Hubungan antara kebolehan matematik, sikap dan tahap penyelesaian masalah dengan pencapaian dalam pengiraan nilai tenaga makanan dalam kalangan murid ekonomi rumah tangga

Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara kebolehan matematik, sikap murid ERT terhadap topik pengiraan nilai tenaga makanan dan tahap penyelesaian masalah pengiraan nilai tenaga makanan dengan skor pencapaian pengiraan nilai tenaga makanan. Seramai 170 orang murid ERT Tingkatan 5 di negeri Mela...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ja'afar, Zaharah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39765/1/FPP%202013%2031R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara kebolehan matematik, sikap murid ERT terhadap topik pengiraan nilai tenaga makanan dan tahap penyelesaian masalah pengiraan nilai tenaga makanan dengan skor pencapaian pengiraan nilai tenaga makanan. Seramai 170 orang murid ERT Tingkatan 5 di negeri Melaka dipilih sebagai sampel kajian secara rawak berkelompok bersistematik. Data dikumpul menggunakan set soal selidik yang mencakup aspek latar belakang, kemahiran matematik dan sikap murid ERT terhadap topik pengiraan nilai tenaga makanan. Data pencapaian diperoleh daripada skor ujian pencapaian pengiraan nilai tenaga makanan. Data dianalisis secara diskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan 100% responden adalah murid perempuan. Kebolehan matematik responden adalah sederhana dengan nilai min 96.32 (SP = 31.79). Majoriti responden (73.5%) lulus dengan gred D dalam pencapaian matematik Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan seramai 156 orang (93.4%) gagal dalam matematik Tingkatan 5 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011. Seramai 67 orang (39.4%) murid ERT mempunyai kemahiran matematik setakat operasi aljabar. Manakala min keseluruhan sikap murid ERT terhadap topik pengiraan nilai tenaga makanan adalah 3.37 (SP = 0.57) dengan nilai min tertinggi adalah dimensi sikap tingkah laku (M = 3.53, SP = 0.55), diikuti dimensi afektif (M = 3.48, SP = 0.70) dan dimensi kognitif (M = 3.10, SP = 0.64). Analisis tahap penyelesaian masalah pengiraan nilai tenaga makanan menunjukkan seramai 92 orang (54.1%) responden tidak dapat melaksanakan jawapan penyelesaian masalah. Manakala min keseluruhan pencapaian pengiraan nilai tenaga makanan murid ERT pula adalah 5.81 (SP = 5.64) dengan bilangan seramai 55 (32.4 %) responden gagal memperoleh skor. Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara kebolehan matematik dengan skor pencapaian pengiraan nilai tenaga makanan (r =0.430, p < 0.01), pencapaian matematik Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan skor pencapaian pengiraan nilai tenaga makanan (r = 0.221, p <0.01), matematik Tingkatan 5 dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 dengan skor pencapaian pengiraan nilai tenaga makanan (r = 0.398, p < 0.01),kemahiran matematik dengan skor pencapaian pengiraan nilai tenaga makanan (r = 0.384, p < 0.01), sikap murid ERT terhadap topik pengiraan nilai tenaga makanan dengan skor pencapaian pengiraan nilai tenaga makanan (r = 0.345,p < 0.01) dan tahap penyelesaian masalah pengiraan nilai tenaga makanan dengan skor pencapaian pengiraan nilai tenaga makanan iaitu mengenal pasti masalah (r = 0.249, p < 0.01), merancang strategi penyelesaian masalah (r =0.285, p < 0.01), melaksanakan jawapan penyelesaian masalah (r = 0.701, p < 0.01) dan menyemak serta menulis jawapan penyelesaian masalah (r = 0.903,p < 0.01). Secara keseluruhannya kebolehan matematik murid ERT adalah sederhana, sikap murid ERT terhadap topik pengiraan nilai tenaga makanan adalah positif dan tahap penyelesaian masalah pengiraan nilai tenaga makanan murid ERT setakat prosedur mengenal pasti masalah dan prosedur merancang strategi penyelesaian masalah. Manakala skor pencapaian pengiraan nilai tenaga makanan murid ERT pula adalah lemah. Oleh yang demikian, penekanan kepada kebolehan matematik khususnya kemahiran matematik dan tahap penyelesaian masalah pengiraan nilai tenaga makanan sewajarnya diberikan ketika pengajaran dan pembelajaran topik ini. Sikap yang positif terhadap topik ini juga perlu sentiasa dipupuk dalam kalangan murid ERT agar pencapaian dalam topik pengiraan nilai tenaga makanan khususnya dan prestasi bagi mata pelajaran ERT amnya dapat ditingkatkan.