Persepsi Guru Terhadap Budaya Sekolah

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji budaya sekolah berkesan dan budaya sekolah kurang berkesan mengikut persepsi guru sekolah masing masing. Kajian ini dilakukan atas andaian bahawa semua sekolah menjalankan proses penambahbaikan sekolah dalam usaha mencapai kecemerlangan. Kajian ini menggunak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abu Kassim, Hadijah
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20842/1/FPP_2011_17_IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.20842
record_format uketd_dc
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
Malay
topic Teachers - Case studies
School environment
School management and organization
spellingShingle Teachers - Case studies
School environment
School management and organization
Abu Kassim, Hadijah
Persepsi Guru Terhadap Budaya Sekolah
description Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji budaya sekolah berkesan dan budaya sekolah kurang berkesan mengikut persepsi guru sekolah masing masing. Kajian ini dilakukan atas andaian bahawa semua sekolah menjalankan proses penambahbaikan sekolah dalam usaha mencapai kecemerlangan. Kajian ini menggunakan Model Pembentukan Budaya Sekolah Ke Arah Penambahbaikan Sekolah Cavanagh (1997) yang menekankan enam dimensi budaya sekolah dalam proses penambahbaikan iaitu kepimpinan transformasi, penekanan terhadap pembelajaran, efikasi guru, perkongsian matlamat, kolaborasi dan kesejawatan. Seramai 169 orang guru dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Kajian melibatkan dua jenis sekolah iaitu dua buah sekolah berkesan dan dua buah sekolah kurang berkesan yang dikenalpasti berdasarkan maklumat Kementerian Pelajaran. . Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif (min), ujian-t dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa semua dimensi budaya sekolah dalam Model Cavanagh diamalkan oleh kedua-dua jenis sekolah yang dikaji. Analisis ujian-t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara persepsi guru sekolah berkesan dan guru sekolah kurang berkesan terhadap budaya sekolah mereka dalam kesemua enam dimensi budaya sekolah yang dikaji. Analisis deskriptif juga menunjukkan budaya sekolah berkesan dan budaya sekolah kurang berkesan mempunyai persamaan tahap dalam lima dimensi budaya sekolah berdasarkan skor min kecuali budaya kepimpinan transformasi. Guru sekolah kurang berkesan mempersepsikan kepimpinan transformasi pengetua mereka pada tahap lebih tinggi berbanding guru di sekolah berkesan yang mempersepsikan kepimpinan transformasi pengetua mereka pada tahap sederhana. Analisis data yang lebih rinci bagaimanapun menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan dalam beberapa item kepimpinan transformasi iaitu dalam penekanan birokrasi dan peluang untuk guru bersuara. Manakala untuk dimensi kolaboratif dari segi membimbing rakan sejawat dan bagi dimensi kesejawatan, daripada segi membentuk pasukan kerja yang mantap di sekolah. Untuk item-item tersebut catatan skor min sekolah berkesan lebih rendah secara signifikan berbanding dengan sekolah kurang berkesan. Analisis data bagi mencari perbezaan persepsi guru-guru di sekolah berkesan dan guru-guru di sekolah kurang berkesan terhadap budaya kesejawatan daripada segi memegang jawatan tertentu menunjukkan hanya di sekolah berkesan terdapat perbezaan yang signifikan antara guru memegang jawatan tertentu dengan guru yang tidak, terhadap budaya kesejawatan. Skor min persepsi guru memegang jawatan tertentu lebih rendah berbanding dengan yang tidak. Analisis data korelasi Pearson pula menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan dan negatif antara beban mengajar dengan persepsi guru terhadap budaya kepimpinan transformasi dan perkongsian matlamat di sekolah berkesan. Namun perkaitan ini tidak terdapat di sekolah kurang berkesan. Dapatan kajian ini membawa beberapa implikasi. Kajian ini menunjukkan bahawa walaupun tidak terdapat perbezaan yang signifikan daripada segi budaya sekolah berkesan dan kurang berkesan namun terdapat perbezaan