Hubungan antara faktor keluarga dan amalan beragama, dengan pencapaian akademik pelajar miskin di negeri Selangor, Malaysia.

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap Status Sosio Ekonomi (SSE), penglibatan ibu bapa di rumah dan amalan beragama dengan pencapaian akademik pelajar – pelajar miskin di negeri Selangor. Seramai 180 orang pelajar miskin yang tinggal di rumah bersama keluarga terlibat dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd. Hamid, Zulkifli
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27004/1/IPSS%202011%203R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap Status Sosio Ekonomi (SSE), penglibatan ibu bapa di rumah dan amalan beragama dengan pencapaian akademik pelajar – pelajar miskin di negeri Selangor. Seramai 180 orang pelajar miskin yang tinggal di rumah bersama keluarga terlibat dalam kajian ini. Sosio ekonomi ibu bapa diukur daripada aspek pekerjaan, pendidikan dan pendapatan ibu bapa, penglibatan ibu bapa di rumah diukur dari aspek perbincangan, penyeliaan dan komunikasi ibu bapa di rumah. Manakala amalan beragama pelajar pula diukur daripada aspek akidah, ibadah dan akhlak pelajar dalam kehidupan seharian. Pencapaian akademik pelajar merujuk kepada keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pelajar. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan pada tahap rendah di antara tahap pendidikan bapa dengan pencapaian akademik keseluruhan (r= .281 dan sig. 00<.01), pendapatan bapa dengan pencapaian akademik keseluruhan (r= .479 dan sig. 00<.01), tidak terdapatnya hubungan pendapatan ibu dengan pencapaian akademik (r=.036 dan sig.640<01), tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pendidikan ibu dengan pencapaian akademik (r=.054 dan sig.479<01), pekerjaan ibu bapa pula secara keseluruhannya memberikan gambaran pencapaian akademik yang berbeza mengikut tahap pekerjaan seperti ibu bapa pelajar yang bekerja di sektor kerajaan mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi. Kajian ini juga menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik iaitu terdapat hubungan yang signifikan pada tahap tinggi di antara perbincangan ibu bapa dan anak di rumah (r= .772 dan sig. 00<.01), penyeliaan ibu bapa dan anak dirumah (r=.739 dan sig.=.00<.05), komunikasi ibu bapa dan anak dirumah (r=.856 dan sig. .000<.01), juga terdapatnya hubungan yang signifikan antara amalan beragama dengan pencapaian akademik iaitu akidah (r=.731 dan sig.=00<.01), ibadah (r=.737 dan sig. 00<.01), akhlak (r=.691 dan sig. 00<.01) adalah pada tahap sederhana. Penemuan kajian ini mendapati penglibatan ibu bapa dan amalan beragama di kalangan pelajar merupakan faktor penting yang berkaitan dengan pencapaian akademik. Tumpuan haruslah diberikan kepada penglibatan ibu bapa di rumah dan amalan beragama di kalangan pelajar secara khusus berbanding dengan SSE yang mana ia merupakan faktor yang telah dibantu oleh pihak kerajaan. Hasil kajian ini juga telah mencadangkan membasmi kemiskinan dengan lebih berkesan melalui pembangunan modal insan.