Faktor komunikator dalam pencarian dan perkongsian maklumat produk makanan halal dalam kalangan keluarga Islam

Keperluan maklumat merupakan keperluan kognitif bagi setiap individu dalam keluarga. Aktiviti pencarian maklumat merupakan perkara asas dalam perkongsian maklumat terutama dalam konteks kecelaruan maklumat produk halal di pasaran. Kajian ini menumpukan kepada faktor perilaku pencarian dan perkongsia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yusoff, Siti Zanariah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39668/1/FBMK%202014%2014RR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keperluan maklumat merupakan keperluan kognitif bagi setiap individu dalam keluarga. Aktiviti pencarian maklumat merupakan perkara asas dalam perkongsian maklumat terutama dalam konteks kecelaruan maklumat produk halal di pasaran. Kajian ini menumpukan kepada faktor perilaku pencarian dan perkongsian maklumat produk makanan halal dalam keluarga Islam. Kebelakangan ini, isu halal hangat diperkatakan dan menjadi tumpuan masyarakat kerana ia melibatkan hukum hakam agama. Objektif yang ingin dicapai daripada kajian ini adalah mengenal pasti apakah faktor perilaku pencarian maklumat dalam kalangan keluarga Islam, mengenal pasti perkongsian maklumat produk makanan halal, mengenal pasti perkaitan antara faktor pencarian dengan perilaku pencarian maklumat, mengenal pasti perkaitan perilaku pencarian maklumat dengan perkongsian maklumat serta mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada perilaku pencarian maklumat produk makanan halal dalam keluarga Islam. Antara faktor yang terlibat dalam isu pencarian maklumat berkenaan produk halal adalah kekeliruan pengguna, kesedaran pengguna, sikap pengguna terhadap produk halal dan juga tahap keagamaan seseorang individu yang menentukan pematuhan terhadap hukum halal dan haram. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen yang melibatkan 340 buah keluarga di sekitar Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor sebagai responden. Kajian ini berpandukan Model Pencarian Maklumat oleh Ramirez dan rakan-rakan. Hasil kajian ini mendapati kekeliruan, kesedaran, sikap dan tahap keagamaan mempunyai hubungan yang signifikan dengan perilaku pencarian maklumat bagi ibu bapa. Bagi anak pula, kesemua faktor yang dikaji juga mempengaruhi perilaku pencarian maklumat secara signifikan kecuali faktor kekeliruan. Kombinasi antara faktor kesedaran, sikap dan kekeliruan menyumbang kepada perilaku pencarian maklumat bagi ibu bapa. Manakala, agama dan kesedaran pula mendorong anak-anak dalam mencari maklumat produk makanan halal.