Kesan modul pendidikan rasional emotif terhadap kepercayaan tidak rasional dan tekanan dalam kalangan pelajar sekolah berasrama penuh di Johor, Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk membina Modul Pendidikan Rasional Emotif yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Di samping itu, kajian ini juga dilaksanakan bagi mengenalpasti kesan Modul Pendidikan Rasional Emotif terhadap kepercayaan tidak rasional dan tekanan pelajar. Reka bentuk kaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mahfar, Mastura
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26935/1/FPP%202011%2031R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.26935
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.269352022-01-26T05:41:30Z Kesan modul pendidikan rasional emotif terhadap kepercayaan tidak rasional dan tekanan dalam kalangan pelajar sekolah berasrama penuh di Johor, Malaysia 2011-06 Mahfar, Mastura Kajian ini bertujuan untuk membina Modul Pendidikan Rasional Emotif yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Di samping itu, kajian ini juga dilaksanakan bagi mengenalpasti kesan Modul Pendidikan Rasional Emotif terhadap kepercayaan tidak rasional dan tekanan pelajar. Reka bentuk kajian ialah kajian true experimental yang menggunakan kelompok kawalan rawak ujian-pra dan ujianpasca. Subjek kajian terdiri daripada seramai 90 orang pelajar Tingkatan Satu daripada tiga buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negeri Johor yang telah dipilih secara persampelan rawak berkelompok dan seterusnya diagihkan secara rawak kepada kelompok eksperimen besar (KEB), kelompok eksperimen kecil (KEK) dan kelompok kawalan (KKw). Hanya kelompok eksperimen sahaja telah mengikuti rawatan modul selama tempoh sembilan minggu sementara kelompok kawalan tidak diberikan sebarang rawatan. Kesemua kelompok telah menjawab Soal Selidik Kepercayaan Pelajar (SSKP) dan Soal Selidik Tekanan Pelajar (SSTP) yang sama sebelum dan selepas rawatan. Data kajian yang diperoleh telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai telah digunakan dalam analisis deskriptif bagi menganalisis maklumat demografi, kesahan kandungan dan kebolehpercayaan modul. Manakala, statistik inferensi iaitu ujian-t dua sampel bersandar dan ANOVA Sehala digunakan bagi menguji hipotesis kajian. Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa Modul Pendidikan Rasional Emotif yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang tinggi iaitu .92. Nilai pekali kebolehpercayaan alpha Cronbach pula ialah .93. Keputusan kajian eksperimen pula telah menunjukkan 1) terdapat perbezaan signifikan antara ujian-pra dan ujian-pasca KEB dan KEK bagi kepercayaan tidak rasional, tekanan dan kesemua subskala kepercayaan tidak rasional (pendesakan, keterukan, toleransi kekecewaan rendah dan penilaian menyeluruh) kecuali KKw 2) terdapat perbezaan signifikan antara ujian-pasca KEB dengan KKw dan juga KEK dengan KKw bagi kepercayaan tidak rasional, tekanan dan kesemua subskala kepercayaan tidak rasional 3) tidak terdapat perbezaan signifikan antara ujian-pasca KEB dengan KEK bagi kepercayaan tidak rasional, tekanan dan subskala kepercayaan tidak rasional kecuali subskala toleransi kekecewaan rendah. Secara kesimpulannya, Modul Pendidikan Rasional Emotif yang dibina berasaskan pendekatan Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) ini adalah bersesuaian bagi mengurangkan kepercayaan tidak rasional dan tekanan pelajar Tingkatan Satu, SBP sama ada dilaksanakan melalui kelompok kecil atau kelompok besar. Emotive (Linguistics) Students - Education - Johor 2011-06 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26935/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26935/1/FPP%202011%2031R.pdf application/pdf en public doctoral Universiti Putra Malaysia Emotive (Linguistics) Students - Education - Johor Faculty of Educational Studies Malay
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
Malay
topic Emotive (Linguistics)
Students - Education - Johor

spellingShingle Emotive (Linguistics)
Students - Education - Johor

Mahfar, Mastura
