Stail Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua dalam Kalangan Pelajar Peribumi di Sarawak

Kajian ini merupakan suatu kajian psikolingusitik tentang stail pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar peribumi Iban di Sarawak berdasarkan jantina, aliran pelajaran, dan kemampuan prestasi. Kajian juga bertujuan untuk membandingkan pencapaian Bahasa Melayu berdasarka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Bidin, Batik
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20084/1/FBMK_2011_30_ir.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini merupakan suatu kajian psikolingusitik tentang stail pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar peribumi Iban di Sarawak berdasarkan jantina, aliran pelajaran, dan kemampuan prestasi. Kajian juga bertujuan untuk membandingkan pencapaian Bahasa Melayu berdasarkan jantina. Kajian ini berdasarkan Model Pembelajaran Dunn dan Dunn (1992). Subjek kajian terdiri daripada 170 orang pelajar tingkatan empat dari lima buah sekolah menengah di Bahagian Betong di Sarawak. Dapatan kajian diperoleh menggunakan alat kajian borang soal selidik dan analisis markah pelajar diperoleh daripada pihak berkuasa di sekolah-sekolah berkenaan. Penganalisisan data menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapatnya persamaan stail pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar peribumi Iban di Sarawak dari semua lima rangsangan. Dalam rangsangan emosi, majoriti pelajar memiliki motivasi intrinsik yang tinggi, bertanggungjawab positif tetapi mempunyai keazaman yang rendah, dan senang belajar dengan pembelajaran struktur terikat. Dalam rangsangan psikologi, majoriti pelajar cenderung kepada stail pembelajaran reflektif dan analitikal. Kajian seterusnya mendapati bahawa majoriti pelajar lebih dominan otak kanan, akan tetapi pelajar Aliran Sains didapati dominan otak kiri. Dalam rangsangan persekitaran, majoriti pelajar mementingkan reka bentuk asrama dan tempat tinggal. Selain itu, majoriti pelajar lelaki peka terhadap bunyi yang bising. Dalam rangsangan fisiologi, majoriti pelajar memilih stail belajar kinesthetic-tactile, dan suka belajar pada waktu pagi. Dalam pada itu, majoriti pelajar dalam kategori cemerlang suka belajar sambil makan dan minum, tetapi pelajar dalam kategori prestasi baik dan lemah tidak mementingkan makan dan minum. Dalam rangsangan sosiologi, didapati majoriti pelajar telah memilih belajar dengan orang dewasa, tetapi pelajar lelaki lebih selesa belajar dalam kumpulan. Kajian mendapati bahawa pelajar lelaki, pelajar Aliran Sains, dan pelajar dalam kategori prestasi baik dan lemah lebih dominan kepada stail pembelajaran berasakan elemen psikologi pembelajaran reflektif. Majoriti pelajar perempuan, dan pelajar Aliran Kemanusiaan cenderung kepada stail pembelajaran elemen emosi tanggungjawab positif. Majoriti pelajar dalam kategori prestasi cemerlang dominan kepada stail berasaskan elemen persekitaran bilik darjah. Dapatan kajian telah mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar peribumi Iban di Sarawak berdasarkan jantina. Secara keseluruhannya, stail pembelajaran Bahasa Melayu yang paling diminati oleh pelajar Iban ialah stail pembelajaran berasaskan elemen persekitaran. Walau bagaimanapun, stail pembelajaran yang paling dominan yang diamalkan oleh pelajar ialah stail pembelajaran berasaskan elemen psikologi pembelajaran reflektif dan analitikal. Dengan ini, diperlihatkan bahawa Model Pembelajaran Dunn dan Dunn (1992) telah berjaya diaplikasikan dalam meneliti stail pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar peribumi Iban di Sarawak. Kajian lanjutan juga dapat dibuat untuk mengenal pasti stail pembelajaran dalam kalangan peribumi yang lain di Malaysia.