Kajian etnolinguistik terhadap kelestarian Bahasa Bhuket dan Bahasa Lahanan di Daerah Belaga, Sarawak

Kajian mengenai kepupusan dan pelestarian bahasa minoriti terpencil masih baharu dan mula berkembang dalam kalangan penyelidik bahasa di negara kita. Bahasa Bhuket dan bahasa Lahanan merupakan bahasa minoriti terpencil di kawasan penempatan penduduk Sungai Asap, Belaga. Etnik Bhuket hanya berjumlah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Masleh, Zainal Abidin
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27824/1/FBMK%202011%2048R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian mengenai kepupusan dan pelestarian bahasa minoriti terpencil masih baharu dan mula berkembang dalam kalangan penyelidik bahasa di negara kita. Bahasa Bhuket dan bahasa Lahanan merupakan bahasa minoriti terpencil di kawasan penempatan penduduk Sungai Asap, Belaga. Etnik Bhuket hanya berjumlah 469 orang dan etnik Lahanan berjumlah 585 orang merupakan fokus utama kajian. Kedua-dua etnik ini merupakan subetnik bangsa Kajang yang hanya terdapat di Daerah Belaga, Sarawak. Objektif pertama kajian adalah untuk menganalisis sikap terhadap pemilihan dan pelestarian bahasa Bhuket dan Lahanan. Objektif kedua ialah menjelaskan aspek leksikal dan fonologi bahasa Bhuket dan bahasa Lahanan. Objektif ketiga ialah menghuraikan tipologi keterancaman bahasa etnik Bhuket dan etnik Lahanan terhadap pelestarian bahasa mereka. Pendekatan etnolinguistik digunakan untuk mengidentifikasi serta menjelaskan pemilihan dan sikap bahasa etnik Bhuket dan Lahanan. Pengkaji menggunakan pendekatan etnolinguistik berdasarkan kerangka teori domain atau mandala, teori fonetik struktural dan teori tipologi keterancaman bahasa untuk menjawab dan menjelaskan objektif kajian. Pengkaji memilih seramai 120 orang responden daripada etnik Bhuket dan 180 orang responden daripada etnik Lahanan. Kaedah kualitatif dan kuantitatif akan digunakan dalam pengumpulan data. Beberapa teknik pengumpulan data digunakan termasuklah kaedah soal jawab, pemerhatian, temu bual, kaedah lafaz dan kaedah bercerita. Hasil dapatan kajian menunjukkan semua kelompok umur etnik Bhuket dan etnik Lahanan berjaya mengekalkan warisan budaya dan bahasa dalam kehidupan seharian mereka. Sikap positif berjaya mengelak rasa rendah diri dan curiga terhadap bahasa mereka walaupun berada dalam kalangan penutur bahasa yang minoriti. Tinggal berkelompok dalam lingkaran rumah panjang telah menjadikan bahasa mereka kebal daripada segala pengaruh bahasa lain. Bahasa Bhuket dan bahasa Lahanan akan terus bertapak dan bertahan kerana kehidupan di rumah panjang telah berjaya membentuk sikap positif dan jati diri bangsa yang kental. Bahasa ibunda mereka medium utama dalam semua hal kehidupan serta wujudnya sikap hormat dan patuh pada peraturan berbahasa sesama etnik.