Kesan modul pendidikan rasional emotif terhadap kepercayaan tidak rasional dan tekanan dalam kalangan pelajar sekolah berasrama penuh di Johor, Malaysia
description Kajian ini bertujuan untuk membina Modul Pendidikan Rasional Emotif yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Di samping itu, kajian ini juga dilaksanakan bagi mengenalpasti kesan Modul Pendidikan Rasional Emotif terhadap kepercayaan tidak rasional dan tekanan pelajar. Reka bentuk kajian ialah kajian true experimental yang menggunakan kelompok kawalan rawak ujian-pra dan ujianpasca. Subjek kajian terdiri daripada seramai 90 orang pelajar Tingkatan Satu daripada tiga buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negeri Johor yang telah dipilih secara persampelan rawak berkelompok dan seterusnya diagihkan secara rawak kepada kelompok eksperimen besar (KEB), kelompok eksperimen kecil (KEK) dan kelompok kawalan (KKw). Hanya kelompok eksperimen sahaja telah mengikuti rawatan modul selama tempoh sembilan minggu sementara kelompok kawalan tidak diberikan sebarang rawatan. Kesemua kelompok telah menjawab Soal Selidik Kepercayaan Pelajar (SSKP) dan Soal Selidik Tekanan Pelajar (SSTP) yang sama sebelum dan selepas rawatan. Data kajian yang diperoleh telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai telah digunakan dalam analisis deskriptif bagi menganalisis maklumat demografi, kesahan kandungan dan kebolehpercayaan modul. Manakala, statistik inferensi iaitu ujian-t dua sampel bersandar dan ANOVA Sehala digunakan bagi menguji hipotesis kajian. Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa Modul Pendidikan Rasional Emotif yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang tinggi iaitu .92. Nilai pekali kebolehpercayaan alpha Cronbach pula ialah .93. Keputusan kajian eksperimen pula telah menunjukkan 1) terdapat perbezaan signifikan antara ujian-pra dan ujian-pasca KEB dan KEK bagi kepercayaan tidak rasional, tekanan dan kesemua subskala kepercayaan tidak rasional (pendesakan, keterukan, toleransi kekecewaan rendah dan penilaian menyeluruh) kecuali KKw 2) terdapat perbezaan signifikan antara ujian-pasca KEB dengan KKw dan juga KEK dengan KKw bagi kepercayaan tidak rasional, tekanan dan kesemua subskala kepercayaan tidak rasional 3) tidak terdapat perbezaan signifikan antara ujian-pasca KEB dengan KEK bagi kepercayaan tidak rasional, tekanan dan subskala kepercayaan tidak rasional kecuali subskala toleransi kekecewaan rendah. Secara kesimpulannya, Modul Pendidikan Rasional Emotif yang dibina berasaskan pendekatan Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) ini adalah bersesuaian bagi mengurangkan kepercayaan tidak rasional dan tekanan pelajar Tingkatan Satu, SBP sama ada dilaksanakan melalui kelompok kecil atau kelompok besar.
format Thesis
qualification_level Doctorate
author Mahfar, Mastura
author_facet Mahfar, Mastura
author_sort Mahfar, Mastura
title Kesan modul pendidikan rasional emotif terhadap kepercayaan tidak rasional dan tekanan dalam kalangan pelajar sekolah berasrama penuh di Johor, Malaysia
title_short Kesan modul pendidikan rasional emotif terhadap kepercayaan tidak rasional dan tekanan dalam kalangan pelajar sekolah berasrama penuh di Johor, Malaysia
title_full Kesan modul pendidikan rasional emotif terhadap kepercayaan tidak rasional dan tekanan dalam kalangan pelajar sekolah berasrama penuh di Johor, Malaysia
title_fullStr Kesan modul pendidikan rasional emotif terhadap kepercayaan tidak rasional dan tekanan dalam kalangan pelajar sekolah berasrama penuh di Johor, Malaysia
title_full_unstemmed Kesan modul pendidikan rasional emotif terhadap kepercayaan tidak rasional dan tekanan dalam kalangan pelajar sekolah berasrama penuh di Johor, Malaysia
title_sort kesan modul pendidikan rasional emotif terhadap kepercayaan tidak rasional dan tekanan dalam kalangan pelajar sekolah berasrama penuh di johor, malaysia
granting_institution Universiti Putra Malaysia
granting_department Faculty of Educational Studies
publishDate 2011
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26935/1/FPP%202011%2031R.pdf
_version_ 1747811562463166464