Strategi komunikasi lisan bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Melayu di Malaysia

Kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan Strategi Komunikasi dalam kalangan pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Jepun di Pusat Bahasa Jepun OISCAMARA, Institut Perindustrian MARA-Jepun, Beranang, Selangor, Malaysia. Sorotan literatur menunjukkan bahawa tidak banyak kajian yang dijalankan untuk m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdullah, Muhammad Alif Redzuan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39608/1/FBMK%202014%2011%20IR%20A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.39608
record_format uketd_dc
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
topic Japanese language - Study and teaching - Malaysia
Japanese language - Oral communication
Japanese language - Conversation and phrase books - Malay
spellingShingle Japanese language - Study and teaching - Malaysia
Japanese language - Oral communication
Japanese language - Conversation and phrase books - Malay
Abdullah, Muhammad Alif Redzuan
Strategi komunikasi lisan bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Melayu di Malaysia
description Kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan Strategi Komunikasi dalam kalangan pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Jepun di Pusat Bahasa Jepun OISCAMARA, Institut Perindustrian MARA-Jepun, Beranang, Selangor, Malaysia. Sorotan literatur menunjukkan bahawa tidak banyak kajian yang dijalankan untuk mengenal pasti penggunaan strategi komunikasi lisan dalam kalangan pelajar asing yang mempelajari bahasa Jepun jika dibandingkan dengan bahasa Asia yang lain. Oleh itu, pengkaji mendapati perlunya satu kajian tentang penggunaan Strategi Komunikasi dalam kalangan pelajar memandangkan mereka akan menjalani Program Internship Perindustrian di negara Jepun selama tiga tahun. Sehubungan itu, para pelajar berkenaan perlu menguasai kemahiran berkomunikasi yang baik untuk berinteraksi dengan penutur asli bahasa Jepun ketika menjalani Program Internship Perindustrian di Jepun. Walau bagaimanapun, para pelajar ini berkemungkinan menghadapi beberapa halangan dalam menyampaikan mesej akibat kekurangan sumber linguistik khususnya dari segi leksikal dan tatabahasa. Oleh itu, pasti ada strategi komunikasi tertentu yang digunakan oleh pelajar tersebut dalam menyampaikan mesej ketika menjalankan aktiviti komunikasi. Sehubungan itu, dengan hasil kajian terhadap strategi komunikasi yang digunakan pelajar untuk menyampaikan mesej dengan sumber linguistik bahasa Jepun yang terhad diyakini dapat meningkatkan penguasaan dan keyakinan pelajar untuk berkomunikasi. Selanjutnya, penghuraian tentang strategi komunikasi paling dominan diyakini dapat membantu penggubal kurikulum dan tenaga pengajar untuk menyenaraikan strategi komunikasi yang boleh membantu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Jepun kepada pelajar Melayu di Pusat bahasa Jepun OISCA-MARA. Seterusnya, penjelasan tentang hubung kait strategi komunikasi yang dipilih dengan tahap kecekapan pelajar dapat memberi maklumat terkini mengenai strategi komunikasi yang sesuai untuk setiap tahap kecekapan pelajar. Dalam konteks kajian ini, hanya lapan orang pelajar dipilih sebagai responden kajian. Jumlah ini bertepatan dengan bilangan pelajar bahasa Jepun di Pusat Bahasa Jepun OISCA-MARA yang hanya terdiri daripada lapan orang. Lingkungan usia responden kajian adalah antara 22 hingga 26 tahun yang telah mengikuti kursus asas dan lanjutan bahasa Jepun selama 10 bulan. Responden dibahagikan kepada empat pasangan yang terdiri daripada pelajar yang memiliki tahap kecekapan yang pelbagai. Instrumen untuk kajian ini ialah aktiviti interaksi berpasangan yang memerlukan responden kajian membuat tiga tugasan lisan iaitu tugasan perbualan bebas, tugasan bercerita dan tugasan deskriptif. Setiap tugasan lisan dilakukan dalam tempoh masa 20 minit yang dirakam dengan menggunakan perakam video dan IC Recorder. Pemerhatian terhadap rakaman video dan transkripsi rakaman audio selama 240 minit telah dilakukan untuk mendapatkan data kajian sebanyak 2365 ujaran dan dianalisis secara kualitatif. Pengenalpastian strategi komunikasi dijalankan berdasarkan kerangka yang diadaptasi daripada taksonomi yang dicadangkan oleh Dornyëi & Scott (1997). Dapatan kajian temu bual susulan juga telah digunakan sebagai bahan sampingan bagi menyokong dapatan daripada analisis data pemerhatian rakaman video