Amalan kawal selia kendiri pekerja bengkel dalam industri pembaikan kenderaan bermotor di Lembah Klang, Malaysia

Industri pembaikan kenderaan bermotor dilihat sebagai industri yang mampu memberi impak yang besar sama ada kepada masyarakat mahupun ekonomi negara. Berdasarkan statistik oleh Tribunal Tuntutan Pengguna bagi sektor perkhidmatan, tuntutan pengguna terhadap perkhidmatan pembaikan bengkel adalah anta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shahuddin, Muhamat Yawasi
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/38915/1/FEM%202013%202R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.38915
record_format uketd_dc
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
topic Motorcycle workshops - Malaysia
Decision making - Moral and ethical aspects - Malaysia
Automobile industry workers - Moral and ethical aspects - Malaysia
spellingShingle Motorcycle workshops - Malaysia
Decision making - Moral and ethical aspects - Malaysia
Automobile industry workers - Moral and ethical aspects - Malaysia
Shahuddin, Muhamat Yawasi
Amalan kawal selia kendiri pekerja bengkel dalam industri pembaikan kenderaan bermotor di Lembah Klang, Malaysia
description Industri pembaikan kenderaan bermotor dilihat sebagai industri yang mampu memberi impak yang besar sama ada kepada masyarakat mahupun ekonomi negara. Berdasarkan statistik oleh Tribunal Tuntutan Pengguna bagi sektor perkhidmatan, tuntutan pengguna terhadap perkhidmatan pembaikan bengkel adalah antara yang tertinggi berbanding sektor perkhidmatan yang lain. Kawal selia kendiri adalah satu komponen penting yang telah digariskan di bawah Dasar Pengguna Negara. Kajian ini bertujuan mengkaji amalan kawal selia kendiri pekerja bengkel dalam industri pembaikan kenderaan bermotor di Lembah Klang, Malaysia. Oleh kerana statistik yang dikeluarkan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menunjukkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatat jumlah aduan yang tertinggi setiap tahun bagi tahun 2005 hingga 2011, Lembah Klang telah dipilih sebagai kawasan kajian. Dengan menggunakan senarai Persatuan Pemilik Bengkel Wilayah Persekutuan (Lembah Klang) yang mempunyai 465 buah bengkel yang berdaftar, sebanyak 300 buah bengkel dipilih secara rawak mudah berdasarkan senarai ini. Dengan menggunakan kaedah survei, data dikumpul hasil tinjauan sendiri penyelidik ke lokasi kajian, analisis deskriptif dan inferensi iaitu korelasi dan regresi pelbagai telah digunakan menggunakan perisian statistical package for science social (SPSS). Di antara pemboleh ubah yang dikaji dalam kajian ini ialah, umur pekerja bengkel, tempoh pekerja bengkel bekerja sebagai mekanik, kesedaran terhadap kewujudan undang-undang, pengetahuan terhadap tanggungjawab di bawah undang-undang, nilai terhadap matlamat organisasi, dan persepsi terhadap kepentingan nilai dan tanggungjawab sosial. Hasil kajian menggunakan analisis regresi pelbagai menunjukkan pemboleh ubah dikaji telah menyumbang kepada model sebanyak 40%, dengan pemboleh ubah persepsi terhadap kepentingan etika dan tanggungjawab sosial yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu etika bagi keuntungan organisasi dan etika bagi memenuhi tanggungjawab sosial merupakan penyumbang terbesar iaitu sebanyak 35% sebagai peramal kepada amalan kawal selia kendiri pekerja bengkel. Walau bagaimanapun pemboleh ubah umur dan kesedaran terhadap kewujudan undang-undang dan kod etika dilihat sebagai pemboleh ubah yang gagal untuk menjadi faktor peramal kepada amalan kawal selia kendiri pekerja bengkel. Implikasi kajian adalah penting kepada kerajaan, peniaga dan industri pembaikan kenderaan bermotor. Pihak kerajaan, khususnya badan penguatkuasa, haruslah lebih tegas dalam melaksanakan pemeriksaan di setiap bengkel secara berkala serta menguatkuasakan undang-undang dengan lebih efisien dan efektif. Bagi industri pembaikan kenderaan bermotor, Persatuan Pekerja Bengkel Malaysia (PPBKM) dilihat sebagai organisasi yang mampu memainkan peranan supaya melakukan penambahbaikan dengan memberi latihan dan maklumat kepada ahli-ahli persatuan mereka. Hasil kajian ini juga mampu menjadi rujukan dan panduan kepada pengguna supaya lebih menyedari akan hak-hak mereka, pada masa yang sama mempunyai kesedaran akan kewujudan undang-undang dan kod etika bengkel, tahap pengetahuan pekerja bengkel dan undang-undang yang diperuntukkan bagi industri ini, nilai yang menjadi pegangan dan amalan pekerja bengkel, persepsi pekerja bengkel terhadap etika yang cenderung kepada keuntungan jangka panjang dan amalan kawal selia kendiri pekerja bengkel. Secara tidak langsung dengan cara ini, ia mampu memberikan perlindungan yang optimum kepada pengguna dan kebaikan bersama kepada industri pembaikan kenderaan bermotor dan kerajaan.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Shahuddin, Muhamat Yawasi
author_facet Shahuddin, Muhamat Yawasi
author_sort Shahuddin, Muhamat Yawasi
title Amalan kawal selia kendiri pekerja bengkel dalam industri pembaikan kenderaan bermotor di Lembah Klang, Malaysia
