Hubungan antara keterhubungan, kebolehsediaan dan komunikasi guru dengan keterampilan pelajar aliran kemahiran

Pelajar aliran kemahiran berpencapaian rendah dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang memerlukan bimbingan dan bantuan maksimum daripada guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keterhubungan, kebolehsediaan dan komunikasi guru dengan pelajar terhadap keterampilan pelaja...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abu Taib, Norzanah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39320/1/FPP%202012%2074R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelajar aliran kemahiran berpencapaian rendah dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang memerlukan bimbingan dan bantuan maksimum daripada guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keterhubungan, kebolehsediaan dan komunikasi guru dengan pelajar terhadap keterampilan pelajar aliran kemahiran berdasarkan persepsi guru. Pendekatan kuantitatif iaitu reka bentuk berbentuk tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik mengandungi 40 item dijawab oleh responden. Jumlah responden adalah 110 orang guru yang mengajar pelajar aliran kemahiran di sekolah menengah teknik dan vokasional zon tengah iaitu negeri Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Dapatan kajian menunjukkan keterhubungan (M=4.17, SP=0.32), kebolehsediaan (M=4.37, SP=0.30) dan komunikasi (M=4.35, SP=0.30) berada pada tahap tinggi. Keterampilan pelajar aliran kemahiran mengikut persepsi guru juga berada pada tahap tinggi (M=4.20, SP=0.25). Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan keterampilan pelajar aliran kemahiran bagi tahap keterhubungan t(108)= 2.35, p<.05) dan tahap komunikasi t(108)= 2.57, p<.05). Dapatan ujian regresi pelbagai menunjukkan pembolehubah komunikasi antara guru dengan pelajar menjadi peramal kepada keterampilan pelajar aliran kemahiran. Walau bagaimanapun apabila pembolehubah keterhubungan, kebolehsediaan dan komunikasi antara guru dengan pelajar digabungkan, ia menyumbang sebanyak dua puluh peratus kepada keterampilan pelajar.