dan transkripsi rakaman audio. Lanjutan itu, analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar Melayu di Pusat bahasa Jepun OISCA-MARA menggunakan pelbagai strategi komunikasi untuk mengatasi masalah komunikasi lisan dalam bahasa Jepun. Responden kajian telah menggunakan 340 kali strategi komunikasi dalam kajian ini. Terdapat 19 bentuk strategi komunikasi dalam kategori strategi langsung yang digunakan oleh responden kajian; 4 strategi dalam kategori strategi tidak langsung dan 10 strategi komunikasi dalam kategori strategi interaksi. Seterusnya, strategi komunikasi yang paling dominan digunakan responden dalam kajian ialah strategi komunikasi yang berkaitan dengan bahasa sumber responden kajian dan strategi pengambilan masa seperti strategi pengulangan sendiri, strategi penukaran kod, strategi penggunaan pengisi leksikal (fillers) dan strategi terjemahan literal. Selain itu, pengkaji membuat kesimpulan bahawa responden kajian yang kurang fasih berbahasa Jepun dan memiliki pengetahuan linguistik bahasa Jepun terhad didapati lebih kerap menggunakan strategi-strategi komunikasi berbanding dengan responden kajian yang fasih berbahasa Jepun. Analisis dapatan kajian juga menunjukkan responden kajian tahap sederhana paling banyak menggunakan strategi komunikasi berbanding dengan responden kajian tahap rendah dan responden kajian tahap tinggi. Seterusnya, penguasaan pelbagai strategi komunikasi dalam kalangan pelajar dapat membantu mereka menyampaikan mesej dalam komunikasi lisan bahasa Jepun dengan lebih baik. Oleh itu, penggubal kurikulum dan tenaga pengajar bahasa Jepun dicadangkan agar mencari kaedah terbaik untuk mengajar pelajar menguasai jenis-jenis strategi komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Jepun di dalam kelas. Dalam hal ini, pemilihan strategi komunikasi yang tepat akan memberi keyakinan dan meningkatkan penguasaan pelajar untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam bahasa Jepun.
format Thesis
qualification_name Doctor of Philosophy (PhD.)
qualification_level Doctorate
author Abdullah, Muhammad Alif Redzuan
author_facet Abdullah, Muhammad Alif Redzuan
author_sort Abdullah, Muhammad Alif Redzuan
title Strategi komunikasi lisan bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Melayu di Malaysia
title_short Strategi komunikasi lisan bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Melayu di Malaysia
title_full Strategi komunikasi lisan bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Melayu di Malaysia
title_fullStr Strategi komunikasi lisan bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Melayu di Malaysia
title_full_unstemmed Strategi komunikasi lisan bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Melayu di Malaysia
title_sort strategi komunikasi lisan bahasa jepun dalam kalangan pelajar melayu di malaysia
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2014
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39608/1/FBMK%202014%2011%20IR%20A.pdf
_version_ 1747811796342800384
spelling my-upm-ir.396082015-07-31T04:12:01Z Strategi komunikasi lisan bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Melayu di Malaysia 2014-08 Abdullah, Muhammad Alif Redzuan Kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan Strategi Komunikasi dalam kalangan pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Jepun di Pusat Bahasa Jepun OISCAMARA, Institut Perindustrian MARA-Jepun, Beranang, Selangor, Malaysia. Sorotan literatur menunjukkan bahawa tidak banyak kajian yang dijalankan untuk mengenal pasti penggunaan strategi komunikasi lisan dalam kalangan pelajar asing yang mempelajari bahasa Jepun jika dibandingkan dengan bahasa Asia yang lain. Oleh itu, pengkaji mendapati perlunya satu kajian tentang penggunaan Strategi Komunikasi dalam kalangan pelajar memandangkan mereka akan menjalani Program Internship Perindustrian di negara Jepun selama tiga tahun. Sehubungan itu, para pelajar berkenaan perlu menguasai kemahiran berkomunikasi yang baik untuk berinteraksi dengan penutur asli bahasa Jepun ketika menjalani Program Internship Perindustrian di Jepun. Walau bagaimanapun, para pelajar ini berkemungkinan menghadapi beberapa halangan dalam menyampaikan mesej akibat kekurangan sumber linguistik khususnya dari segi leksikal dan tatabahasa. Oleh itu, pasti ada strategi komunikasi tertentu yang digunakan oleh pelajar tersebut dalam menyampaikan mesej ketika menjalankan aktiviti komunikasi. Sehubungan itu, dengan hasil kajian terhadap