Persepsi Guru Terhadap Hubungan Gaya Kepemimpinan Pengetua dan Iklim Sekolah di Kajang

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan gaya kepemimpinan pengetua dengan iklim sekolah berdasarkan persepsi guru. Sampel kajian terdiri daripada 208 guru terlatih dari lima buah sekolah menengah kebangsaan dalam bandar Kajang, Selangor. Instrumen Leadership Behaviour Description...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Dollah, Suhasni
格式: Thesis
語言:English
Malay
出版: 2004
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/320/1/549555_T_FPP_2004_19.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan gaya kepemimpinan pengetua dengan iklim sekolah berdasarkan persepsi guru. Sampel kajian terdiri daripada 208 guru terlatih dari lima buah sekolah menengah kebangsaan dalam bandar Kajang, Selangor. Instrumen Leadership Behaviour Description Questionnaire (LBDQ) telah digunakan untuk mengkaji persepsi guru terhadap gaya kepemimpinan pengetua manakala instrumen CFK School Climate Profile digunakan untuk mengkaji persepsi guru terhadap iklim sekolah. Kajian ini berfokus terhadap dua gaya kepemimpinan, iaitu gaya kepemimpinan demokratik dan gaya kepemimpinan autokratik. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pengetua sekolah dalam bandar Kajang mempunyai aras gaya kepemimpinan demokratik dan autokratik yang tinggi dan begitu juga dengan iklim sekolah. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati tidak wujud hubungan yang signifikan antara persepsi guru terhadap gaya kepemimpinan pengetua dengan iklim sekolah (r=0.10, p>0.05).Selain itu, tidak wujud hubungan yang signifikan antara gaya kepemimpinan demokratik dan autokratik dengan iklim sekolah (r=0.17, r=0.13, p>0.05). Namun begitu, analisis pekali korelasi Pearson menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara gaya kepemimpinan pengetua autokratik dengan iklim sekolah bagi faktor persekitaran (r=0.20, p<0.05) dan proses pengurusan (r=0.21, p<0.05). Daripada dapatan kajian, dapat disimpulkan bahawa tidak wujud hubungan antara persepsi guru terhadap gaya kepemimpinan pengetua dengan iklim sekolah.