Amalan Inovasi dalam Kalangan Petani Cina

Kajian ini telah dijalankan di Simpang Empat, Alor Setar, Kedah bermatlamat untuk memahami amalan inovasi pertanian di kalangan petani Cina. Kajian ini dilaksanakan berasaskan tiga aspek persoalan kajian iaitu: 1) Apakah amalan pertanian yang diamalkan oleh petani Cina? 2) Apakah sebab petani Cin...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Tan, Sheau Yunn
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
Malay
منشور في: 2004
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/322/1/549556_T_FPP_2004_3.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini telah dijalankan di Simpang Empat, Alor Setar, Kedah bermatlamat untuk memahami amalan inovasi pertanian di kalangan petani Cina. Kajian ini dilaksanakan berasaskan tiga aspek persoalan kajian iaitu: 1) Apakah amalan pertanian yang diamalkan oleh petani Cina? 2) Apakah sebab petani Cina menerima guna sesuatu inovasi? dan 3) Bagaimana petani Cina mendapat maklumat inovasi? Kaedah penyelidikan kualitatif digunakan dalam kajian ini. Responden kajian ini terdiri daripada lapan orang petani Cina. Data diperolehi melalui temubual mendalam berpandukan kepada soalan separa struktur dan pemerhatian. Hasil kajian ini mendapati bahawa responden menerima guna amalan pertanian secara sistematik. Mereka telah merancang terlebih awal sebelum memulakan penanaman baru. Inovasi yang berciri mudah dan cepat diamalkan, berkesan, dapat dicuba terdahulu, dan senang dilihat serta diperhatikan menarik perhatian responden.Pengaruh rakan petani, kemampuan responden mengambil risiko dan responden beraspirasi tinggi juga mempengaruhi mereka menerima guna inovasi. Daripada kajian ini didapati punca-punca maklumat dalam proses difusi ialah rakan petani, agen pengembangan, jurujual dan lain seperti pengilang beras. Hasil kajian ini jelas menunjukkan bahawa rakan petani merupakan saluran yang terpenting dalam penyebaran inovasi di kalangan responden. Di samping itu, kajian ini turut meninjau persepsi responden terhadap petani kaum lain. Responden berpendapat bahawa sebab utama petani kaum lain tidak menerima sesuatu inovasi ialah rasa tidak perlu inovasi terutama mengenai pengawalan rumpai, penyakit dan perosak. Responden juga berpendapat kemisikinan turut menyebabkan golongan petani kaum lain tidak mampu menerima guna sesuatu inovasi. Para responden menerangkan bahawa mereka menghadapi masalah komunikasi dengan agen pembangunan. Para responden juga mempunyai rasa kurang penting terhadap peranan agen pengembangan dan lebih percaya kepada pengalaman mereka dalam kegiatan pertanian. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk memperbaiki kelemahan yang ada bagi meningkatkan penerimagunaan inovasi di kalangan petani Cina. Cadangan juga dibuat untuk kajian selanjutnya dalam bidang ini.