Hubungan antara kompetensi dan prestasi berdasarkan peranan dalam kalangan pegawai pengembangan terpilih

Kompetensi Pegawai Pengembangan amat penting dalam pendidikan pengembangan kepada petani dan institusi petanian. Kajian ini bertujuan menentukan tahap kompetensi pengetahuan dan kemahiran teknikal (pertanian), kompetensi pembangunan sumberdaya manusia (PSM) dan kompetensi pemindahan teknologi (PT) d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Arif Shah, Jasmin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39975/1/FPP%202013%2018R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kompetensi Pegawai Pengembangan amat penting dalam pendidikan pengembangan kepada petani dan institusi petanian. Kajian ini bertujuan menentukan tahap kompetensi pengetahuan dan kemahiran teknikal (pertanian), kompetensi pembangunan sumberdaya manusia (PSM) dan kompetensi pemindahan teknologi (PT) dalam kalangan Pegawai Pengembangan terpilih. Seterusnya, kajian turut menentukan tahap kefahaman prestasi berdasarkan peranan sebagai agen perubahan (pemangkin, penghubung sumber, pemberi penyelesaian masalah, dan pembantu proses) dan menentukan hubungan antara kompetensi dengan prestasi berdasarkan peranan dalam kalangan Pegawai Pengembangan. Dalam kompetensi pengetahuandan kemahiran teknikal, aspek dinilai berdasarkan kemahiran teknikal dalam bidang pertanian secara umum. Kompetensi pembangunan sumberdaya manusia mencakupi komponen i) kemahiran kepimpinan dan ii) penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Aspek yang dikaji dalam kompetensi pemindahan teknologi, merangkumi kompetensi i) budaya, nilai dan tradisi klien ii) kaedah pengajaran dan pembelajaran iii) perancangan, pelaksanaan dan penilaian program. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Populasi kajian ini adalah seramai 150 orang, yang terdiri daripada Pegawai Pengembangan. Sebanyak 117 orang responden yang mewakili sampel kajian, telah menjawab borang soal selidik. Data di analisis menggunakan SPSS. Hasil kajian menunjukkan tahap kompetensi pengetahuan dan teknikal, kompetensi pembangunan sumberdaya manusia dan kompetensi pemindahan teknologi Pegawai Pengembangan berada pada tahap yang tinggi. Manakala, tahap kefahaman prestasi berdasarkan peranan Pegawai Pengembangan sebagai agen perubahan pula, masih berada pada tahap sederhana. Ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara kompetensi dengan prestasi berdasarkan peranan sebagai agen perubahan. Kajian ini dapat meningkatkan pengetahuan individu mengenai hubungan antara kompetensi dan kefahaman prestasi berdasarkan peranan di tempat kerja dengan memberikan tumpuan utama bukan sahaja kepada kompetensi teknikal malahan meliputi kompetensi pembangunan sumber daya manusia (PSM) dan kompetensi pemindahan teknologi (PT). Elemen peranan sebagai agen perubahan yang diperkenalkan oleh Havelock (1973) telah memberi sumbangan dan nilai tambah terhadap teori prestasi berdasarkan peranan yang diperkenalkan oleh Welbourne et al., (1997). Hasil dapatan kajian ini dapat disimpulkan bahawa kompetensi Pegawai Pengembangan telah mendorong kepada prestasi berdasarkan peranan yang tinggi. Bagi memenuhi keperluan prestasi berdasarkan peranan, Pegawai Pengembangan perlu memiliki tahap kompetensi yang tinggi dari aspek teknikal dan pembangunan sumberdaya manusia untuk memastikan peranan sebagai agen perubahan serta kejayaan sistem pemindahan teknologi. Teori ini membuktikan perkembangan awal.