Kosmologi dalam puisi-puisi Zurinah Hassan

Kajian ini menganalisis puisi-puisi Zurinah Hassan dengan memberi tumpuan kepada unsur-unsur kosmologi yang terdapat di dalamnya. Tumpuan diberikan kepada kosmologi biotik dan kosmologi abiotik. Kosmologi biotik (benda hidup) dilihat melalui alam semesta yang hidup di atas muka bumi ini yang memerlu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yusoff, Muhamad Fadzil
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33614/1/FBMK%202012%208R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.33614
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.336142015-03-16T03:01:57Z Kosmologi dalam puisi-puisi Zurinah Hassan 2012-07 Yusoff, Muhamad Fadzil Kajian ini menganalisis puisi-puisi Zurinah Hassan dengan memberi tumpuan kepada unsur-unsur kosmologi yang terdapat di dalamnya. Tumpuan diberikan kepada kosmologi biotik dan kosmologi abiotik. Kosmologi biotik (benda hidup) dilihat melalui alam semesta yang hidup di atas muka bumi ini yang memerlukan satu sama lain untuk hidup, yang dapat dipecahkan kepada alam flora dan alam fauna. Manakala kosmologi abiotik iaitu benda bukan hidup yang dibahagikan kepada dua, iaitu alam semula jadi dan alam buatan manusia. Kajian ini berfokus kepada kumpulan-kumpulan perseorangan dan antologi puisi Zurinah Hassan iaitu Kumpulan Puisi Sesayup Jalan (1974), Kumpulan Puisi Di Sini Tiada Perhentian (1977), Kumpulan Puisi Keberangkatan (1985), Kumpulan Puisi Pujangga Tidak Bernama (1994), Antologi Nota waktu (bersama Lim Swee Tin) (2003), Kumpulan Puisi Pesanan dari Gunung Ledang (2004) dan yang terakhir Kumpulan Puisi Salasilah (2005). Tiga objektif kajian adalah pertama, mengenalpasti unsur-unsur kosmologi biotik dan abiotik yang terdapat dalam puisi-puisi Zurinah Hassan. Kedua, menganalisis unsurunsur kosmologi biotik dan kosmologi abiotik dengan mengaplikasi Teori Pengkaedahan Melayu dan yang ketiga menginterpretasi falsafah dan pemikiran alam (kosmologi) dalam puisi-puisi Zurinah Hassan berdasarkan penanda kosmologi. Kaedah yang digunakan untuk menyempurnakan kajian ini ialah kaedah kepustakaan dan kaedah analisis kandungan (teks). Kajian ini terbukti telah mencapai objektifnya dengan penemuan unsur-unsur kosmologi biotik (alam flora dan alam fauna) dan kosmologi abiotik (alam semula jadi dan alam buatan manusia) dalam puisi-puisi Zurinah Hassan. Unsur kosmologi biotik yang ditemui ialah alam flora yang terdiri daripada (i) hutan rimba, rumput, padi, kacang, tebu dan kaduk, (ii) pepohon, reranting, dedaun dan duri, (iii) bunga, (iv) buah manakala alam fauna pula terdiri daripada (i) burung dan kupu-kupu, (ii) ikan, ketam dan buaya (iii) anai-anai dan semut, (iv) kucing dan singa, (v) rusa dan pelanduk, (vi) ayam, kambing dan lembu. Seterusnya, kosmologi abiotik yang terdiri dari alam semula jadi iaitu (i) angin, ombak, laut dan pantai, (ii) hujan, (iii) sungai, (iv) tanah dan sawah manakala alam buatan manusia ialah (i) perahu dan bahtera, (ii) rumah, (iii) keris dan pisau, (iv) seruling, (v) gambar dan lukisan (vi) lilin dan pelita. Teori Pengkaedahan Melayu telah diaplikasikan untuk menganalisis unsur-unsur kosmologi biotik dan kosmologi abiotik dalam puisi-puisi Zurinah Hassan. Hasil dapatan menunjukkan puisi-puisi Zurinah Hassan menepati dengan dua pengkaedahan yang digunakan iaitu Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan. Melalui Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan puisi-puisi Zurinah Hassan menjadikan kosmologi sebahagian daripada diri dan kehidupannya yang bersandarkan kepada keimanan dan akidah Islam. Ini dapat dilihat melalui unsur kosmologi yang menemukan falsafah serta pemikiran alam yang dapat dijadikan sebagai perlambangan, pengiktibaran,perbandingan, proses pembelajaran, sosiobudaya Melayu, pengerat kasih sayang, suara perjuangan untuk mendapatkan hak, maruah, kekuasaan Allah SWT,meningkatkan diri dalam mengingati Allah SWT, medan perjuangan dan sebagai motivasi untuk membina kejayaan. Selain itu, hasil kajian turut membuktikan peranan dan sumbangan penting Zurinah Hassan dalam dunia sastera khususnya puisi Melayu tanah air. Zurinah Hassan berjaya meletakkan unsurunsur kosmologi sebagai renungan untuk menemui makna kehidupan dengan cara mengaitkan objek alam fizikal dengan kehidupan manusia. Cosmology in literature Malay poetry - History and criticism 2012-07 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33614/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33614/1/FBMK%202012%208R.pdf application/pdf en public phd doctoral Universiti Putra Malaysia Cosmology in literature Malay poetry - History and criticism
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
topic Cosmology in literature
Malay poetry - History and criticism

