Pengalaman remaja Melayu perempuan yatim yang cemerlang selepas kematian bapa dan kesediaan menjalani kaunseling

Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka pengalaman remaja Melayu perempuan yatim yang cemerlang dalam pelajaran selepas kematian bapa, memperihal strategi daya tindak dalam menghadapi masalah dan meneroka kesediaan mereka menjalani kaunseling. Lima peserta kajian melibatkan diri secara sukar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mustafa, Sharifah Nazirah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/32620/1/FPP%202012%2025R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.32620
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.326202015-01-09T04:04:46Z Pengalaman remaja Melayu perempuan yatim yang cemerlang selepas kematian bapa dan kesediaan menjalani kaunseling 2012-03 Mustafa, Sharifah Nazirah Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka pengalaman remaja Melayu perempuan yatim yang cemerlang dalam pelajaran selepas kematian bapa, memperihal strategi daya tindak dalam menghadapi masalah dan meneroka kesediaan mereka menjalani kaunseling. Lima peserta kajian melibatkan diri secara sukarela dan memenuhi kriteria yang ditetapkan: remaja perempuan Melayu, pelajar Tingkatan Empat di sekolah menengah harian, cemerlang dalam PMR, kematian bapa dan tinggal dengan ibu. Temu bual separa berstruktur digunakan sebagai kaedah utama pengumpulan data. Setiap peserta ditemu bual sebanyak 3 kali untuk tempoh masa selama 1 jam hingga 1 jam 30 minit. Analisis kandungan transkrip temu bual menghasilkan tema-tema berikut: 1) pengalaman negatif, 2) pengalaman positif, 3) faktor demografi peserta dan keluarga, 4) faktor jangka masa kematian bapa, 5) faktor hubungan dengan bapa semasa hidup, 6) strategi daya tindak menghadapi kesedihan 7) strategi daya tindak menghadapi masalah akademik, dan 8) kesediaan menjalani kaunseling. Dapatan kajian menunjukkan pengalaman negatif meliputi gangguan emosi, masalah kesihatan dan masalah kewangan manakala pengalaman positif merangkumi hubungan yang bertambah baik dengan ibu, peningkatan motivasi, berdikari dan berpendirian tetap.Pengalaman dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu:1) demografi dan latar belakang peserta kajian, 2) jangka masa kematian bapa, dan 3) hubungan dengan bapa semasa hidup. Strategi daya tindak remaja adalah pelbagai meliputi menghadapi kesedihan dan menangani masalah akademik. Antara strategi daya tindak menghadapi kesedihan ialah pendaman, tangisan dan bermonolog, dan redha. Manakala strategi daya tindak menangani masalah akademik ialah sibukkan diri, mencabar diri, membentuk kesedaran diri, dan fokus dalam kelas. Peserta menangani masalah dengan menggunakan strategi daya tindak yang positif. Kesediaan peserta menjalani kaunseling didapati berbeza. Ada peserta yang pernah menjalani kaunseling individu serta menggunakan pelbagai perkhidmatan bimbingan dan kaunseling manakala ada yang tidak pernah menjalani kaunseling mahupun mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Bagi mereka yang pernah menjalani kaunseling individu menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan perkhidmatan tersebut.Terdapat peserta yang tidak pernah menjalani kaunseling menyatakan kesediaan menjalani kaunseling sekiranya dipanggil oleh kaunselor kerana kurang keyakinan diri untuk datang berjumpa kaunselor. Ada juga peserta yang tidak pernah menjalani kaunseling meragui kejujuran kaunselor disebabkan pengalaman negatif kawannya. Bagaimanapun, peserta berkenaan bersedia menjalani kaunseling sekiranya kaunselor menyimpan rahsia. Keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa remaja Melayu perempuan yatim yang cemerlang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza selepas kematian bapa. Kajian ini memberi implikasi bahawa kaunselor perlu menekankan konsep kerohanian dalam kalangan klien yang beragama Islam. Kaunselor perlu membantu klien mempersepsi pengalaman secara positif dan ‘redha’ di atas kematian bapa. Hal ini memberi implikasi praktikal bahawa kaunselor perlu meneroka dan membimbing klien dari segi melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan kerohanian. Aktiviti kerohanian meliputi mengerjakan solat, membaca al-quran dan mengamalkan zikir.Kaunselor perlu bersikap proaktif dalam mengenalpasti dan melibatkan pelajar yang menghadapi kehibaan dalam proses kaunseling tanpa menunggu klien mendapatkan bantuan. Counseling in secondary education Bereavement in adolescence Death - Psychological aspects 2012-03 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/32620/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/32620/1/FPP%202012%2025R.pdf application/pdf en public masters Universiti Putra Malaysia Counseling in secondary education Bereavement in adolescence Death - Psychological aspects
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
topic Counseling in secondary education
Bereavement in adolescence
