Perihal kezaliman raja dan pembesar dalam bab kelima Bustan Al-Salatin

Kajian ini bertujuan untuk mentransliterasi dan menganalisis naskhah Bustan al-Salatin Bab Kelima. Untuk itu, kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan, iaitu satu pendekatan mapan yang diguna pakai dalam menangani sesebuah naskhah. Kajian ini disasarkan untuk mencapai objektif-objektif b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Arifin, Nor Azizah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/38877/1/FBMK%202012%2023R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mentransliterasi dan menganalisis naskhah Bustan al-Salatin Bab Kelima. Untuk itu, kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan, iaitu satu pendekatan mapan yang diguna pakai dalam menangani sesebuah naskhah. Kajian ini disasarkan untuk mencapai objektif-objektif berikut. Pertama, mentransliterasi naskhah Bustan al-Salatin Bab Kelima. Kedua, memberi anotasi terhadap istilah-istilah penting dalam naskhah Bustan al-Salatin Bab Kelima. Ketiga, menganalisis sistem ejaan Jawi dan aspek kosa kata dalam naskhah Bustan al-Salatin Bab Kelima. Dan keempat, menganalisis isi kandungan naskhah Bustan al-Salatin Bab Kelima. Kajian ini berhasil dalam mentransliterasi naskhah Bustan al-Salatin Bab Kelima, dan memberi anotasi terhadap istilah-istilah penting dalam naskhah tersebut. Dari segi bahasa, kajian ini mendapati bahawa naskhah Bustan al-Salatin Bab Kelima menggunakan gaya bahasa abad 17, iaitu zaman naskhah ini dihasilkan oleh pengarangnya, Nuruddin al-Raniri, selain turut dipengaruhi bahasa Arab dan Parsi. Dari segi isi kandungan pula, kajian ini mendapati bahawa naskhah ini mengandungi amanat dan nasihat yang disampaikan menerusi kisah tentang kezaliman raja dan pembesar, dan pembalasan buruk yang diterima oleh mereka. Adalah diharapkan agar kajian ini dapat memperluaskan korpus kajian sedia ada terhadap Bustan al-Salatin khususnya, selain memperkayakan khazanah dunia kesarjanaan sastera Melayu amnya.