title_short Amalan kawal selia kendiri pekerja bengkel dalam industri pembaikan kenderaan bermotor di Lembah Klang, Malaysia
title_full Amalan kawal selia kendiri pekerja bengkel dalam industri pembaikan kenderaan bermotor di Lembah Klang, Malaysia
title_fullStr Amalan kawal selia kendiri pekerja bengkel dalam industri pembaikan kenderaan bermotor di Lembah Klang, Malaysia
title_full_unstemmed Amalan kawal selia kendiri pekerja bengkel dalam industri pembaikan kenderaan bermotor di Lembah Klang, Malaysia
title_sort amalan kawal selia kendiri pekerja bengkel dalam industri pembaikan kenderaan bermotor di lembah klang, malaysia
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2013
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/38915/1/FEM%202013%202R.pdf
_version_ 1747811765153955840
spelling my-upm-ir.389152020-01-13T00:33:37Z Amalan kawal selia kendiri pekerja bengkel dalam industri pembaikan kenderaan bermotor di Lembah Klang, Malaysia 2013-01 Shahuddin, Muhamat Yawasi Industri pembaikan kenderaan bermotor dilihat sebagai industri yang mampu memberi impak yang besar sama ada kepada masyarakat mahupun ekonomi negara. Berdasarkan statistik oleh Tribunal Tuntutan Pengguna bagi sektor perkhidmatan, tuntutan pengguna terhadap perkhidmatan pembaikan bengkel adalah antara yang tertinggi berbanding sektor perkhidmatan yang lain. Kawal selia kendiri adalah satu komponen penting yang telah digariskan di bawah Dasar Pengguna Negara. Kajian ini bertujuan mengkaji amalan kawal selia kendiri pekerja bengkel dalam industri pembaikan kenderaan bermotor di Lembah Klang, Malaysia. Oleh kerana statistik yang dikeluarkan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menunjukkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatat jumlah aduan yang tertinggi setiap tahun bagi tahun 2005 hingga 2011, Lembah Klang telah dipilih sebagai kawasan kajian. Dengan menggunakan senarai Persatuan Pemilik Bengkel Wilayah Persekutuan (Lembah Klang) yang mempunyai 465 buah bengkel yang berdaftar, sebanyak 300 buah bengkel dipilih secara rawak mudah berdasarkan senarai ini. Dengan menggunakan kaedah survei, data dikumpul hasil tinjauan sendiri penyelidik ke lokasi kajian, analisis deskriptif dan inferensi iaitu korelasi dan regresi pelbagai telah digunakan menggunakan perisian statistical package for science social (SPSS). Di antara pemboleh ubah yang dikaji dalam kajian ini ialah, umur pekerja bengkel, tempoh pekerja bengkel bekerja sebagai mekanik, kesedaran terhadap kewujudan undang-undang, pengetahuan terhadap tanggungjawab di bawah undang-undang, nilai terhadap matlamat organisasi, dan persepsi terhadap kepentingan nilai dan tanggungjawab sosial. Hasil kajian menggunakan analisis regresi pelbagai menunjukkan pemboleh ubah dikaji telah menyumbang kepada model sebanyak 40%, dengan pemboleh ubah persepsi terhadap kepentingan etika dan tanggungjawab sosial yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu etika bagi keuntungan organisasi dan etika bagi memenuhi tanggungjawab sosial merupakan penyumbang terbesar iaitu sebanyak 35% sebagai peramal kepada amalan kawal selia kendiri pekerja bengkel. Walau bagaimanapun pemboleh ubah umur dan kesedaran terhadap kewujudan undang-undang dan kod etika dilihat sebagai pemboleh ubah yang gagal untuk menjadi faktor peramal kepada amalan kawal selia kendiri pekerja bengkel. Implikasi kajian adalah penting kepada kerajaan, peniaga dan industri pembaikan kenderaan bermotor. Pihak kerajaan, khususnya badan penguatkuasa, haruslah lebih tegas dalam melaksanakan pemeriksaan di setiap bengkel secara berkala serta menguatkuasakan undang-undang dengan lebih efisien dan efektif. Bagi industri pembaikan kenderaan bermotor, Persatuan Pekerja Bengkel Malaysia (PPBKM) dilihat sebagai organisasi yang mampu memainkan peranan supaya melakukan penambahbaikan dengan memberi latihan dan maklumat kepada ahli-ahli persatuan mereka. Hasil kajian ini juga mampu menjadi rujukan dan panduan kepada pengguna supaya lebih menyedari akan hak-hak mereka, pada masa yang sama mempunyai kesedaran akan kewujudan undang-undang dan kod etika bengkel, tahap pengetahuan pekerja bengkel dan undang-undang yang diperuntukkan bagi industri ini, nilai yang menjadi pegangan dan amalan pekerja bengkel, persepsi pekerja bengkel terhadap etika yang cenderung kepada keuntungan jangka panjang dan amalan kawal selia kendiri pekerja bengkel. Secara tidak langsung dengan cara ini, ia mampu memberikan perlindungan yang optimum kepada pengguna dan kebaikan bersama kepada industri pembaikan kenderaan bermotor dan kerajaan. Motorcycle workshops - Malaysia Decision making - Moral and ethical aspects - Malaysia Automobile industry workers - Moral and ethical aspects - Malaysia 2013-01 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/38915/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/38915/1/FEM%202013%202R.pdf application/pdf en public masters Universiti Putra Malaysia Motorcycle workshops - Malaysia Decision making - Moral and ethical aspects - Malaysia Automobile industry workers - Moral and ethical aspects - Malaysia