Epistemologi perubatan Ibn Qayyim Al-Jawziyyah di dalam Al-Tibb Al-Nabawi

Kajian ini melibatkan pengamatan analitikal terhadap epistemologi perubatan Ibn Qayyim berdasarkan teks al-Tibb al-Nabawi yang merupakan sebahagian daripada kitab Zād al-Ma‘ād fi Hady Khayr al-‘Ibād. Objektif umum kajian ialah untuk memahami dan menganalisis epistemologi perubatan Ibn Qayyim dalam a...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Marni, Nurazmallail
格式: Thesis
语言:English
出版: 2012
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31613/1/FEM%202012%203R.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini melibatkan pengamatan analitikal terhadap epistemologi perubatan Ibn Qayyim berdasarkan teks al-Tibb al-Nabawi yang merupakan sebahagian daripada kitab Zād al-Ma‘ād fi Hady Khayr al-‘Ibād. Objektif umum kajian ialah untuk memahami dan menganalisis epistemologi perubatan Ibn Qayyim dalam al-Tibb al-Nabawi. Objektif khusus kajian ialah pertamanya, untuk mengenalpasti pengaruh persekitaran pendidikan dan keilmuan terhadap epistemologi dan pendekatan penulisan al-Tibb al-Nabawi. Keduanya, untuk mengenalpasti teras epistemologi perubatan Ibn Qayyim. Terakhirnya, untuk menganalisis teks yang berkaitan dengan cabang ilmu perubatan menurut Ibn Qayyim, iaitu perubatan hati (tibb alqulub)dan perubatan badan (tibb al-abdān) berbanding perubatan Greek yang mengklasifikasikannya kepada ilmu perubatan teori (‘ilm al-tibb al-nazari) dan ilmu perubatan amali (‘ilm al-tibb al-‘amali). Pendekatan analisis tematik di samping pendekatan hermeneutik dan pendekatan interpretasi berfalsafah akan digunakan sebagai metode kajian. Hasil kajian mendapati bahawa al-Tibb al- Nabawi adalah wacana utama Ibn Qayyim dalam menjelaskan epistemologi perubatan Nabi yang merupakan kesinambungan daripada ilmu perubatan terdahulu khasnya perubatan Greek. Sumbangan utama Ibn Qayyim dalam epistemologi perubatan ialah melakukan Islamisasi terhadap ilmu perubatan sedia ada dengan meletakkan nilai agama yang tinggi kepada panduan perubatan Nabi s.a.w hasil rujukan kepada al-Quran dan hadis di samping rujukan kepada sumber-sumber ilmu perubatan yang terdiri daripada penyaksian (mushāhadah), pengamatan (tadabbur),pemerhatian (ta’ammul), penemuan daripada ujikaji (tajribah), dan pandangan tokoh-tokoh perubatan klasik dan sezaman dengan Ibn Qayyim.