Pengaruh faktor pengetahuan, tingkah laku kewangan, dan pembuatan keputusan terhadap kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam yang berkahwin.

Dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, kerajaan sentiasa memberi ruang dan galakan kepada golongan wanita untuk melibatkan diri dalam pasaran buruh. Penglibatan wanita dalam pekerjaan ini telah mewujudkan struktur keluarga dwipendapatan dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ramli, Zaimah
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26466/1/FEM%202011%2019R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.26466
record_format uketd_dc
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
Malay
topic Married people - inance -Malaysia
Married people - inance -Malaysia
Married people - inance -Malaysia
spellingShingle Married people - inance -Malaysia
Married people - inance -Malaysia
Married people - inance -Malaysia
Ramli, Zaimah
Pengaruh faktor pengetahuan, tingkah laku kewangan, dan pembuatan keputusan terhadap kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam yang berkahwin.
description Dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, kerajaan sentiasa memberi ruang dan galakan kepada golongan wanita untuk melibatkan diri dalam pasaran buruh. Penglibatan wanita dalam pekerjaan ini telah mewujudkan struktur keluarga dwipendapatan dan bilangannya semakin meningkat di Malaysia. Kewujudan keluarga dwi-pendapatan ini seharusnya mampu meningkatkan tahap kesejahteraan kewangan pekerja itu sendiri secara individu memandangkan kedua-dua suami dan isteri adalah bekerja dan memperolehi pendapatan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kos hidup yang semakin meningkat, tidak dapat dipastikan apakah pekerja sektor awam yang berkahwin dalam kalangan keluarga dwi-pendapatan ini mampu memperolehi tahap kesejahteraan kewangan yang diharapkan. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji tahap kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam yang berkahwin dalam keluarga dwi-pendapatan dan menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesejahteraan kewangan mereka. Reka bentuk kuantitatif menggunakan kaedah survei diaplikasikan dalam kajian ini. Sampel kajian adalah pekerja sektor awam yang berkahwin dalam keluarga dwi-pendapatan. Unit analisis adalah individu, sama ada suami atau isteri. Seramai 415 orang responden terlibat dalam kajian ini. Ujian pengelasan dan ujian normaliti dilaksanakan ke atas pembolehubah-pembolehubah utama kajian. Ujian-t dan ANOVA digunakan untuk menentukan perbezaan kesejahteraan kewangan, pengetahuan kewangan, tingkah laku kewangan dan pembuatan keputusan kewangan antara responden yang mempunyai latar belakang sosio-ekonomi berbeza. Ujian Khi Kuasa Dua (χ2) turut digunakan untuk menentukan perbezaan antara tahap kesejahteraan kewangan mengikut status pemilikan rumah. Selain itu, analisis regresi pelbagai juga digunakan bagi mengenalpasti faktorfaktor yang menyumbang perubahan dalam kesejahteraan kewangan responden. Manakala regresi logistik multinomial digunakan untuk mengenalpasti kebarangkalian faktor-faktor penentu variasi tahap kesejahteraan kewangan (tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi) yang terdiri daripada faktor latar belakang sosio-ekonomi, pengetahuan kewangan, tingkah laku kewangan dan pembuatan keputusan kewangan. Hasil ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara tahap pendidikan, kumpulan perjawatan dan pemilikan rumah dengan tahap kesejahteraan kewangan responden. Hasil ujian-t turut mendapati wujud perbezaan di antara tahap pendidikan dan kumpulan perjawatan dengan tingkah laku kewangan responden. Selain itu, hasil ujian ANOVA juga menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara pembuatan keputusan kewangan suami dan isteri mengikut sumbangan pendapatan mereka dalam keluarga. Kajian turut mendapati suami masih mempunyai kelebihan autoriti dalam pembuatan keputusan kewangan dalam keluarga. Manakala hasil ujian Khi Kuasa Dua (χ2)menunjukkan terdapat perbezaan signifikan tahap kesejahteraan kewangan di antara responden yang memiliki rumah dan responden yang tidak memiliki rumah. Seterusnya keputusan analisis regresi menunjukkan terdapat tujuh pembolehubah peramal kepada kesejahteraan kewangan responden, iaitu umur,pendapatan bulanan, pemilikan rumah, pemilikan produk kewangan, sumbangan pendapatan keluarga, tingkah laku kewangan dan pembuatan keputusan kewangan suami. Hasil analisis regresi logistik pula menunjukkan latar belakang sosio-ekonomi (umur, pendapatan bulanan, pemilikan rumah dan pemilikan produk kewangan), tingkah laku kewangan dan pembuatan keputusan kewangan suami mempunyai hubungan dengan variasi tahap kesejahteraan kewangan responden. Penemuan kajian ini memberikan justifikasi bahawa faktor umur, pendapatan bulanan, pemilikan rumah, pemilikan produk kewangan dan tingkah laku kewangan perlu diberi perhatian dalam pembentukan dan pelaksanaan dasar berkaitan pekerja dan keluarga di Malaysia demi menjayakan Wawasan 2020.
format Thesis
qualification_level Doctorate
author Ramli, Zaimah
author_facet Ramli, Zaimah
author_sort Ramli, Zaimah
title Pengaruh faktor pengetahuan, tingkah laku kewangan, dan pembuatan keputusan terhadap kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam yang berkahwin.
title_short Pengaruh faktor pengetahuan, tingkah laku kewangan, dan pembuatan keputusan terhadap kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam yang berkahwin.
