Konsep kaffah dalam kumpulan cerpen pilihan berdasarkan gagasan sastera profetik

Setiap penulis Muslim selalu dituntut menghasilkan karya-karya yang mempunyai nilai-nilai Islam. Perkara ini berlaku juga kepada penulis muda yang mulai sedar untuk melahirkan karya-karya yang dapat mengangkat nilai-nilai Islam dan nilai ketimuran. Namun persoalannya sejauh mana seseorang penulis it...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yahaya, Saifullizan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39674/1/FBMK%202014%2010%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Setiap penulis Muslim selalu dituntut menghasilkan karya-karya yang mempunyai nilai-nilai Islam. Perkara ini berlaku juga kepada penulis muda yang mulai sedar untuk melahirkan karya-karya yang dapat mengangkat nilai-nilai Islam dan nilai ketimuran. Namun persoalannya sejauh mana seseorang penulis itu tahu ciri-ciri sebuah karya yang mempunyai nilai-nilai Islam yang baik. Atas faktor-faktor itu, kajian ini akan memecahkan permasalahan tersebut dengan menggunakan gagasan Sastera Profetik yang dijana oleh Kuntowijoyo untuk menganalisis kumpulan cerpen pilihan. Gagasan Sastera Profetik ini dicetuskan daripada peranan Nabi (Prophet) Muhammad SAW sebagai pembimbing ummah ke arah kebenaran. Seterusnya gagasan Sastera Profetik ini diasaskan daripada tiga (3) etika, iaitu ‘amar ma’ruf (menyuruh kebaikan, humanisasi), nahi mungkar (mencegah kemungkaran, liberasi), dan tu’minuna billah (beriman kepada Allah, transendensi). Ketiga-tiga etika ini terikat dengan konsep kaffah (menyeluruh) atas prinsip habl min al-Nas (hubungan manusia dengan manusia) dan habl min Allah (hubungan manusia dengan Allah). Konsep kaffah ini digunakan kerana ketiga-tiga etika Sastera Profetik tersebut adalah saling berkaitan atau yang satu tidak terpisah daripada yang lain. Objektif kajian untuk menjelaskan konsep kaffah berdasarkan Sastera Profetik dan seterusnya kajian akan menganalisis kumpulan cerpen pilihan berdasarkan ketiga-tiga etika dalam gagasan Sastera Profetik tersebut. Kumpulan cerpen penulis muda yang menjadi pilihan terdiri daripada Mencari Gayung (Serunai Faqir, 2009), Di Dadanya Kalam Tuhan (Ibnu Ahmad al-Kurauwi, 2009), Yang Lebih Dia Cinta (Siti Hajar Mohd Zaki, 2009) dan Luka Smajo (Ummu Hani Abu Hassan, 2010). Pilihan empat buah cerpen dan penulis ini dibuat berdasarkan kecenderungan mereka menerapkan nilai-nilai Islam dalam setiap cerpen yang dihasilkan. Melalui analisis ke atas cerpen-cerpen pilihan, kajian mendapati tidak terdapat sebuah pun cerpen yang memenuhi tuntutan gagasan Sastera Profetik berdasarkan konsep kaffah. Namun begitu, pengkaji dapat membuktikan bahawa dengan kehadiran ketiga-tiga etika ini dalam sesebuah karya sastera, seseorang penulis yang ingin menghasilkan karya berunsur Islam akan dapat dicapai. Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa gagasan Sastera Profetik ini merupakan gagasan yang sesuai sebagai model kajian terhadap teks sastera Islam. Sehubungan itu, dengan memperkenalkan gagasan Sastera Profetik ke dalam sastera Malaysia akan melengkapkan dan menyuburkan lagi penerapan dan perkembangan Sastera Islam dalam ujana kesusasteraan tanah air.