Pembinaan Indeks Kualiti Air Tanah Untuk Kawasan Tapak Pelupusan Terbuka Sisa Pepejal : Satu Kajian Kes Di Teluk Kitang, Pantai Sabak, Kelantan

Masalah pelupusan sisa pepejal merupakan salah satu daripada bucu poligon permasalahan utama dalam pengurusan prasarana sesuatu kawasan.. Tapak pelupusan, terutamanya tapak pelupusan sanitari merupakan antara jalan terbaik untuk pelupusan sisa pepejal. Akan tetapi masalah kekurangan tanah dan mendap...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Kasim, Mohamad Roslan
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/393/1/549756_fpas_2005_3_abstrak_je__dh_pdf_.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.393
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.3932013-05-27T06:48:02Z Pembinaan Indeks Kualiti Air Tanah Untuk Kawasan Tapak Pelupusan Terbuka Sisa Pepejal : Satu Kajian Kes Di Teluk Kitang, Pantai Sabak, Kelantan 2005-01 Mohamad Kasim, Mohamad Roslan Masalah pelupusan sisa pepejal merupakan salah satu daripada bucu poligon permasalahan utama dalam pengurusan prasarana sesuatu kawasan.. Tapak pelupusan, terutamanya tapak pelupusan sanitari merupakan antara jalan terbaik untuk pelupusan sisa pepejal. Akan tetapi masalah kekurangan tanah dan mendapatkan tapak yang sesuai sebagai pengganti menyebabkan masalah pelupusan kembali berulang sebaik sahaja tapak pelupusan yang sedia ada telah mencecah aras optimum dan terpaksa ditutup. Ternyata, jalan penyelesaian sebegini hanyalah penyelesaian jangka pendek. Aktiviti tapak pelupusan jenis terbuka berkeupayaan mencemarkan air tanah pada tahap yang serius. Air tanah dapat diterangkan sebagai air yang menyerap ke lapisan tanah yang datangnya daripada aliran air dari permukaan. Tahap kualiti air tanah semestinya terus dipastikan agar terus tinggi secara berterusan kerana air ini penting sebagai sumber bekalan air bersih terutamanya di kawasan yang kurang mendapat bekalan air terawat. Gangguan terhadap kualitinya akan menjejaskan masyarakat yang menjadikannya sebagai sumber bekalan air bersih itu. Penyelidikan ini dijalankan di kawasan sistem tapak pelupusan perbandaran terbuka untuk melihat tahap pencemaran air tanah yang telah berlaku di kawasan berkenaan seterusnya mengesan bahan pencemar utama yang berperanan besar mencemarinya. Di samping itu, penyelidikan ini juga akan cuba membina suatu petunjuk iaitu indeks kualiti air tanah yang sesuai untuk kawasan tapak pelupusan perbandaran terbuka sebagai petunjuk atau rujukan bagi menilai tahap kualiti air tanah bagi tapak pelupusan perbandaran terbuka di kawasan pesisiran pantai yang lain. Lokasi tapak pelupusan yang dipilih ialah tapak pelupusan Sabak di Kelantan yang terletak berhampiran dengan Laut China Selatan. Sebanyak 32 pembolehubah penentu kualiti air diambilkira yang meliputi ciri fizikal, bahan logam, bahan bukan logam inorganik dan juga bahan organik agregat. Analisis statistik telah dijalankan untuk menjayakan penyelidikan ini dengan analisis komponen utama sebagai analisis induk. Ini bertujuan untuk menyaring pembolehubah penentu-pembolehubah penentu kualiti air yang kurang utama dan dengan itu tumpuan boleh diberikan kepada pembolehubah penentu kualiti air yang utama. Selanjutnya, pembolehubah penentu- kualiti air yang utama ini akan dijadikan asas bagi pembentukan Indeks Kualiti Air Tanah seperti yang telah dinyatakan. Hasil analisis mendapati secara keseluruhan, terdapat tujuh pembolehubah penentu kualiti air yang utama mengikut jenis pembolehubah iaitu konduktiviti elektrik, jumlah pepejal terlarut dan saliniti bagi keadaan fizikal, nitrat dan nitrit bagi bahan inorganik bukan logam, keperluan oksigen secara kimia untuk penunjuk agregat dan besi bagi bahan logam menandakan punca pencemaran air tanah di kawasan berkenaan adalah terdiri daripada bahan-bahan tersebut. Justeru itu, beberapa tindakan yang bersesuaian boleh dijalankan untuk mengawal kehadiran bahan-bahan ini dalam air tanah seterusnya memulihkan keadaan kualiti air tanah di kawasan berkenaan. Secara tidak langsung, maklumat daripada Indeks Kualiti Air Tanah ini juga boleh digunakan sebagai rujukan kepada kawasan-kawasan tapak pelupusan perbandaran terbuka di pesisiran pantai yang lain. Soil - Water quality - kelantan - Measurement - Case studies 2005-01 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/393/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/393/1/549756_fpas_2005_3_abstrak_je__dh_pdf_.pdf application/pdf en public phd doctoral Universiti Putra Malaysia Soil - Water quality - kelantan - Measurement - Case studies Faculty of Environmental Studies Malay
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
Malay
topic Soil - Water quality - kelantan - Measurement - Case studies