title_full Pengaruh faktor pengetahuan, tingkah laku kewangan, dan pembuatan keputusan terhadap kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam yang berkahwin.
title_fullStr Pengaruh faktor pengetahuan, tingkah laku kewangan, dan pembuatan keputusan terhadap kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam yang berkahwin.
title_full_unstemmed Pengaruh faktor pengetahuan, tingkah laku kewangan, dan pembuatan keputusan terhadap kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam yang berkahwin.
title_sort pengaruh faktor pengetahuan, tingkah laku kewangan, dan pembuatan keputusan terhadap kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam yang berkahwin.
granting_institution Universiti Putra Malaysia
granting_department Faculty of Human Ecology
publishDate 2011
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26466/1/FEM%202011%2019R.pdf
_version_ 1747811540771274752
spelling my-upm-ir.264662022-01-26T05:27:41Z Pengaruh faktor pengetahuan, tingkah laku kewangan, dan pembuatan keputusan terhadap kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam yang berkahwin. 2011-11 Ramli, Zaimah Dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, kerajaan sentiasa memberi ruang dan galakan kepada golongan wanita untuk melibatkan diri dalam pasaran buruh. Penglibatan wanita dalam pekerjaan ini telah mewujudkan struktur keluarga dwipendapatan dan bilangannya semakin meningkat di Malaysia. Kewujudan keluarga dwi-pendapatan ini seharusnya mampu meningkatkan tahap kesejahteraan kewangan pekerja itu sendiri secara individu memandangkan kedua-dua suami dan isteri adalah bekerja dan memperolehi pendapatan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kos hidup yang semakin meningkat, tidak dapat dipastikan apakah pekerja sektor awam yang berkahwin dalam kalangan keluarga dwi-pendapatan ini mampu memperolehi tahap kesejahteraan kewangan yang diharapkan. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji tahap kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam yang berkahwin dalam keluarga dwi-pendapatan dan menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesejahteraan kewangan mereka. Reka bentuk kuantitatif menggunakan kaedah survei diaplikasikan dalam kajian ini. Sampel kajian adalah pekerja sektor awam yang berkahwin dalam keluarga dwi-pendapatan. Unit analisis adalah individu, sama ada suami atau isteri. Seramai 415 orang responden terlibat dalam kajian ini. Ujian pengelasan dan ujian normaliti dilaksanakan ke atas pembolehubah-pembolehubah utama kajian. Ujian-t dan ANOVA digunakan untuk menentukan perbezaan kesejahteraan kewangan, pengetahuan kewangan, tingkah laku kewangan dan pembuatan keputusan kewangan antara responden yang mempunyai latar belakang sosio-ekonomi berbeza. Ujian Khi Kuasa Dua (χ2) turut digunakan untuk menentukan perbezaan antara tahap kesejahteraan kewangan mengikut status pemilikan rumah. Selain itu, analisis regresi pelbagai juga digunakan bagi mengenalpasti faktorfaktor yang menyumbang perubahan dalam kesejahteraan kewangan responden. Manakala regresi logistik multinomial digunakan untuk mengenalpasti kebarangkalian faktor-faktor penentu variasi tahap kesejahteraan kewangan (tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi) yang terdiri daripada faktor latar belakang sosio-ekonomi, pengetahuan kewangan, tingkah laku kewangan dan pembuatan keputusan kewangan. Hasil ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara tahap pendidikan, kumpulan perjawatan dan pemilikan rumah dengan tahap kesejahteraan kewangan responden. Hasil ujian-t turut mendapati wujud perbezaan di antara tahap pendidikan dan kumpulan perjawatan dengan tingkah laku kewangan responden. Selain itu, hasil ujian ANOVA juga menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara pembuatan keputusan kewangan suami dan isteri mengikut sumbangan pendapatan mereka dalam keluarga. Kajian turut mendapati suami masih mempunyai kelebihan autoriti dalam pembuatan keputusan kewangan dalam keluarga. Manakala hasil ujian Khi Kuasa Dua (χ2)menunjukkan terdapat perbezaan signifikan tahap kesejahteraan kewangan di antara responden yang memiliki rumah dan responden yang tidak memiliki rumah. Seterusnya keputusan analisis regresi menunjukkan terdapat tujuh pembolehubah peramal kepada kesejahteraan kewangan responden, iaitu umur,pendapatan bulanan, pemilikan rumah, pemilikan produk kewangan, sumbangan pendapatan keluarga, tingkah laku kewangan dan pembuatan keputusan kewangan suami. Hasil analisis regresi logistik pula menunjukkan latar belakang sosio-ekonomi (umur, pendapatan bulanan, pemilikan rumah dan pemilikan produk kewangan), tingkah laku kewangan dan pembuatan keputusan kewangan suami mempunyai hubungan dengan variasi tahap kesejahteraan kewangan responden. Penemuan kajian ini memberikan justifikasi bahawa faktor umur, pendapatan bulanan, pemilikan rumah, pemilikan produk kewangan dan tingkah laku kewangan perlu diberi perhatian dalam pembentukan dan pelaksanaan dasar berkaitan pekerja dan keluarga di Malaysia demi menjayakan Wawasan 2020. Married people - inance -Malaysia Civil service - Malaysia - Finance, Personal Families -Malaysia - Finance, Personal 2011-11 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26466/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26466/1/FEM%202011%2019R.pdf application/pdf en public doctoral Universiti Putra Malaysia Married people - inance -Malaysia Civil service - Malaysia - Finance, Personal Families -Malaysia - Finance, Personal Faculty of Human Ecology Malay