Faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Penggunaan Sistem Maklumat Pelajar Berasaskan Komputer di Maktab Perguruan

Penyelidikan ini adalah usaha untuk mengetahui sejauh mana tahap penggunaan SMP dan kejayaan penggunaan SMP di maktab perguruan. Dalam penyelidikan ini, kejayaan penggunaan SMP dilihat dari segi manfaat kepada individu dan manfaat kepada organisasi. Reka bentuk penyelidikan adalah korelasi-deskri...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Abd Latib, Nizam
格式: Thesis
語言:English
Malay
出版: 2004
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/346/1/549585_T_FPP_2004_18.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Penyelidikan ini adalah usaha untuk mengetahui sejauh mana tahap penggunaan SMP dan kejayaan penggunaan SMP di maktab perguruan. Dalam penyelidikan ini, kejayaan penggunaan SMP dilihat dari segi manfaat kepada individu dan manfaat kepada organisasi. Reka bentuk penyelidikan adalah korelasi-deskriptif dan data dihimpun dengan menggunakan soal selidik. Penyelidikan ini mematuhi kaedah tinjauan yang menggunakan teknik persampelan kelompok untuk memilih 160 responden. Kadar respons adalah 100%. Perangkaan deskriptif dan statistik inferens digunakan untuk menganalisis data kajian. Dapatan penyelidikan menunjukkan bahawa tahap penglibatan pengguna SMP di maktab perguruan dan tahap masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan SMP di maktab perguruan adalah rendah. Bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman pengguna tentang SMP, tahap kepuasan pengguna tentang penggunaan SMP dan tahap kejayaan penggunaan SMP di maktab perguruan adalah sederhana. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor demografi dengan kejayaan penggunaan SMP dan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman pengguna tentang penggunaan SMP dengan kejayaan penggunaan SMP. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan songsang yang signifikan antara tahap masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan SMP dengan kejayaan penggunaan SMP, terdapat hubungan yang signifikan antara kekuatan SMP dengan kejayaan penggunaan SMP dan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pengurusan pentadbir maktab perguruan dengan kejayaan penggunaan SMP. Namun begitu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi keperluan latihan di antara maktab perguruan yang dikaji dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan SMP di antara maktab perguruan yang dikaji. Analisis regresi berganda cara langkah demi langkah (stepwise) menunjukkan bahawa tiga dari sembilan faktor yang dikaji memberi sumbangan yang signifikan kepada kejayaan penggunaan SMP di maktab perguruan iaitu kualiti sistem, kepuasan pengguna dan gaya pengurusan pengurus berasaskan pekerja.Berdasarkan dapatan kajian, satu model untuk memahami penyelidikan tentang kejayaan penggunaan SMP di maktab perguruan dicadangkan. Penyelidikan ini mencadangkan bahawa pengguna perlu mendapatkan latihan kemahiran yang sempurna supaya boleh memahami dengan jelas peranan dan kepentingan penggunaan SMP di maktab perguruan di samping mendapat sokongan daripada pihak yang terlibat dalam projek pemasangan SMP di maktab perguruan iaitu pihak Bahagian Teknologi Maklumat and Komunikasi, pihak Bahagian Pendidikan Guru dan pihak Maktab Perguruan. Akhir sekali dikemukakan juga cadangan lain untuk amalan dan penyelidikan selanjutnya.