Amalan pengguna terhadap produk cetak rompak di Bahagian Mukah, Sarawak

Penggunaan produk cakera optik merupakan lumrah dalam kehidupan masyarakat Malaysia dewasa ini. Walaubagaimanapun, gejala cetak rompak masih lagi berleluasa di Malaysia. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan amalan pengguna terhadap cetak rompak di Bahagian Mukah, Sarawak. Objektif kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kushairi, Abdul Rahman Edruce
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39881/1/FEM%202014%201%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan produk cakera optik merupakan lumrah dalam kehidupan masyarakat Malaysia dewasa ini. Walaubagaimanapun, gejala cetak rompak masih lagi berleluasa di Malaysia. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan amalan pengguna terhadap cetak rompak di Bahagian Mukah, Sarawak. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui amalan pengguna di kawasan luar bandar serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Populasi penduduk di Bahagian Mukah adalah seramai 56,000 orang. Kajian ini melibatkan seramai 380 responden yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, etnik, pendidikan dan status pekerjaan. Responden dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak sistematik. Borang soal selidik yang diisi sendiri telah digunakan sebagai alat untuk pengumpulan data dan kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan data adalah dengan menemui pengunjung premis yang terlibat dalam penjualan dan pengedaran cakera optik cetak rompak yang telah dikenal pasti sebagai responden dan memberikan soalan berdasarkan kepada borang soal-selidik. Hasil kajian mendapati bahawa 61.3 peratus responden menunjukkan sikap yang negatif ataupun dengan kata lain menyokong penggunaan cetak rompak. Manakala selebihnya responden (38.7 %) pula menunjukkan sikap yang positif iaitu menolak penggunaan cetak rompak. Seterusnya, kajian ini juga dijalankan untuk meneliti amalan pengguna di Bahagian ini terhadap cetak rompak. Didapati bahawa 69.7 peratus responden mempunyai amalan yang negatif iaitu menggunakan produk cetak rompak dan hanya 30.3 peratus menolak penggunaan produk cetak rompak. Penemuan yang diperolehi dari pengujian hipotesis menunjukkan bahawa sikap responden adalah signifikan dengan amalan iaitu (r=-0.413). Seterusnya, kajian juga mendapati bahawa persepsi kawalan tingkah laku yang diterima oleh pengguna juga menunjukkan ianya mempunyai perkaitan yang signifikan dengan amalan iaitu (r=-0.226) dan akhir sekali, norma subjektif responden juga didapati signifikan dengan amalan pengguna (r=-0.427). Kajian ini juga mencadangkan supaya pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan memainkan peranan yang lebih agresif untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan terhadap cetak rompak kepada komuniti masyarakat pendalaman. Isu cetak rompak akan menjadi suatu isu yang berterusan sekiranya isu ini tidak diambil tindakan yang sewajarnya oleh agensi yang berkaitan, pihak swasta dan juga di pihak pengguna itu sendiri.