Hubungan gaya kepimpinan dan amalan kepimpinan pengajaran pengetua dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah

Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji gaya kepimpinan dan amalan kepimpinan pengajaran pengetua serta mengenal pasti hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar di Sekolah Menengah yang dipilih dari Semenanjung Malaysia. Kajian ini juga untuk mengenal pasti sumbangan atau pengaruh p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Raja Ismail, Raja Othman
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/40894/1/FPP%202013%2037%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.40894
record_format uketd_dc
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
topic Educational leadership - Malaysia
Academic achievement - Malaysia
High school principals - Malaysia
spellingShingle Educational leadership - Malaysia
Academic achievement - Malaysia
High school principals - Malaysia
Raja Ismail, Raja Othman
Hubungan gaya kepimpinan dan amalan kepimpinan pengajaran pengetua dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah
description Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji gaya kepimpinan dan amalan kepimpinan pengajaran pengetua serta mengenal pasti hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar di Sekolah Menengah yang dipilih dari Semenanjung Malaysia. Kajian ini juga untuk mengenal pasti sumbangan atau pengaruh pemboleh ubah-pemboleh ubah yang berkenaan (gaya kepimpinan pengetua dan amalan kepimpinan pengajaran pengetua dari aspek kurikulum, penyeliaan serta pengajaran dan pembelajaran) terhadap pencapaian akademik pelajar dalam lima mata pelajaran teras, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk deskriptif-korelasi yang melibatkan responden pengetua (N = 32) dan guru kanan (N = 211) dari sekolah menengah kebangsaan harian yang terpilih. Kajian ini menggunakan dua instrumen, iaitu soal selidik gaya kepimpinan pengetua oleh Clark (2007) dan soal selidik amalan kepimpinan pengajaran yang diubah suai daripada Mahmood (1997). Nilai kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha bagi pengukuran konstruk berdasarkan persepsi pengetua ialah antara 0.805 – 0.986 dan bagi guru kanan ialah antara 0.683 – 0.935. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa pengukuran kebolehpercayaan konstruk-konstruk yang dikaji adalah agak tinggi. Dapatan analisis deskriptif menunjukkan bahawa pola gaya kepimpinan pengetua di sekolah menengah secara keseluruhannya adalah gaya kepimpinan demokratik (65.6%) berbanding dengan gaya kepimpinan autokratik dan lepas-bebas. Persepsi guru kanan terhadap gaya kepimpinan pengetua juga menunjukkan gaya kepimpinan demokratik. Persepsi pengetua terhadap amalan kepimpinan pengajaran mereka dari aspek pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap tinggi (min = 4.30). Bagaimanapun, dapatan juga menunjukkan bahawa persepsi guru kanan terhadap amalan kepimpinan pengajaran pengetua adalah positif dengan tahap tinggi dari aspek penyeliaan (71.1%) serta diikuti amalan kepimpinan pengajaran dari aspek pengajaran dan pembelajaran (71.1%). Dapatan analisis korelasi Pearson, menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan demokratik dengan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (r = 0.44, p < .01 ), Bahasa Inggeris (r = 0.46, p < .01), Matematik (r = 0.38, p < .05) dan Sejarah (r = 0.35, p < .05). Di samping itu, terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan lepas-bebas dengan mata pelajaran Sejarah (r = 0.35, p < .05). Seterusnya, terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan pengajaran pengetua dari aspek pengajaran dan pembelajaran dengan pencapaian dalam mata pelajaran Sains (r = 0.34, p < .05). Dapatan analisis korelasi Pearson dari persepsi guru kanan menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan tetapi lemah antara gaya kepimpinan autokratik pengetua dengan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (r = 0.18, p < .05), Bahasa Inggeris (r = 0.23, p < .05), Matematik (r = 0.21, p < .05), Sains (r = 0.18, p < .05) dan Sejarah (r = 0.23, p < .05). Begitu juga analisis korelasi mendapati terdapat hubungan yang signifikan tetapi lemah antara gaya kepimpinan demokratik pengetua dengan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (r = 0.18, p < .05), Bahasa Inggeris (r = 0.23, p < .05), Matematik (r = 0.21, p < .05), Sains (r = 0.18, p < .05) dan Sejarah (r = 0.23, p < .05). Seterusnya terdapat hubungan yang signifikan tetapi lemah antara gaya kepimpinan lepas-bebas pengetua dengan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (r = 0.17, p < .05), Bahasa Inggeris (r = 0.15, p < .05), Sains (r = 0.19, p < .05) dan Sejarah (r = 0.20, p < .05). Dapatan analisis korelasi Pearson dari persepsi guru kanan juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan tetapi lemah antara amalan kepimpinan pengajaran pengetua dari aspek penyeliaan dengan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (r = 0.21, p < .05), Bahasa Inggeris (r = 0.17, p < .05), Matematik (r = 0.13, p < .05) dan Sains (0.25, p < .05). Dapatan analisis regresi dengan Method Enter adalah untuk melihat sumbangan konstruk gaya kepimpinan pengetua dan amalan kepimpinan pengajaran pengetua terhadap pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran teras bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dari persepsi pengetua dan guru kanan. Berdasarkan analisis regresi bagi persepsi pengetua mendapati bahawa gaya kepimpinan demokratik pengetua menyumbang sebanyak 23.2% kepada pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, 20.7% kepada pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, 8.9% kepada pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Matematik dan 14.6% kepada pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Manakala gaya kepimpinan lepas-bebas menyumbang sebanyak 5.6% kepada pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sains. Analisis regresi dari persepsi guru kanan pula mendapati bahawa gaya kepimpinan demokratik pengetua menyumbang sebanyak 4.5% kepada pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Di samping itu, gaya kepimpinan autokratik pengetua menyumbang sebanyak 4.8% kepada pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, 3.8% kepada pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Matematik dan 4.0% kepada pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Manakala, amalan kepimpinan pengajaran pengetua menyumbang sebanyak 6.5% kepada pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sains. Kesimpulannya, dapatan dari persepsi pengetua bagi gaya kepimpinan demokratik mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah. Manakala, amalan kepimpinan pengajaran pengetua dari aspek pengajaran dan pembelajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian dalam mata pelajaran Sains. Dapatan analisis regresi dari persepsi pengetua menunjukkan bahawa gaya kepimpinan demokratik pengetua merupakan penyumbang terbanyak kepada pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Di samping itu, dari persepsi guru kanan amalan kepimpinan pengajaran pengetua merupakan penyumbang terbanyak kepada pencapaian dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, dapatan di atas sangat bermanfaat untuk warga pentadbiran pendidikan khususnya pengetua sekolah dan guru kanan dalam merancang dan melaksanakan gaya kepimpinan dan amalan kepimpinan pengajaran supaya dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran teras di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
format Thesis
qualification_name Doctor of Philosophy (PhD.)
qualification_level Doctorate
author Raja Ismail, Raja Othman
author_facet Raja Ismail, Raja Othman
author_sort Raja Ismail, Raja Othman
title Hubungan gaya kepimpinan dan amalan kepimpinan pengajaran pengetua dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah
title_short Hubungan gaya kepimpinan dan amalan kepimpinan pengajaran pengetua dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah
title_full Hubungan gaya kepimpinan dan amalan kepimpinan pengajaran pengetua dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah
title_fullStr Hubungan gaya kepimpinan dan amalan kepimpinan pengajaran pengetua dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah
title_full_unstemmed Hubungan gaya kepimpinan dan amalan kepimpinan pengajaran pengetua dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah
title_sort hubungan gaya kepimpinan dan amalan kepimpinan pengajaran pengetua dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2013
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/40894/1/FPP%202013%2037%20IR.pdf
_version_ 1747811847145259008
spelling my-upm-ir.408942015-09-30T03:09:30Z Hubungan gaya kepimpinan dan amalan kepimpinan pengajaran pengetua dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah 2013-02 Raja Ismail, Raja Othman Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji gaya kepimpinan dan amalan kepimpinan pengajaran pengetua serta mengenal pasti hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar di Sekolah Menengah yang dipilih dari Semenanjung Malaysia. Kajian ini juga untuk mengenal pasti sumbangan atau pengaruh pemboleh ubah-pemboleh ubah yang berkenaan (gaya kepimpinan pengetua dan amalan kepimpinan pengajaran pengetua dari aspek kurikulum, penyeliaan serta pengajaran dan pembelajaran) terhadap pencapaian akademik pelajar dalam lima mata pelajaran teras, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk deskriptif-korelasi yang melibatkan responden pengetua (N = 32) dan guru kanan (N = 211) dari sekolah menengah kebangsaan harian yang terpilih. Kajian ini menggunakan dua instrumen, iaitu soal selidik gaya kepimpinan pengetua oleh Clark (2007) dan soal selidik amalan kepimpinan pengajaran yang diubah suai daripada Mahmood (1997). Nilai kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha bagi pengukuran konstruk berdasarkan persepsi pengetua ialah antara 0.805 – 0.986 dan bagi guru kanan ialah antara 0.683 – 0.935. