Sifat dan peranan raja dan pembesar dalam naskhah Hukum Kanun Pahang

Kajian ini memberi tumpuan kepada sifat dan peranan raja dan pembesar dalam naskhah Hukum Kanun Pahang, berdasarkan pendekatan sosiologi. Kajian ini untuk membincangkan sifat dan peranan raja dalam kedua-dua versi Hukum Kanun Pahang iaitu versi Manuskrip Negeri Pahang dan versi Winstedt dan Kempe. S...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mat Rani, Rohayu
格式: Thesis
語言:English
出版: 2013
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41379/1/FBMK%202013%2026R.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini memberi tumpuan kepada sifat dan peranan raja dan pembesar dalam naskhah Hukum Kanun Pahang, berdasarkan pendekatan sosiologi. Kajian ini untuk membincangkan sifat dan peranan raja dalam kedua-dua versi Hukum Kanun Pahang iaitu versi Manuskrip Negeri Pahang dan versi Winstedt dan Kempe. Selain itu kajian juga turut memberi tumpuan untuk menghuraikan sifat dan peranan pembesar menerusi kedua-dua versi tersebut. Hukum Kanun Pahang dihasilkan semasa pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyiddin Syah (1592-1614). Naskhah ini penting kerana menyediakan maklumat yang bermakna bukan sahaja kepada bidang perundangan malahan juga kepada mereka yang mengkaji sejarah negeri Pahang. Justeru Hukum Kanun Pahang ini memperlihatkan dua entiti penting yang terlibat dalam penentuan kesejahteraan di negerinegeri yang menggunakannya secara umum dan di negeri Pahang khasnya. Hasil kajian ini menyimpulkan bahawa wujudnya pengaruh Islam yang dominan terhadap pembentukkan hukum-hukum dalam naskhah Hukum Kanun Pahang. Walaupun pengaruh Islam dikatakan dominan dalam pembentukkan peraturan tersebut, tetapi masih wujud percampuran pengaruh dalam teks Hukum Kanun Pahang ini. Antaranya pengaruh Hindu yang masih lagi melingkari peruntukkan yang terkandung dalam Hukum Kanun Pahang. Dan dalam beberapa peruntukkan hukum-hukum yang terkandung dalam teks ini lebih menekankan persoalan adat-resam masyarakat Melayu dengan mengenepikan nilai-nilai agama. Justeru, itulah kewujudan masyarakat yang tergambar dalam Hukum Kanun Pahang telah mempunyai kitab undang-undang yang teratur. Dengan ini membuktikan bahawa telah wujudnya satu sistem pemerintahan beraja yang telah berlangsung di negeri Pahang pada masa dahulu.