spellingShingle Soil - Water quality - kelantan - Measurement - Case studies


Mohamad Kasim, Mohamad Roslan
Pembinaan Indeks Kualiti Air Tanah Untuk Kawasan Tapak Pelupusan Terbuka Sisa Pepejal : Satu Kajian Kes Di Teluk Kitang, Pantai Sabak, Kelantan
description Masalah pelupusan sisa pepejal merupakan salah satu daripada bucu poligon permasalahan utama dalam pengurusan prasarana sesuatu kawasan.. Tapak pelupusan, terutamanya tapak pelupusan sanitari merupakan antara jalan terbaik untuk pelupusan sisa pepejal. Akan tetapi masalah kekurangan tanah dan mendapatkan tapak yang sesuai sebagai pengganti menyebabkan masalah pelupusan kembali berulang sebaik sahaja tapak pelupusan yang sedia ada telah mencecah aras optimum dan terpaksa ditutup. Ternyata, jalan penyelesaian sebegini hanyalah penyelesaian jangka pendek. Aktiviti tapak pelupusan jenis terbuka berkeupayaan mencemarkan air tanah pada tahap yang serius. Air tanah dapat diterangkan sebagai air yang menyerap ke lapisan tanah yang datangnya daripada aliran air dari permukaan. Tahap kualiti air tanah semestinya terus dipastikan agar terus tinggi secara berterusan kerana air ini penting sebagai sumber bekalan air bersih terutamanya di kawasan yang kurang mendapat bekalan air terawat. Gangguan terhadap kualitinya akan menjejaskan masyarakat yang menjadikannya sebagai sumber bekalan air bersih itu. Penyelidikan ini dijalankan di kawasan sistem tapak pelupusan perbandaran terbuka untuk melihat tahap pencemaran air tanah yang telah berlaku di kawasan berkenaan seterusnya mengesan bahan pencemar utama yang berperanan besar mencemarinya. Di samping itu, penyelidikan ini juga akan cuba membina suatu petunjuk iaitu indeks kualiti air tanah yang sesuai untuk kawasan tapak pelupusan perbandaran terbuka sebagai petunjuk atau rujukan bagi menilai tahap kualiti air tanah bagi tapak pelupusan perbandaran terbuka di kawasan pesisiran pantai yang lain. Lokasi tapak pelupusan yang dipilih ialah tapak pelupusan Sabak di Kelantan yang terletak berhampiran dengan Laut China Selatan. Sebanyak 32 pembolehubah penentu kualiti air diambilkira yang meliputi ciri fizikal, bahan logam, bahan bukan logam inorganik dan juga bahan organik agregat. Analisis statistik telah dijalankan untuk menjayakan penyelidikan ini dengan analisis komponen utama sebagai analisis induk. Ini bertujuan untuk menyaring pembolehubah penentu-pembolehubah penentu kualiti air yang kurang utama dan dengan itu tumpuan boleh diberikan kepada pembolehubah penentu kualiti air yang utama. Selanjutnya, pembolehubah penentu- kualiti air yang utama ini akan dijadikan asas bagi pembentukan Indeks Kualiti Air Tanah seperti yang telah dinyatakan. Hasil analisis mendapati secara keseluruhan, terdapat tujuh pembolehubah penentu kualiti air yang utama mengikut jenis pembolehubah iaitu konduktiviti elektrik, jumlah pepejal terlarut dan saliniti bagi keadaan fizikal, nitrat dan nitrit bagi bahan inorganik bukan logam, keperluan oksigen secara kimia untuk penunjuk agregat dan besi bagi bahan logam menandakan punca pencemaran air tanah di kawasan berkenaan adalah terdiri daripada bahan-bahan tersebut. Justeru itu, beberapa tindakan yang bersesuaian boleh dijalankan untuk mengawal kehadiran bahan-bahan ini dalam air tanah seterusnya memulihkan keadaan kualiti air tanah di kawasan berkenaan. Secara tidak langsung, maklumat daripada Indeks Kualiti Air Tanah ini juga boleh digunakan sebagai rujukan kepada kawasan-kawasan tapak pelupusan perbandaran terbuka di pesisiran pantai yang lain.
format Thesis
qualification_name Doctor of Philosophy (PhD.)
qualification_level Doctorate
author Mohamad Kasim, Mohamad Roslan
author_facet Mohamad Kasim, Mohamad Roslan
author_sort Mohamad Kasim, Mohamad Roslan
title Pembinaan Indeks Kualiti Air Tanah Untuk Kawasan Tapak Pelupusan Terbuka Sisa Pepejal : Satu Kajian Kes Di Teluk Kitang, Pantai Sabak, Kelantan
title_short Pembinaan Indeks Kualiti Air Tanah Untuk Kawasan Tapak Pelupusan Terbuka Sisa Pepejal : Satu Kajian Kes Di Teluk Kitang, Pantai Sabak, Kelantan
title_full Pembinaan Indeks Kualiti Air Tanah Untuk Kawasan Tapak Pelupusan Terbuka Sisa Pepejal : Satu Kajian Kes Di Teluk Kitang, Pantai Sabak, Kelantan
title_fullStr Pembinaan Indeks Kualiti Air Tanah Untuk Kawasan Tapak Pelupusan Terbuka Sisa Pepejal : Satu Kajian Kes Di Teluk Kitang, Pantai Sabak, Kelantan
title_full_unstemmed Pembinaan Indeks Kualiti Air Tanah Untuk Kawasan Tapak Pelupusan Terbuka Sisa Pepejal : Satu Kajian Kes Di Teluk Kitang, Pantai Sabak, Kelantan
title_sort pembinaan indeks kualiti air tanah untuk kawasan tapak pelupusan terbuka sisa pepejal : satu kajian kes di teluk kitang, pantai sabak, kelantan
granting_institution Universiti Putra Malaysia
granting_department Faculty of Environmental Studies
publishDate 2005
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/393/1/549756_fpas_2005_3_abstrak_je__dh_pdf_.pdf
_version_ 1747810211436953600