Analisis masa dalam aspek pengajaran pendidikan jasmani dalam kalangan guru opsyen dan guru bukan opsyen di sekolah menengah di Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan masa pengajaran kelas Pendidikan Jasmani (PJ) guru opsyen dan bukan opsyen di sekolah menengah. Sebanyak 10 buah sekolah dan 60 orang guru telah dipilih secara rawak untuk menjadi respondan dalam kajian ini. Penyelidik telah menggunakan Borang Penil...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Alauddin, Siti Zarifah
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
منشور في: 2013
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39322/1/FPP%202013%206R.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan masa pengajaran kelas Pendidikan Jasmani (PJ) guru opsyen dan bukan opsyen di sekolah menengah. Sebanyak 10 buah sekolah dan 60 orang guru telah dipilih secara rawak untuk menjadi respondan dalam kajian ini. Penyelidik telah menggunakan Borang Penilaian Latihan Mengajar (BPLM) yang diguna oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai panduan dalam menilai pengajaran guru opsyen dan bukan opsyen PJ di sekolah. Penilaian ini mengandungi 11 item iaitu (1) set induksi, (2) demonstrasi, (3) pemanasan badan, (4) ansur maju, (5) aktiviti berpasangan/kumpulan, (6) gerak kerja kelas/kumpulan, (7) penilaian, (8) gerak kendur, (9) pengurusan peralatan, (10) pengurusan pelajar dan (11) mengemas peralatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan yang wujud bagi aktiviti set induksi (t(58) = 27.02, p =0.01), demonstrasi (t (58) = 2.181, p=0.03), pemanasan badan (t(58)=10.26,p=0.01), aktiviti berpasangan /individu/kumpulan (t (58)= -6.53,p=0.01),gerak kendur (t (58) = 4.72, p=0.01), pengurusan peralatan (t (58) = -8.22,p=0.01), pengurusan pelajar (t (58) = 1.98, p=0.05), dan mengemas peralatan (t (58)= -5.03, p=0.01). Manakala, bagi aktiviti ansur maju, gerak kerja kelas/kumpulan dan aktiviti penilaian keputusan yang tidak signifikan telah dilaporkan. Secara keseluruhan guru opsyen didapati mengajar dan menggunakan masa lebih efisyen berbanding guru bukan opsyen.