankan perniagaan sendiri. Kedua, golongan usahawan yang mendapat produk dari syarikat tempatan lain dan menjalankan perniagaan sendiri. Ketiga, kumpulan usahawan yang mengimport produk dari India dan menjalankan perniagaan sendiri. Hasil kajian mendapati bahawa Syarikat Elpar Herbs telah berjaya memainkan peranannya dengan berkesan.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Muniandy, Ramachandran
author_facet Muniandy, Ramachandran
author_sort Muniandy, Ramachandran
title Pendayaupayaan Usahawan India dalam Syarikat Herba di Semenanjung Malaysia
title_short Pendayaupayaan Usahawan India dalam Syarikat Herba di Semenanjung Malaysia
title_full Pendayaupayaan Usahawan India dalam Syarikat Herba di Semenanjung Malaysia
title_fullStr Pendayaupayaan Usahawan India dalam Syarikat Herba di Semenanjung Malaysia
title_full_unstemmed Pendayaupayaan Usahawan India dalam Syarikat Herba di Semenanjung Malaysia
title_sort pendayaupayaan usahawan india dalam syarikat herba di semenanjung malaysia
granting_institution Universiti Putra Malaysia
granting_department Faculty of Human Ecology
publishDate 2011
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19468/1/FEM_2011_8.pdf
_version_ 1747811389118873600