Prestasi dan perubahan kadar denyutan jantung serta asid laktik dalam kalangan atlit semasa perlawanan silat olahraga peringkat antarabangsa

Analisis keperluan adalah langkah pertama dalam membentuk program latihan atlit. Terdapat sedikit kajian yang dilakukan ke atas silat olahraga dan kajian ini dilakukan untuk menyelidik keperluan fisiologikal dan fizikal dalam sukan ini. Seramai 13 atlit kebangsaan (10 lelaki dan 3 perempuan) dengan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Syed Shiekh, Syarifah Fathynah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39740/1/FPP%202012%2065R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Analisis keperluan adalah langkah pertama dalam membentuk program latihan atlit. Terdapat sedikit kajian yang dilakukan ke atas silat olahraga dan kajian ini dilakukan untuk menyelidik keperluan fisiologikal dan fizikal dalam sukan ini. Seramai 13 atlit kebangsaan (10 lelaki dan 3 perempuan) dengan min umur 23.9 ± 2.4 tahun, berat badan 64.9 ±11.8kg dan tinggi 166.1 ± 7.6cm yang terlibat dalam kajian ini. Pengujian fisiologikal merangkumi analisis kadar denyutan jantung dan asid laktik dalam darah, manakala pengujian fizikal melibatkan pengiraan frekuensi pergerakan dan tempoh pergerakan aktif dan tidak aktif semasa pertandingan. Kadar denyutan jantung diukur secara berterusan menggunakan alat pemantau kadar denyutan jantung dan asid laktik dalam darah diukur dengan menganalisis darah yang diambil di hujung jari pada pra-perlawanan dan pascaperlawanan. Semua perlawanan direkod dan dianalisis ke dalam program Sportscode. Analisis statistik deskriptif dan inferensi dilakukan dengan menetapkan tahap signifikan pada p < 0.05. Jumlah frekuensi teknik sepanjang perlawanan adalah 42 ± 19 dan frekuensi teknik yang tertinggi adalah tendangan (48%). Tempoh pergerakan aktif dan tidak aktif adalah masing-masing 2.5s ± 0.3 dan 15.9s ± 3.2 dan ini menunjukkan nisbah tempoh pergerakan aktif dan tidak aktif adalah 1:6. Min kadar denyutan jantung sepanjang perlawanan adalah 89% daripada kadar denyutan jantung maksima,manakala akumulasi asid laktik dalam darah sebelum perlawanan adalah 3.2 ± 0.8 mmol/L dan selepas perlawanan adalah 12.2 ± 2.7 mmol/L. Terdapat peningkatan yang signifikan bagi kadar denyutan jantung dan asid laktik dalam darah dari sebelum hingga selepas perlawanan (p < .05). Jurulatih disyorkan memberi penekanan kepada latihan berbentuk jeda berintensiti tinggi dengan nisbah masa kerja-rehat 1:6. Memandangkan teknik tendangan merupakan teknik yang paling kerap digunakan, fokus terhadap teknik ini semasa latihan dapat mencapai hasil/objektif yang diingini daripada program latihan.