Hubungan antara pengetahuan pengajaran dengan efikasi mengajar bidang makanan dan pemakanan dalam kalangan guru ekonomi rumah tangga

Pengajaran bidang makanan dan pemakanan (M&P) yang berkesan adalah penting bagi menjamin murid memperoleh maklumat yang tepat tentang pemakanan, serta amalan pemilihan dan pengambilan makanan yang sihat bagi memperolehi kesihatan dan fizikal yang baik. Efikasi kendiri yang tinggi adalah penting...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamed Yusof, Rahayu
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33095/1/FPP%202012%2038R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengajaran bidang makanan dan pemakanan (M&P) yang berkesan adalah penting bagi menjamin murid memperoleh maklumat yang tepat tentang pemakanan, serta amalan pemilihan dan pengambilan makanan yang sihat bagi memperolehi kesihatan dan fizikal yang baik. Efikasi kendiri yang tinggi adalah penting bagi seseorang guru kerana ia dapat membantu guru membina proses pengajaran yang berkesan. Guru yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi sentiasa berusaha mempelbagai kaedah pengajaran, mencari sumber-sumber baharu dalam pengajarannya dan menangani masalah yang timbul. Maka kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti efikasi mengajar guru Ekonomi Rumah Tangga (ERT) yang mengajar bidang M&P, serta menentukan hubungan antara pengetahuan pengajaran, umur, pengalaman mengajar dan bilangan kursus dihadiri dengan efikasi mengajar. Sejumlah 201 orang guru ERT terlibat sebagai responden yang dipilih menggunakan persampelan rawak berstrata. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik yang dihantar secara pos kepada responden. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini dibina berdasarkan kajian-kajian lepas dan adaptasi daripada soal selidik Nutrition-Teaching Self-Efficacy Scale (NTSES) yang dibina oleh Brenowitz dan Tuttle (2003), serta disesuaikan mengikut sukatan pelajaran ERT. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan pengajaran M&P (M = 3.63, SP = 0.56) dan efikasi mengajar (M = 3.74, SP = 0.68) guru ERT berada pada tahap sederhana tinggi. Ujian korelasi antara pengetahuan pengajaran M&P dengan efikasi mengajar menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan kuat. Ujian korelasi juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan tetapi lemah antara umur, pengalaman mengajar, dan bilangan kursus dihadiri dengan efikasi mengajar bidang makanan dan pemakanan. Kesimpulannya, untuk meningkatkan efikasi mengajar guru ke tahap yang lebih baik, beberapa program atau kursus perlu dirancang dan dilaksana agar dapat membina dan menambah pengetahuan dan pengalaman mengajar guru. Kursus berkait kandungan mata pelajaran, pedagogi, dan teknologi maklumat dan komunikasi perlu diberi lebih penekanan pada masa akan datang.