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa pengukuran kebolehpercayaan konstruk-konstruk yang dikaji adalah agak tinggi. Dapatan analisis deskriptif menunjukkan bahawa pola gaya kepimpinan pengetua di sekolah menengah secara keseluruhannya adalah gaya kepimpinan demokratik (65.6%) berbanding dengan gaya kepimpinan autokratik dan lepas-bebas. Persepsi guru kanan terhadap gaya kepimpinan pengetua juga menunjukkan gaya kepimpinan demokratik. Persepsi pengetua terhadap amalan kepimpinan pengajaran mereka dari aspek pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap tinggi (min = 4.30). Bagaimanapun, dapatan juga menunjukkan bahawa persepsi guru kanan terhadap amalan kepimpinan pengajaran pengetua adalah positif dengan tahap tinggi dari aspek penyeliaan (71.1%) serta diikuti amalan kepimpinan pengajaran dari aspek pengajaran dan pembelajaran (71.1%). Dapatan analisis korelasi Pearson, menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan demokratik dengan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (r = 0.44, p < .01 ), Bahasa Inggeris (r = 0.46, p < .01), Matematik (r = 0.38, p < .05) dan Sejarah (r = 0.35, p < .05). Di samping itu, terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan lepas-bebas dengan mata pelajaran Sejarah (r = 0.35, p < .05). Seterusnya, terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan pengajaran pengetua dari aspek pengajaran dan pembelajaran dengan pencapaian dalam mata pelajaran Sains (r = 0.34, p < .05). Dapatan analisis korelasi Pearson dari persepsi guru kanan menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan tetapi lemah antara gaya kepimpinan autokratik pengetua dengan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (r = 0.18, p < .05), Bahasa Inggeris (r = 0.23, p < .05), Matematik (r = 0.21, p < .05), Sains (r = 0.18, p < .05) dan Sejarah (r = 0.23, p < .05). Begitu juga analisis korelasi mendapati terdapat hubungan yang signifikan tetapi lemah antara gaya kepimpinan demokratik pengetua dengan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (r = 0.18, p < .05), Bahasa Inggeris (r = 0.23, p < .05), Matematik (r = 0.21, p < .05), Sains (r = 0.18, p < .05) dan Sejarah (r = 0.23, p < .05). Seterusnya terdapat hubungan yang signifikan tetapi lemah antara gaya kepimpinan lepas-bebas pengetua dengan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (r = 0.17, p < .05), Bahasa Inggeris (r = 0.15, p < .05), Sains (r = 0.19, p < .05) dan Sejarah (r = 0.20, p < .05). Dapatan analisis korelasi Pearson dari persepsi guru kanan juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan tetapi lemah antara amalan kepimpinan pengajaran pengetua dari aspek penyeliaan dengan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (r = 0.21, p < .05), Bahasa Inggeris (r = 0.17, p < .05), Matematik (r = 0.13, p < .05) dan Sains (0.25, p < .05). Dapatan analisis regresi dengan Method Enter adalah untuk melihat sumbangan konstruk gaya kepimpinan pengetua dan amalan kepimpinan pengajaran pengetua terhadap pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran teras bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dari persepsi pengetua dan guru kanan. Berdasarkan analisis regresi bagi persepsi pengetua mendapati bahawa gaya kepimpinan demokratik pengetua menyumbang sebanyak 23.2% kepada pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, 20.7% kepada pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, 8.9% kepada pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Matematik dan 14.6% kepada pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Manakala gaya kepimpinan lepas-bebas menyumbang sebanyak 5.6% kepada pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sains. Analisis regresi dari persepsi guru kanan pula mendapati bahawa gaya kepimpinan demokratik pengetua menyumbang sebanyak 4.5% kepada pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Di samping itu, gaya kepimpinan autokratik pengetua menyumbang sebanyak 4.8% kepada pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, 3.8% kepada pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Matematik dan 4.0% kepada pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Manakala, amalan kepimpinan pengajaran pengetua menyumbang sebanyak 6.5% kepada pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sains. Kesimpulannya, dapatan dari persepsi pengetua bagi gaya kepimpinan demokratik mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah. Manakala, amalan kepimpinan pengajaran pengetua dari aspek pengajaran dan pembelajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian dalam mata pelajaran Sains. Dapatan analisis regresi dari persepsi pengetua menunjukkan bahawa gaya kepimpinan demokratik pengetua merupakan penyumbang terbanyak kepada pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Di samping itu, dari persepsi guru kanan amalan kepimpinan pengajaran pengetua merupakan penyumbang terbanyak kepada pencapaian dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, dapatan di atas sangat bermanfaat untuk warga pentadbiran pendidikan khususnya pengetua sekolah dan guru kanan dalam merancang dan melaksanakan gaya kepimpinan dan amalan kepimpinan pengajaran supaya dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran teras di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Educational leadership - Malaysia Academic achievement - Malaysia High school principals - Malaysia 2013-02 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/40894/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/40894/1/FPP%202013%2037%20IR.pdf application/pdf en public phd doctoral Universiti Putra Malaysia Educational leadership - Malaysia Academic achievement - Malaysia High school principals - Malaysia