Kecerdasan emosi, tingkah laku kepimpinan dan trait personaliti bagi meningkatkan prestasi kerja individu

Kini, menjadi tanggapan umum bahawa kecerdasan emosi, tingkah laku kepimpinan dan trait personaliti merupakan kaedah terbaik bagi mempertingkatkan kualiti organisasi termasuklah meningkatkan prestasi, produktiviti, komitmen dan kepuasan kerja. Semua aspek tersebut bukan menjadi hak mutlak bagi sekto...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md Nawi, Nurul Hudani
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/38834/1/FEM%202013%2018%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kini, menjadi tanggapan umum bahawa kecerdasan emosi, tingkah laku kepimpinan dan trait personaliti merupakan kaedah terbaik bagi mempertingkatkan kualiti organisasi termasuklah meningkatkan prestasi, produktiviti, komitmen dan kepuasan kerja. Semua aspek tersebut bukan menjadi hak mutlak bagi sektor awam dan swasta sahaja malah muncul sebagai indikator penting dalam konteks institusi pendidikan di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran kompleks dan merumitkan malah ianya menuntut perubahan dan peralihan paradigma yang memerlukan kesediaan sikap, kepercayaan, perhatian dan fokus berasaskan keupayaan individu pemimpin pendidik. Kajian ini bertujuan menyelidik perbezaan faktor demografi, perhubungan dan sumbangan kecerdasan emosi, tingkah laku kepimpinan dan trait personaliti ke atas prestasi kerja pemimpin pendidik. Malah kajian ini turut mengkaji peranan tingkah laku kepimpinan sebagai moderator bagi hubungan kecerdasan emosi dengan prestasi kerja. Akhir sekali kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kesesuaian cadangan model yang dibentuk Populasi kajian terdiri daripada 836 pemimpin pendidik yang berkhidmat di 38 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Dari kajian sebenar, sebanyak 306 (95%) soal selidik berjaya dikumpulkan yang telah lengkap diisi dan dianalisis selepas proses saringan dilakukan. Analisis penerokaan data (EDA) telah dibuat dan hasilnya tiada pelanggaran terhadap andaian dan memenuhi asas andaian taburan normal, hubungan linear, multicollinearity dan homoscedasticity yang diperlukan dalam analisis data pelbagai varian. Soal selidik yang diguna pakai adalah hasil daripada kajian rintis bagi menetapkan perihal boleh dipercayai skala dan ukuran instrumen soal selidik berkenaan. Untuk tujuan tersebut Cronbach Alpha dan analisis item per item. telah dibuat bagi menentukan kebolehpercayaan dan kesahan soal selidik dan hasilnya adalah dalam lingkungan nilai yang boleh diterima umum. Data seterusnya dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 18 dan Analysis of Moment Structures (AMOS) versi 18. Hasil kajian menunjukkan bahawa wujud perbezaan kecerdasan emosi dan personaliti kehematan berdasarkan umur manakala hanya personaliti kehematan sahaja menunjukkan perbezaan berdasarkan jantina. Manakala kecerdasan emosi, tingkah laku kepimpinan dan trait personaliti pula mempunyai hubungan positif dengan prestasi kerja. Nilai korelasi bagi trait personaliti kehematan merupakan nilai yang paling tinggi berhubungan dengan prestasi kerja berbanding pemboleh ubah lain. Ini menunjukkan subjek yang mempunyai perancangan tersusun, teliti, berdisplin dan sistematik adalah berkaitan dengan penghasilan prestasi kerja produktif di SBT. Keputusan regresi stepwise mempamerkan aspek kecerdasan emosi (mengurus perhubungan dan kesedaran sosial) menyumbang sebanyak 42.5% varian ke atas prestasi kerja. Manakala kecerdasan emosi memberi sumbangan sebanyak 54.9% varian kepada kepimpinan transformasi (mengurus perhubungan, kesedaran sosial dan pengurusan diri) dan 32.5% varian ke atas kepimpinan transaksi (pengurusan diri dan kesedaran diri). Kajian juga membuktikan bahawa kepimpinan transformasi adalah bertindak sebagai moderator dalam hubungan antara kecerdasan emosi dengan prestasi kerja. Akhir sekali keputusan kajian melalui teknik ‘structural equation modeling (SEM) mendapati cadangan model perhubungan di antara pemboleh ubah adalah sepadan dengan data yang diperolehi selepas modifikasi dijalankan. Secara ringkasnya, kajian ini telah menyumbang kepada gedung ilmiah, memberikan bukti empirikal mengenai implikasi amalan kepimpinan efektif, strategi pengurusan emosi dan profil trait personaliti yang positif dan konsisten ke arah pencapaian tahap kompetitif prestasi kerja yang lebih gemilang sejajar dengan arus perubahan dalam aspek pendidikan.