Kesan kekerapan pengajaran pendidikan jasmani terhadap tahap kecergasan murid sekolah rendah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan kekerapan pengajaran pendidikan jasmani (PJ) terhadap tahap kecergasan murid sekolah rendah. Enam puluh orang murid, (30= lelaki , 30= perempuan) telah dipilih secara rawak sistematik untuk menjadi responden dalam kajian ini. Penyelidik telah menggunak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Fauzi, Cik Mimi Aida
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39386/1/FPP%202014%2016%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan kekerapan pengajaran pendidikan jasmani (PJ) terhadap tahap kecergasan murid sekolah rendah. Enam puluh orang murid, (30= lelaki , 30= perempuan) telah dipilih secara rawak sistematik untuk menjadi responden dalam kajian ini. Penyelidik telah menggunakan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) untuk menilai tahap kecergasan murid. Program intervensi melihat perbezaan tahap kecergasan murid yang mengikuti PJ sekali seminggu dan PJ 3 kali seminggu selama 8 minggu. Terdapat lima jenis komponen yang dinilai iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, daya kekuatan otot, fleksibiliti dan Body Mass Indeks (BMI). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan di antara dua kumpulan. Keputusan menunjukkan kumpulan rawatan lebih meningkat tahap kecergasan jika dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Keputusan ujian t menunjukkan daya tahan kardiovaskular (t=4.98, p<0.05), daya tahan otot (t=-7.44, p<0.05) daya kekuatan otot (t=-8.11, p<0.05), dan fleksibiliti (t=-7.54, p<0.05) dan BMI t=3.41, p<0.05) bagi kumpulan rawatan. Secara keseluruhan keberkesanan kekerapan pengajaran PJ dapat mempengaruhi tahap kecergasan murid sekolah rendah.