Faktor relaps dan pandangan terhadap perkhidmatan dalam kalangan penghuni pusat pemulihan dadah di Kelantan

Isu berkaitan dengan penyalahgunaan dadah bukanlah satu isu baru yang melanda negara kita.Pada tahun 1983, kerajaan mendapati masalah dadah bukan lagi sekadar masalah sosial tetapi mula dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara. Salah satu masalah berkaitan dadah yang sehingga kini sukar un...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Amat, Muhammad Asyraf
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33792/1/FPP%202013%201R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu berkaitan dengan penyalahgunaan dadah bukanlah satu isu baru yang melanda negara kita.Pada tahun 1983, kerajaan mendapati masalah dadah bukan lagi sekadar masalah sosial tetapi mula dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara. Salah satu masalah berkaitan dadah yang sehingga kini sukar untuk diatasi adalah peningkatan golongan penagih relaps yang terus bertambah dari tahun ke tahun. Di Malaysia, program rawatan dan pemulihan dadah telah dilaksanakan sejak tahun 1975 untuk membantu memulihkan penagih bebas daripada belenggu dadah. Perkhidmatan kaunseling adalah salah satu mekanisme rawatan yang digunakan bagi memulihkan penagih. Namun, melihat kepada perangkaan angka relaps yang kian bertambah menimbulkan tanda tanya sejauhmana efektifnya perkhidmatan kaunseling yang telah diberikan kepada golongan penagih ini. Kajian ini adalah bertujuan untuk menjawab dua persoalan kajian iaitu (1) mengapakah penagih dadah boleh kembali relaps walaupun telah berulang kali memasuki Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) dan (2) apakah pandangan penagih relaps terhadap perkhidmatan kaunseling yang dijalani di PUSPEN. Pendekatan kualitatif berunsurkan kajian kes dipilih untuk menyempurnakan kajian dan menjawab persoalan kajian. Pemilihan pendekatan dan kaedah ini dilihat mampu untuk menjawab persoalan kajian yang telah dikemukakan. Teknik temubual separa berstruktur digunakan untuk mengumpul data dari tujuh orang peserta kajian yang terdiri daripada penagih dadah yang telah relaps dan pernah memasuki PUSPEN melebihi satu kali. Temu bual telah dilaksanakan di dua buah PUSPEN iaitu PUSPEN Jeli dan Bachok, Kelantan kerana kedua-dua PUSPEN tersebut mewakili penagih lelaki dan perempuan. Data telah dianalisis dengan membina kategori dan tema untuk menjawab persoalan kajian. Bagi persoalan kajian yang pertama, kajian menemui tujuh faktor yang menyebabkan seseorang penagih itu boleh kembali relaps. Faktor tersebut ialah (1) faktor diri sendiri, (2) faktor keluarga, (3) faktor pendapatan, (4) faktor pengaruh kawan-kawan lama, (5) faktor penolakan masyarakat, (6) faktor kurangnya pengetahuan dan pengamalan agama dan (7) faktor media massa yang mengingatkan kembali kepada kenangan lama menjadi punca kenapa masalah relaps masih terus berlaku. Bagi menjawab persoalan kajian yang kedua, kajian mendapati tiga tema telah diperolehi iaitu (1) kaunseling dapat memberi manfaat kepada penagih, (2) kurangnya penekanan terhadap perkhidmatan kaunseling di PUSPEN dan (3) kaunseling hanya sekadar boleh untuk membantu tetapi untuk berubah adalah diri sendiri. Kajian ini memberi implikasi dari segi praktis rawatan kaunseling penyalahgunaan dadah di Malaysia. Semua pihak sama ada kaunselor penagihan dadah, pekerja sosial, pihak keluarga dan seluruh anggota masyarakat harus bersama-sama berganding bahu memainkan peranan masingmasing bagi membendung masalah ini daripada terus berleluasa. Sudah sampai masanya juga pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menempatkan kaunselor sepenuh masa dan berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia di setiap PUSPEN di bawah naungan mereka bagi memastikan sesi kaunseling yang diberikan benar-benar berkualiti dan penghuni mendapat manfaat daripada sesi yang dijalani.