spellingShingle Cosmology in literature
Malay poetry - History and criticism

Yusoff, Muhamad Fadzil
Kosmologi dalam puisi-puisi Zurinah Hassan
description Kajian ini menganalisis puisi-puisi Zurinah Hassan dengan memberi tumpuan kepada unsur-unsur kosmologi yang terdapat di dalamnya. Tumpuan diberikan kepada kosmologi biotik dan kosmologi abiotik. Kosmologi biotik (benda hidup) dilihat melalui alam semesta yang hidup di atas muka bumi ini yang memerlukan satu sama lain untuk hidup, yang dapat dipecahkan kepada alam flora dan alam fauna. Manakala kosmologi abiotik iaitu benda bukan hidup yang dibahagikan kepada dua, iaitu alam semula jadi dan alam buatan manusia. Kajian ini berfokus kepada kumpulan-kumpulan perseorangan dan antologi puisi Zurinah Hassan iaitu Kumpulan Puisi Sesayup Jalan (1974), Kumpulan Puisi Di Sini Tiada Perhentian (1977), Kumpulan Puisi Keberangkatan (1985), Kumpulan Puisi Pujangga Tidak Bernama (1994), Antologi Nota waktu (bersama Lim Swee Tin) (2003), Kumpulan Puisi Pesanan dari Gunung Ledang (2004) dan yang terakhir Kumpulan Puisi Salasilah (2005). Tiga objektif kajian adalah pertama, mengenalpasti unsur-unsur kosmologi biotik dan abiotik yang terdapat dalam puisi-puisi Zurinah Hassan. Kedua, menganalisis unsurunsur kosmologi biotik dan kosmologi abiotik dengan mengaplikasi Teori Pengkaedahan Melayu dan yang ketiga menginterpretasi falsafah dan pemikiran alam (kosmologi) dalam puisi-puisi Zurinah Hassan berdasarkan penanda kosmologi. Kaedah yang digunakan untuk menyempurnakan kajian ini ialah kaedah kepustakaan dan kaedah analisis kandungan (teks). Kajian ini terbukti telah mencapai objektifnya dengan penemuan unsur-unsur kosmologi biotik (alam flora dan alam fauna) dan kosmologi abiotik (alam semula jadi dan alam buatan manusia) dalam puisi-puisi Zurinah Hassan. Unsur kosmologi biotik yang ditemui ialah alam flora yang terdiri daripada (i) hutan rimba, rumput, padi, kacang, tebu dan kaduk, (ii) pepohon, reranting, dedaun dan duri, (iii) bunga, (iv) buah manakala alam fauna pula terdiri daripada (i) burung dan kupu-kupu, (ii) ikan, ketam dan buaya (iii) anai-anai dan semut, (iv) kucing dan singa, (v) rusa dan pelanduk, (vi) ayam, kambing dan lembu. Seterusnya, kosmologi abiotik yang terdiri dari alam semula jadi iaitu (i) angin, ombak, laut dan pantai, (ii) hujan, (iii) sungai, (iv) tanah dan sawah manakala alam buatan manusia ialah (i) perahu dan bahtera, (ii) rumah, (iii) keris dan pisau, (iv) seruling, (v) gambar dan lukisan (vi) lilin dan pelita. Teori Pengkaedahan Melayu telah diaplikasikan untuk menganalisis unsur-unsur kosmologi biotik dan kosmologi abiotik dalam puisi-puisi Zurinah Hassan. Hasil dapatan menunjukkan puisi-puisi Zurinah Hassan menepati dengan dua pengkaedahan yang digunakan iaitu Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan. Melalui Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan puisi-puisi Zurinah Hassan menjadikan kosmologi sebahagian daripada diri dan kehidupannya yang bersandarkan kepada keimanan dan akidah Islam. Ini dapat dilihat melalui unsur kosmologi yang menemukan falsafah serta pemikiran alam yang dapat dijadikan sebagai perlambangan, pengiktibaran,perbandingan, proses pembelajaran, sosiobudaya Melayu, pengerat kasih sayang, suara perjuangan untuk mendapatkan hak, maruah, kekuasaan Allah SWT,meningkatkan diri dalam mengingati Allah SWT, medan perjuangan dan sebagai motivasi untuk membina kejayaan. Selain itu, hasil kajian turut membuktikan peranan dan sumbangan penting Zurinah Hassan dalam dunia sastera khususnya puisi Melayu tanah air. Zurinah Hassan berjaya meletakkan unsurunsur kosmologi sebagai renungan untuk menemui makna kehidupan dengan cara mengaitkan objek alam fizikal dengan kehidupan manusia.
format Thesis
qualification_name Doctor of Philosophy (PhD.)
qualification_level Doctorate
author Yusoff, Muhamad Fadzil
author_facet Yusoff, Muhamad Fadzil
author_sort Yusoff, Muhamad Fadzil
title Kosmologi dalam puisi-puisi Zurinah Hassan
title_short Kosmologi dalam puisi-puisi Zurinah Hassan
title_full Kosmologi dalam puisi-puisi Zurinah Hassan
title_fullStr Kosmologi dalam puisi-puisi Zurinah Hassan
title_full_unstemmed Kosmologi dalam puisi-puisi Zurinah Hassan
title_sort kosmologi dalam puisi-puisi zurinah hassan
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2012
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33614/1/FBMK%202012%208R.pdf
_version_ 1747811702459596800