Kesan teknik pengajaran terhadap prestasi kemahiran membaca murid pemulihan linus

Kajian ini bertujuan mengenalpasti kesan teknik pengajaran terhadap prestasi kemahiran membaca murid pemulihan LINUS. Kajian dijalankan secara kuasi eksperimen – The One Group Pretest-Posttest Design Using a Pattern Matching with Nonequivalent Dependent Variable. Reka bentuk ini hanya menggunakan sa...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Ramle, Marina
格式: Thesis
語言:English
出版: 2012
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39290/1/FPP%202012%2070R.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan mengenalpasti kesan teknik pengajaran terhadap prestasi kemahiran membaca murid pemulihan LINUS. Kajian dijalankan secara kuasi eksperimen – The One Group Pretest-Posttest Design Using a Pattern Matching with Nonequivalent Dependent Variable. Reka bentuk ini hanya menggunakan satu kumpulan eksperimen. Reka bentuk ini digunakan untuk mengenalpasti kesan teknik pengajaran yang digunakan boleh mengubah sesuatu hasil yang tertentu. Pengkaji menggunakan empat teknik pengajaran iaitu teknik pengulangan, teknik ansur maju, teknik didik hibur dan teknik penggabungjalinan. Pengkaji mengumpul data dari pra ujian dan pasca ujian setiap teknik pengajaran yang dijalankan. Kajian dilaksanakan selama lima minggu yang meliputi seramai 30 orang murid pemulihan LINUS yang mempunyai keupayaan yang sama. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah harian di daerah Puchong,Selangor. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Stastical Packages For the Social Sciences (SPSS) Versi 19. Skor min ujian pra dan skor min ujian pasca digunakan bagi melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan atau sebaliknya bagi keempat-empat pendekatan yang diaplikasikan. Ujian-t berpasangan diguna untuk pengujian hipotesis yang dibina. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min pra ujian dengan pasca ujian ke atas kumpulan murid yang sama bagi teknik pengulangan ialah 1.93, teknik ansur maju (1.06), teknik didik hibur (0.66) dan teknik penggabungjalinan (0.85). Kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan teknik pengulangan, teknik ansur maju, teknik didik hibur dan teknik penggabungjalinan berkesan meningkatkan pencapaian kemahiran asas membaca dalam kalangan murid tahun satu yang mengikuti program LINUS.