Hubungan antara ciri program perkembangan profesional dengan amalan pengajaran guru ekonomi rumah tangga

Perkembangan profesional merupakan suatu mekanisme bagi setiap guru memupuk perkembangan peribadi dan profesional mereka agar proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dilaksanakan. Program perkembangan profesional yang berkualiti dapat membekalkan pengetahuan, menambahbaik kemahiran d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Selamat, Noraliza
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39990/1/FPP%202013%2025R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan profesional merupakan suatu mekanisme bagi setiap guru memupuk perkembangan peribadi dan profesional mereka agar proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dilaksanakan. Program perkembangan profesional yang berkualiti dapat membekalkan pengetahuan, menambahbaik kemahiran dan meningkatkan amalan pengajaran guru. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan hubungan antara ciri program perkembangan profesional, ciri peribadi dan amalan pengajaran guru Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Dalam kajian ini terdapat lima ciri program perkembangan profesional berkesan yang dikaji yang terdiri daripada fokus terhadap mata pelajaran ERT, fokus pembelajaran aktif, fokus penilaian hasil kerja murid, fokus maklum balas dan fokus tindakan susulan. Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan guru ERT sebagai responden yang dipilih secara persampelan rawak mudah. Sebanyak 183 soal selidik telah dianalisis melalui statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan majoriti guru ERT mempunyai tahap amalan pengajaran yang sederhana (M=4.00,SP=0.55). Hasil analisis korelasi menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara umur dan tahap pendidikan dengan amalan pengajaran guru ERT. Bagaimanapun terdapat hubungan signifikan yang positif tetapi lemah antara pengalaman mengajar ERT dengan amalan pengajaran guru. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif dan kuat antara fokus terhadap mata pelajaran ERT (r=.679, p < .05), fokus pembelajaran aktif (r=.719, p < .05) fokus penilaian hasil kerja murid (r=.680, p < .05), fokus maklum balas (r=.579, p < .05), dan fokus tindakan susulan (r=.551, p < .05);dengan amalan pengajaran guru ERT. Keputusan analisis regresi berganda pula menunjukkan kombinasi pembolehubah bebas (fokus pembelajaran aktif, fokus penilaian hasil kerja murid dan fokus tindakan susulan) secara signifikan menyumbang sebanyak 66% dari varians amalan pengajaran guru ERT manakala fokus pembelajaran aktif merupakan faktor penyumbang utama kepada amalan pengajaran guru ERT. Secara keseluruhannya, bagi meningkatkan amalan pengajaran guru ke tahap yang lebih baik, program pembelajaran profesional perlu dipelbagaikan agar ia dapat memberi impak yang lebih baik terhadap guru secara peribadi dan amalan pengajarannya. Seterusnya, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk tujuan penambahbaikan bidang ERT dan penyelidikan pada masa akan datang.