Stail Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua dalam Kalangan Pelajar Peribumi di Sarawak

Kajian ini merupakan suatu kajian psikolingusitik tentang stail pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar peribumi Iban di Sarawak berdasarkan jantina, aliran pelajaran, dan kemampuan prestasi. Kajian juga bertujuan untuk membandingkan pencapaian Bahasa Melayu berdasarka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Bidin, Batik
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20084/1/FBMK_2011_30_ir.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.20084
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.200842014-01-10T09:26:51Z Stail Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua dalam Kalangan Pelajar Peribumi di Sarawak 2011-11 Bidin, Batik Kajian ini merupakan suatu kajian psikolingusitik tentang stail pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar peribumi Iban di Sarawak berdasarkan jantina, aliran pelajaran, dan kemampuan prestasi. Kajian juga bertujuan untuk membandingkan pencapaian Bahasa Melayu berdasarkan jantina. Kajian ini berdasarkan Model Pembelajaran Dunn dan Dunn (1992). Subjek kajian terdiri daripada 170 orang pelajar tingkatan empat dari lima buah sekolah menengah di Bahagian Betong di Sarawak. Dapatan kajian diperoleh menggunakan alat kajian borang soal selidik dan analisis markah pelajar diperoleh daripada pihak berkuasa di sekolah-sekolah berkenaan. Penganalisisan data menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapatnya persamaan stail pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar peribumi Iban di Sarawak dari semua lima rangsangan. Dalam rangsangan emosi, majoriti pelajar memiliki motivasi intrinsik yang tinggi, bertanggungjawab positif tetapi mempunyai keazaman yang rendah, dan senang belajar dengan pembelajaran struktur terikat. Dalam rangsangan psikologi, majoriti pelajar cenderung kepada stail pembelajaran reflektif dan analitikal. Kajian seterusnya mendapati bahawa majoriti pelajar lebih dominan otak kanan, akan tetapi pelajar Aliran Sains didapati dominan otak kiri. Dalam rangsangan persekitaran, majoriti pelajar mementingkan reka bentuk asrama dan tempat tinggal. Selain itu, majoriti pelajar lelaki peka terhadap bunyi yang bising. Dalam rangsangan fisiologi, majoriti pelajar memilih stail belajar kinesthetic-tactile, dan suka belajar pada waktu pagi. Dalam pada itu, majoriti pelajar dalam kategori cemerlang suka belajar sambil makan dan minum, tetapi pelajar dalam kategori prestasi baik dan lemah tidak mementingkan makan dan minum. Dalam rangsangan sosiologi, didapati majoriti pelajar telah memilih belajar dengan orang dewasa, tetapi pelajar lelaki lebih selesa belajar dalam kumpulan. Kajian mendapati bahawa pelajar lelaki, pelajar Aliran Sains, dan pelajar dalam kategori prestasi baik dan lemah lebih dominan kepada stail pembelajaran berasakan elemen psikologi pembelajaran reflektif. Majoriti pelajar perempuan, dan pelajar Aliran Kemanusiaan cenderung kepada stail pembelajaran elemen emosi tanggungjawab positif. Majoriti pelajar dalam kategori prestasi cemerlang dominan kepada stail berasaskan elemen persekitaran bilik darjah. Dapatan kajian telah mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar peribumi Iban di Sarawak berdasarkan jantina. Secara keseluruhannya, stail pembelajaran Bahasa Melayu yang paling diminati oleh pelajar Iban ialah stail pembelajaran berasaskan elemen persekitaran. Walau bagaimanapun, stail pembelajaran yang paling dominan yang diamalkan oleh pelajar ialah stail pembelajaran berasaskan elemen psikologi pembelajaran reflektif dan analitikal. Dengan ini, diperlihatkan bahawa Model Pembelajaran Dunn dan Dunn (1992) telah berjaya diaplikasikan dalam meneliti stail pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar peribumi Iban di Sarawak. Kajian lanjutan juga dapat dibuat untuk mengenal pasti stail pembelajaran dalam kalangan peribumi yang lain di Malaysia. Psycholinguistics - Study and teaching - Sarawak Indigenous peoples - Sarawak - Languages Malay language - Study and teaching - Sarawak 2011-11 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20084/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20084/1/FBMK_2011_30_ir.pdf application/pdf en public phd doctoral Universiti Putra Malaysia Psycholinguistics - Study and teaching - Sarawak Indigenous peoples - Sarawak - Languages Malay language - Study and teaching - Sarawak Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Malay
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
Malay
topic Psycholinguistics - Study and teaching - Sarawak
