Keberkesanan modul pemulihan dadah ke atas motivasi pencapaian dalam kalangan pelatih Pusat Serenti di Sepang, Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan Modul Pemulihan Dadah (MPD) ke atas motivasi pencapaian yang mana diukur dari enam aspek iaitu perancangan matlamat, ketabahan,jangkaan terhadap kejayaan, tahap kebimbangan, kesanggupan menghadapi risiko dan pencapaian sikap yang dilaksanakan da...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Alias, Siti Rahmah
格式: Thesis
語言:English
出版: 2012
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31929/1/FPP%202012%2029R.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan Modul Pemulihan Dadah (MPD) ke atas motivasi pencapaian yang mana diukur dari enam aspek iaitu perancangan matlamat, ketabahan,jangkaan terhadap kejayaan, tahap kebimbangan, kesanggupan menghadapi risiko dan pencapaian sikap yang dilaksanakan dalam kalangan pelatih pusat serenti di Daerah Sepang, Selangor. Kajian keberkesanan MPD ke atas motivasi pencapaian dalam kalangan pelatih pusat serenti di Sepang ini telah menggunakan reka bentuk kajian eksperimental yang melibatkan ujian pra dan ujian pasca. Kajian eksperimental ini bertujuan untuk menerangkan dengan lebih jelas keberkesanan MPD ke atas motivasi pencapaian. Subjek kajian terdiri daripada 66 pelatih Pusat Serenti Sepang, telah dipilih secara rawak.Mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu seramai 33 pelatih sebagai kumpulan eksperimen dan 33 pelatih lagi sebagai kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen telah mengikuti MPD selama lima hari yang dikendalikan sepenuhnya oleh 3 orang pembantu penyelidik terlatih. Untuk hipotesis, skor min dan ujian–t telah digunakan. Kajian ini menggunakan dua alat kajian iaitu MPD yang dilaksanakan kepada kumpulan eksperimen dan Ujian Motivasi Pencapaian yang dilaksanakan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan untuk mengukur tahap motivasi pencapaian pelatih. Dapatan kajian mendapati terdapat peningkatan min yang ketara pada skor min ujian pra (85.40) dan ujian pasca (111.21) bagi kumpulan eksperimen. Analisis ujian–t pula membuktikan perbezaan tersebut adalah signifikan [t (32) = -3.88, p = 0.000]. Oleh yang demikian, terdapat perbezaan yang signifikan di antara ujian motivasi pencapaian bagi ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan eksperimen. Manakala bagi kumpulan kawalan pula, tidak terlihat perbezaan yang ketara pada skor min ujian pra (85.21) dan ujian pasca (85.94). Analisis ujian–t juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara ujian pra dan ujian pasca [t (32) = -0.94, p = 0.180]. Oleh yang demikian, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara ujian motivasi pencapaian bagi ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan.