Perbandingan Ketelapan Awal Bagi Bahan Ferit Lembut Nixzn(1-x)Fe2O4, Mgxzn(1-x)Fe2O4 dan Cuxzn(1-x)Fe2O4

Desakan ke arah pengecilan litar elektronik dan anjakan frekuensi operasi yang lebih tinggi telah menghalakan penghasilan ferit dengan ketelapan awal yang tinggi serta kehilangan tenaga yang rendah. Untuk memenuhi permintaan dan keperluan teknologi semasa itu, beberapa keperluan seperti mikrostruktu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Aini, Nazli
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/404/1/549708_FSAS_2004_3.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Desakan ke arah pengecilan litar elektronik dan anjakan frekuensi operasi yang lebih tinggi telah menghalakan penghasilan ferit dengan ketelapan awal yang tinggi serta kehilangan tenaga yang rendah. Untuk memenuhi permintaan dan keperluan teknologi semasa itu, beberapa keperluan seperti mikrostruktur yang homogen, suhu Curie yang tinggi, kehilangan tenaga yang rendah serta kos pengeluaran yang kompetetif mesti dipenuhi. Untuk menghasilkan bahan yang sedemikian, faktor ektrinsik dan intrinsik yang mempengaruhi ketelapan awal harus dikenalpasti. Untuk mencapai matlamat tersebut ferit berasaskan NiZn, MgZn dan CuZn digunakan. Ferit ini mengandungi Zn sebanyak 60%, 70% dan 80% dari keseluruhan ion dwivalen. Julat suhu pensinteran adalah di antara 1050oC hingga 1300oC. Hasilnya mendapati ketelapan awal ferit meningkat tinggi apabila kandungan Zn tidak melebihi 50% dan menyusut dengan cepat apabila melebihi 60%. Ketelapan awal adalah bertambah apabila suhu Curie tinggi dan faktor kehilangan relatif (FKR) rendah. Kandungan Zn yang melebihi 60% menyaksikan perubahan kerintangan dan pertumbuhan butir yang berbeza-beza dan tidak selanjar terhadap ketelapan awal.