Hubungan faktor terpilih dengan kemahiran employability pelajar sekolah menengah teknik di Sabah

Kajian ini bertujuan menilai tahap kemahiran employability pelajar kursus vokasional serta mengenalpasti hubungkait antara faktor-faktor terpilih iaitu jantina, kursus, pendedahan industri, penglibatan kokurikulum, jawatan, pendedahan kerjaya dan konsep kendiri terhadap kemahiran employability merek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Danil, Jovinia
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31445/1/FPP%202012%2054R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menilai tahap kemahiran employability pelajar kursus vokasional serta mengenalpasti hubungkait antara faktor-faktor terpilih iaitu jantina, kursus, pendedahan industri, penglibatan kokurikulum, jawatan, pendedahan kerjaya dan konsep kendiri terhadap kemahiran employability mereka. Kajian ini turut mengenalpasti faktor peramal bagi kemahiran employability pelajar. Kaedah kuantitatif dengan menggunakan rekabentuk deskriptif-korelasi diaplikasikan dalam kajian ini. Subjek terdiri daripada 239 pelajar tingkatan lima kursus vokasional di dua buah sekolah menengah teknik. Teknik pemilihan responden adalah secara bertujuan. Data diperolehi dengan menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasikan daripada Secretary’s Commission on Achieveing Necessary Skills (SCANS). Analisis deskriptif serta inferensi yang digunakan bagi menjawab objektif dan persoalan kajian ialah Korelasi Pearson, Korelasi Spearman, ANOVA dan Analisis Regresi Berganda menggunakan Statistical Package for Social Science versi 17. Keputusan kajian menunjukkan tahap kemahiran employability pelajar kursus vokasional secara keseluruhan adalah di tahap kurang memiliki ke memiliki (min =3.81, s.p =.34). Min tertinggi ditunjukkan dalam aspek kualiti personal (min =4.04, s.p =.43) diikuti diikuti dengan dimensi kemahiran interpersonal (min =4.01, s.p =.47) manakala kemahiran sumber (min =3.74, s.p =.45), kemahiran asas (min =3.73, s.p =.46), kemahiran berfikir (min =3.72, s.p =.42), kemahiran informasi (min =3.68, s.p =.54) dan kemahiran sistem dan teknologi (min =3.53, s.p =.58) berada di bawah nilai min keseluruhan. Dapatan analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor-faktor terpilih iaitu konsep kendiri (r =.429, p=.000), pendedahan kerjaya (r =.218, p =.001), jantina (rpb =-.172, p =.012) dan pendedahan industri (rpb =.137, p =.046) terhadap kemahiran employability pelajar. Keputusan Analisis Spearman’s rho pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara penglibatan dalam kokurikulum dengan kemahiran employability pelajar (r =.177, p =.010). Di samping itu, terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor min tahap kemahiran employability pelajar mengikut kursus dengan nilai F(5,208) =2.915, p =.014. Bagaimanapun tidak terdapat hubungan yang signifikan bagi aspek jawatan terhadap kemahiran employability. Melalui ujian Regresi Berganda dengan kaedah stepwise, faktor-faktor seperti pendedahan industri, pendedahan kerjaya dan konsep kendiri merupakan faktor-faktor yang ketara mempengaruhi tahap kemahiran employability pelajar pada tahap signifikan .05. Namun begitu, jantina didapati tidak ketara mempengaruhi tahap kemahiran employability pelajar vokasional. Kajian ini antara lain mencadangkan kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia agar mengambil langkah holistik merancang dan memulakan penerapan kemahiran employability di peringkat sekolah menengah. Ini bertujuan membangunkan kesedaran dalam diri pelajar akan kepentingan kemahiran employability terhadap masa hadapan mereka terutama dalam dunia kerjaya yang akan ditempuhi. Pembangunan berterusan dari aspek kegiatan kokurikulum, pembangunan konsep kendiri dan galakan latihan berunsur industri kepada pelajar-pelajarnya boleh menyumbang ke arah pembentukan kemahiran employability golongan ini.