Death - Psychological aspects
spellingShingle Counseling in secondary education
Bereavement in adolescence
Death - Psychological aspects
Mustafa, Sharifah Nazirah
Pengalaman remaja Melayu perempuan yatim yang cemerlang selepas kematian bapa dan kesediaan menjalani kaunseling
description Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka pengalaman remaja Melayu perempuan yatim yang cemerlang dalam pelajaran selepas kematian bapa, memperihal strategi daya tindak dalam menghadapi masalah dan meneroka kesediaan mereka menjalani kaunseling. Lima peserta kajian melibatkan diri secara sukarela dan memenuhi kriteria yang ditetapkan: remaja perempuan Melayu, pelajar Tingkatan Empat di sekolah menengah harian, cemerlang dalam PMR, kematian bapa dan tinggal dengan ibu. Temu bual separa berstruktur digunakan sebagai kaedah utama pengumpulan data. Setiap peserta ditemu bual sebanyak 3 kali untuk tempoh masa selama 1 jam hingga 1 jam 30 minit. Analisis kandungan transkrip temu bual menghasilkan tema-tema berikut: 1) pengalaman negatif, 2) pengalaman positif, 3) faktor demografi peserta dan keluarga, 4) faktor jangka masa kematian bapa, 5) faktor hubungan dengan bapa semasa hidup, 6) strategi daya tindak menghadapi kesedihan 7) strategi daya tindak menghadapi masalah akademik, dan 8) kesediaan menjalani kaunseling. Dapatan kajian menunjukkan pengalaman negatif meliputi gangguan emosi, masalah kesihatan dan masalah kewangan manakala pengalaman positif merangkumi hubungan yang bertambah baik dengan ibu, peningkatan motivasi, berdikari dan berpendirian tetap.Pengalaman dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu:1) demografi dan latar belakang peserta kajian, 2) jangka masa kematian bapa, dan 3) hubungan dengan bapa semasa hidup. Strategi daya tindak remaja adalah pelbagai meliputi menghadapi kesedihan dan menangani masalah akademik. Antara strategi daya tindak menghadapi kesedihan ialah pendaman, tangisan dan bermonolog, dan redha. Manakala strategi daya tindak menangani masalah akademik ialah sibukkan diri, mencabar diri, membentuk kesedaran diri, dan fokus dalam kelas. Peserta menangani masalah dengan menggunakan strategi daya tindak yang positif. Kesediaan peserta menjalani kaunseling didapati berbeza. Ada peserta yang pernah menjalani kaunseling individu serta menggunakan pelbagai perkhidmatan bimbingan dan kaunseling manakala ada yang tidak pernah menjalani kaunseling mahupun mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Bagi mereka yang pernah menjalani kaunseling individu menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan perkhidmatan tersebut.Terdapat peserta yang tidak pernah menjalani kaunseling menyatakan kesediaan menjalani kaunseling sekiranya dipanggil oleh kaunselor kerana kurang keyakinan diri untuk datang berjumpa kaunselor. Ada juga peserta yang tidak pernah menjalani kaunseling meragui kejujuran kaunselor disebabkan pengalaman negatif kawannya. Bagaimanapun, peserta berkenaan bersedia menjalani kaunseling sekiranya kaunselor menyimpan rahsia. Keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa remaja Melayu perempuan yatim yang cemerlang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza selepas kematian bapa. Kajian ini memberi implikasi bahawa kaunselor perlu menekankan konsep kerohanian dalam kalangan klien yang beragama Islam. Kaunselor perlu membantu klien mempersepsi pengalaman secara positif dan ‘redha’ di atas kematian bapa. Hal ini memberi implikasi praktikal bahawa kaunselor perlu meneroka dan membimbing klien dari segi melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan kerohanian. Aktiviti kerohanian meliputi mengerjakan solat, membaca al-quran dan mengamalkan zikir.Kaunselor perlu bersikap proaktif dalam mengenalpasti dan melibatkan pelajar yang menghadapi kehibaan dalam proses kaunseling tanpa menunggu klien mendapatkan bantuan.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Mustafa, Sharifah Nazirah
author_facet Mustafa, Sharifah Nazirah
author_sort Mustafa, Sharifah Nazirah
title Pengalaman remaja Melayu perempuan yatim yang cemerlang selepas kematian bapa dan kesediaan menjalani kaunseling
title_short Pengalaman remaja Melayu perempuan yatim yang cemerlang selepas kematian bapa dan kesediaan menjalani kaunseling
title_full Pengalaman remaja Melayu perempuan yatim yang cemerlang selepas kematian bapa dan kesediaan menjalani kaunseling
title_fullStr Pengalaman remaja Melayu perempuan yatim yang cemerlang selepas kematian bapa dan kesediaan menjalani kaunseling
title_full_unstemmed Pengalaman remaja Melayu perempuan yatim yang cemerlang selepas kematian bapa dan kesediaan menjalani kaunseling
title_sort pengalaman remaja melayu perempuan yatim yang cemerlang selepas kematian bapa dan kesediaan menjalani kaunseling
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2012
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/32620/1/FPP%202012%2025R.pdf
_version_ 1747811672696815616