tertentu yang membawa implikasi kepada peranan pengetua sekolah masing-masing dan kepada penggunaan Model Cavanagh untuk kajian lanjutan berkaitan hal ini. Secara amnya pengetua sekolah berkesan dipersepsi hanya sederhana dalam amalan pimpinan transformasi, lebih pentingkan birokrasi dan lebih autokratik kerana kurang memberi peluang guru bersuara. Sekolah pula kurang memupuk budaya kesejawatan dan kurang berkongsi matlamat dengan guru seperti dipersepsikan guru yang memegang jawatan tertentu. Pendekatan ini mungkin dianggap perlu untuk mempastikan kesinambungan dan penambahbaikan kecemerlangan sekolah berkesan. Bagaimanapun pengetua sekolah berkesan perlu lebih peka kepada beban kerja guru dan sokongan bagi guru yang memegang tanggungjawab tertentu. Pengetua sekolah kurang berkesan pula dipersepsi sebagai tinggi dalam amalan pimpinan transformasi walaupun prestasi akademik pelajarnya adalah rendah. Ini menunjukkan bahawa budaya pimpinan transformasi sahaja tidak menjamin kecemerlangan sekolah yang mempunyai pelajar yang sedia berprestasi rendah dalam akademik. Pengetua sekolah kurang berkesan yang dikaji perlu lebih berpengetahuan dan tegas dalam membimbing sekolah mereka ke arah kecemerlangan dan juga perlu lebih mencari bantuan pelbagai pihak untuk mengubah sekolah mereka ke arah kejayaan. Dapatan ini juga mempunyai implikasi terhadap penggunaan Model Pembentukan Budaya Sekolah Ke Arah Penambahbaikan Sekolah Cavanagh (1997) untuk kajian lanjutan untuk mengenalpasti budaya sekolah yang berbeza tahap keberkesanan. Peranan pengetua sebagai pemimpin transformasi sahaja tidak mampu menjelaskan perbezaan budaya sekolah yang dikaji. Model ini perlu diubahsuai untuk mengkaji perbezaan budaya sekolah berkesan dan yang kurang berkesan supaya dapat membezakan budaya yang terbentuk dalam proses penambahbaikan sekolah tersebut, terutama dalam aspek peranan kepimpinan pengetua.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Abu Kassim, Hadijah
author_facet Abu Kassim, Hadijah
author_sort Abu Kassim, Hadijah
title Persepsi Guru Terhadap Budaya Sekolah
title_short Persepsi Guru Terhadap Budaya Sekolah
title_full Persepsi Guru Terhadap Budaya Sekolah
title_fullStr Persepsi Guru Terhadap Budaya Sekolah
title_full_unstemmed Persepsi Guru Terhadap Budaya Sekolah
title_sort persepsi guru terhadap budaya sekolah
granting_institution Universiti Putra Malaysia
granting_department Faculty of Educational Studies
publishDate 2011
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20842/1/FPP_2011_17_IR.pdf
_version_ 1747811475645267968
spelling my-upm-ir.208422022-01-26T04:27:45Z Persepsi Guru Terhadap Budaya Sekolah 2011-09 Abu Kassim, Hadijah Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji budaya sekolah berkesan dan budaya sekolah kurang berkesan mengikut persepsi guru sekolah masing masing. Kajian ini dilakukan atas andaian bahawa semua sekolah menjalankan proses penambahbaikan sekolah dalam usaha mencapai kecemerlangan. Kajian ini menggunakan Model Pembentukan Budaya Sekolah Ke Arah Penambahbaikan Sekolah Cavanagh (1997) yang menekankan enam dimensi budaya sekolah dalam proses penambahbaikan iaitu kepimpinan transformasi, penekanan terhadap pembelajaran, efikasi guru, perkongsian matlamat, kolaborasi dan kesejawatan. Seramai 169 orang guru dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Kajian melibatkan dua jenis sekolah iaitu dua buah sekolah berkesan dan dua buah sekolah kurang berkesan yang dikenalpasti berdasarkan maklumat Kementerian Pelajaran. . Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif (min), ujian-t dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa semua dimensi budaya sekolah dalam Model Cavanagh diamalkan oleh kedua-dua jenis sekolah yang dikaji. Analisis ujian-t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara persepsi guru sekolah berkesan dan guru sekolah kurang berkesan terhadap budaya sekolah mereka dalam kesemua enam dimensi budaya sekolah yang dikaji. Analisis deskriptif juga menunjukkan budaya sekolah berkesan dan budaya sekolah kurang berkesan mempunyai persamaan tahap dalam lima dimensi budaya sekolah berdasarkan skor min kecuali budaya kepimpinan transformasi. Guru sekolah kurang berkesan mempersepsikan kepimpinan transformasi pengetua mereka pada tahap lebih tinggi berbanding guru di sekolah berkesan yang mempersepsikan kepimpinan transformasi pengetua mereka pada tahap sederhana. Analisis data yang lebih rinci bagaimanapun menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan dalam beberapa item kepimpinan transformasi iaitu dalam penekanan birokrasi dan peluang untuk guru bersuara. Manakala untuk dimensi kolaboratif dari segi membimbing rakan sejawat dan bagi dimensi kesejawatan, daripada segi membentuk pasukan kerja yang mantap di sekolah. Untuk item-item tersebut catatan skor min sekolah berkesan lebih rendah secara signifikan berbanding dengan sekolah kurang berkesan. Analisis data bagi mencari perbezaan persepsi guru-guru di sekolah berkesan dan guru-guru di sekolah kurang berkesan terhadap budaya kesejawatan daripada segi memegang jawatan tertentu menunjukkan hanya di sekolah berkesan terdapat perbezaan yang signifikan antara guru memegang jawatan tertentu dengan guru yang tidak, terhadap budaya kesejawatan. Skor min persepsi guru memegang jawatan tertentu lebih rendah berbanding dengan yang tidak. Analisis data korelasi Pearson pula menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan dan negatif antara beban mengajar dengan persepsi guru terhadap budaya kepimpinan transformasi dan perkongsian matlamat di sekolah berkesan. Namun perkaitan ini tidak terdapat di sekolah kurang berkesan. Dapatan kajian ini membawa beberapa implikasi. Kajian ini menunjukkan bahawa walaupun tidak terdapat perbezaan yang signifikan daripada segi budaya sekolah berkesan dan kurang berkesan namun terdapat perbezaan tertentu yang membawa implikasi kepada peranan pengetua sekolah masing-masing dan kepada penggunaan Model Cavanagh untuk kajian lanjutan berkaitan hal ini. Secara amnya pengetua sekolah berkesan dipersepsi hanya sederhana dalam amalan pimpinan transformasi, lebih pentingkan birokrasi dan lebih autokratik kerana kurang memberi peluang guru bersuara. Sekolah pula kurang memupuk budaya kesejawatan dan kurang berkongsi matlamat dengan guru seperti dipersepsikan guru yang memegang jawatan tertentu. Pendekatan ini mungkin dianggap perlu untuk mempastikan kesinambungan dan penambahbaikan kecemerlangan sekolah berkesan. Bagaimanapun pengetua sekolah berkesan perlu lebih peka kepada beban kerja guru dan sokongan bagi guru yang memegang tanggungjawab tertentu. Pengetua sekolah kurang berkesan pula dipersepsi sebagai tinggi dalam amalan pimpinan transformasi walaupun prestasi akademik pelajarnya adalah rendah. Ini menunjukkan bahawa budaya pimpinan transformasi sahaja tidak menjamin kecemerlangan sekolah yang mempunyai pelajar yang sedia berprestasi rendah dalam akademik. Pengetua sekolah kurang berkesan yang dikaji perlu lebih berpengetahuan dan tegas dalam membimbing sekolah mereka ke arah kecemerlangan dan juga perlu lebih mencari bantuan pelbagai pihak untuk mengubah sekolah mereka ke arah kejayaan. Dapatan ini juga mempunyai implikasi terhadap penggunaan Model Pembentukan Budaya Sekolah Ke Arah Penambahbaikan Sekolah Cavanagh (1997) untuk kajian lanjutan untuk mengenalpasti budaya sekolah yang berbeza tahap keberkesanan. Peranan pengetua sebagai pemimpin transformasi sahaja tidak mampu menjelaskan perbezaan budaya sekolah yang dikaji. Model ini perlu diubahsuai untuk mengkaji perbezaan budaya sekolah berkesan dan yang kurang berkesan supaya dapat membezakan budaya yang terbentuk dalam proses penambahbaikan sekolah tersebut, terutama dalam aspek peranan kepimpinan pengetua. Teachers - Case studies School environment School management and organization 2011-09 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20842/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20842/1/FPP_2011_17_IR.pdf application/pdf en public masters Universiti Putra Malaysia Teachers - Case studies School environment School management and organization Faculty of Educational Studies Malay