Indigenous peoples - Sarawak - Languages
Malay language - Study and teaching - Sarawak
spellingShingle Psycholinguistics - Study and teaching - Sarawak
Indigenous peoples - Sarawak - Languages
Malay language - Study and teaching - Sarawak
Bidin, Batik
Stail Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua dalam Kalangan Pelajar Peribumi di Sarawak
description Kajian ini merupakan suatu kajian psikolingusitik tentang stail pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar peribumi Iban di Sarawak berdasarkan jantina, aliran pelajaran, dan kemampuan prestasi. Kajian juga bertujuan untuk membandingkan pencapaian Bahasa Melayu berdasarkan jantina. Kajian ini berdasarkan Model Pembelajaran Dunn dan Dunn (1992). Subjek kajian terdiri daripada 170 orang pelajar tingkatan empat dari lima buah sekolah menengah di Bahagian Betong di Sarawak. Dapatan kajian diperoleh menggunakan alat kajian borang soal selidik dan analisis markah pelajar diperoleh daripada pihak berkuasa di sekolah-sekolah berkenaan. Penganalisisan data menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapatnya persamaan stail pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar peribumi Iban di Sarawak dari semua lima rangsangan. Dalam rangsangan emosi, majoriti pelajar memiliki motivasi intrinsik yang tinggi, bertanggungjawab positif tetapi mempunyai keazaman yang rendah, dan senang belajar dengan pembelajaran struktur terikat. Dalam rangsangan psikologi, majoriti pelajar cenderung kepada stail pembelajaran reflektif dan analitikal. Kajian seterusnya mendapati bahawa majoriti pelajar lebih dominan otak kanan, akan tetapi pelajar Aliran Sains didapati dominan otak kiri. Dalam rangsangan persekitaran, majoriti pelajar mementingkan reka bentuk asrama dan tempat tinggal. Selain itu, majoriti pelajar lelaki peka terhadap bunyi yang bising. Dalam rangsangan fisiologi, majoriti pelajar memilih stail belajar kinesthetic-tactile, dan suka belajar pada waktu pagi. Dalam pada itu, majoriti pelajar dalam kategori cemerlang suka belajar sambil makan dan minum, tetapi pelajar dalam kategori prestasi baik dan lemah tidak mementingkan makan dan minum. Dalam rangsangan sosiologi, didapati majoriti pelajar telah memilih belajar dengan orang dewasa, tetapi pelajar lelaki lebih selesa belajar dalam kumpulan. Kajian mendapati bahawa pelajar lelaki, pelajar Aliran Sains, dan pelajar dalam kategori prestasi baik dan lemah lebih dominan kepada stail pembelajaran berasakan elemen psikologi pembelajaran reflektif. Majoriti pelajar perempuan, dan pelajar Aliran Kemanusiaan cenderung kepada stail pembelajaran elemen emosi tanggungjawab positif. Majoriti pelajar dalam kategori prestasi cemerlang dominan kepada stail berasaskan elemen persekitaran bilik darjah. Dapatan kajian telah mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar peribumi Iban di Sarawak berdasarkan jantina. Secara keseluruhannya, stail pembelajaran Bahasa Melayu yang paling diminati oleh pelajar Iban ialah stail pembelajaran berasaskan elemen persekitaran. Walau bagaimanapun, stail pembelajaran yang paling dominan yang diamalkan oleh pelajar ialah stail pembelajaran berasaskan elemen psikologi pembelajaran reflektif dan analitikal. Dengan ini, diperlihatkan bahawa Model Pembelajaran Dunn dan Dunn (1992) telah berjaya diaplikasikan dalam meneliti stail pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar peribumi Iban di Sarawak. Kajian lanjutan juga dapat dibuat untuk mengenal pasti stail pembelajaran dalam kalangan peribumi yang lain di Malaysia.
format Thesis
qualification_name Doctor of Philosophy (PhD.)
qualification_level Doctorate
author Bidin, Batik
author_facet Bidin, Batik
author_sort Bidin, Batik
title Stail Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua dalam Kalangan Pelajar Peribumi di Sarawak
title_short Stail Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua dalam Kalangan Pelajar Peribumi di Sarawak
title_full Stail Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua dalam Kalangan Pelajar Peribumi di Sarawak
title_fullStr Stail Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua dalam Kalangan Pelajar Peribumi di Sarawak
title_full_unstemmed Stail Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua dalam Kalangan Pelajar Peribumi di Sarawak
title_sort stail pembelajaran bahasa melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar peribumi di sarawak
granting_institution Universiti Putra Malaysia
granting_department Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
publishDate 2011
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20084/1/FBMK_2011_30_ir.pdf
_version_ 1747811464606908416