strategi komunikasi yang digunakan pelajar untuk menyampaikan mesej dengan sumber linguistik bahasa Jepun yang terhad diyakini dapat meningkatkan penguasaan dan keyakinan pelajar untuk berkomunikasi. Selanjutnya, penghuraian tentang strategi komunikasi paling dominan diyakini dapat membantu penggubal kurikulum dan tenaga pengajar untuk menyenaraikan strategi komunikasi yang boleh membantu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Jepun kepada pelajar Melayu di Pusat bahasa Jepun OISCA-MARA. Seterusnya, penjelasan tentang hubung kait strategi komunikasi yang dipilih dengan tahap kecekapan pelajar dapat memberi maklumat terkini mengenai strategi komunikasi yang sesuai untuk setiap tahap kecekapan pelajar. Dalam konteks kajian ini, hanya lapan orang pelajar dipilih sebagai responden kajian. Jumlah ini bertepatan dengan bilangan pelajar bahasa Jepun di Pusat Bahasa Jepun OISCA-MARA yang hanya terdiri daripada lapan orang. Lingkungan usia responden kajian adalah antara 22 hingga 26 tahun yang telah mengikuti kursus asas dan lanjutan bahasa Jepun selama 10 bulan. Responden dibahagikan kepada empat pasangan yang terdiri daripada pelajar yang memiliki tahap kecekapan yang pelbagai. Instrumen untuk kajian ini ialah aktiviti interaksi berpasangan yang memerlukan responden kajian membuat tiga tugasan lisan iaitu tugasan perbualan bebas, tugasan bercerita dan tugasan deskriptif. Setiap tugasan lisan dilakukan dalam tempoh masa 20 minit yang dirakam dengan menggunakan perakam video dan IC Recorder. Pemerhatian terhadap rakaman video dan transkripsi rakaman audio selama 240 minit telah dilakukan untuk mendapatkan data kajian sebanyak 2365 ujaran dan dianalisis secara kualitatif. Pengenalpastian strategi komunikasi dijalankan berdasarkan kerangka yang diadaptasi daripada taksonomi yang dicadangkan oleh Dornyëi & Scott (1997). Dapatan kajian temu bual susulan juga telah digunakan sebagai bahan sampingan bagi menyokong dapatan daripada analisis data pemerhatian rakaman video dan transkripsi rakaman audio. Lanjutan itu, analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar Melayu di Pusat bahasa Jepun OISCA-MARA menggunakan pelbagai strategi komunikasi untuk mengatasi masalah komunikasi lisan dalam bahasa Jepun. Responden kajian telah menggunakan 340 kali strategi komunikasi dalam kajian ini. Terdapat 19 bentuk strategi komunikasi dalam kategori strategi langsung yang digunakan oleh responden kajian; 4 strategi dalam kategori strategi tidak langsung dan 10 strategi komunikasi dalam kategori strategi interaksi. Seterusnya, strategi komunikasi yang paling dominan digunakan responden dalam kajian ialah strategi komunikasi yang berkaitan dengan bahasa sumber responden kajian dan strategi pengambilan masa seperti strategi pengulangan sendiri, strategi penukaran kod, strategi penggunaan pengisi leksikal (fillers) dan strategi terjemahan literal. Selain itu, pengkaji membuat kesimpulan bahawa responden kajian yang kurang fasih berbahasa Jepun dan memiliki pengetahuan linguistik bahasa Jepun terhad didapati lebih kerap menggunakan strategi-strategi komunikasi berbanding dengan responden kajian yang fasih berbahasa Jepun. Analisis dapatan kajian juga menunjukkan responden kajian tahap sederhana paling banyak menggunakan strategi komunikasi berbanding dengan responden kajian tahap rendah dan responden kajian tahap tinggi. Seterusnya, penguasaan pelbagai strategi komunikasi dalam kalangan pelajar dapat membantu mereka menyampaikan mesej dalam komunikasi lisan bahasa Jepun dengan lebih baik. Oleh itu, penggubal kurikulum dan tenaga pengajar bahasa Jepun dicadangkan agar mencari kaedah terbaik untuk mengajar pelajar menguasai jenis-jenis strategi komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Jepun di dalam kelas. Dalam hal ini, pemilihan strategi komunikasi yang tepat akan memberi keyakinan dan meningkatkan penguasaan pelajar untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam bahasa Jepun. Japanese language - Study and teaching - Malaysia Japanese language - Oral communication Japanese language - Conversation and phrase books - Malay 2014-08 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39608/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39608/1/FBMK%202014%2011%20IR%20A.pdf application/pdf en public phd doctoral Universiti Putra Malaysia Japanese language - Study and teaching - Malaysia Japanese language - Oral communication Japanese language - Conversation and phrase books - Malay