Kesantunan berbahasa dalam kata perbilangan adat pepatih dari sudut pragmatik

Kata perbilangan adat digunakan sebagai alat komunikasi dalam keadaan formal dan tidak formal untuk mengungkapkan sesuatu secara berkias, halus dan teliti supaya setiap perkara yang ingin disampaikan kedengaran santun dan dapat diterima oleh pendengar dengan baik di samping menjaga air muka penutur...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Bakhary, Norhana
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/42048/1/FBMK%202013%2040R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kata perbilangan adat digunakan sebagai alat komunikasi dalam keadaan formal dan tidak formal untuk mengungkapkan sesuatu secara berkias, halus dan teliti supaya setiap perkara yang ingin disampaikan kedengaran santun dan dapat diterima oleh pendengar dengan baik di samping menjaga air muka penutur dan pendengar atau orang yang dilawan bercakap. Namun kajian tentang kata yang membicarakan tentang aspek kesantunan berbahasa dalam kata perbilangan adat masih belum dilakukan dengan meluas kerana kebanyakan penulisan yang dihasilkan lebih memberi tumpuan kepada kajian terhadap dasar-dasar adat yang berkaitan dengan kata perbilangan. Oleh hal yang demikian, kajian ini dilakukan untuk menganalisis aspek kesantunan berbahasa dalam kata perbilangan Adat Perpatih dari sudut pragmatik. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ungkapan santun dalam kata perbilangan Adat Perpatih, menginterpretasi elemen kesantunan bahasa dalam kata perbilangan Adat Perpatih dan menyorot pemikiran masyarakat adat dalam kata perbilangan Adat Perpatih yang menggambarkan keteguhan masyarakat Adat Perpatih. Data kajian terdiri daripada kata perbilangan adat yang digunakan dalam empat peristiwa perundingan masyarakat pengamal Adat Perpatih iaitu Istiadat Kerjan, Istiadat Berkodin, Istiadat Memulih Pusako dan Istiadat Merisik dan Peminangan. Kajian ini merupakan kajian yang melibatkan kerja lapangan yang menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual dan teknik rakaman. Data kajian dianalisis secara manual, dihuraikan dan dibincangkan menggunakan Prinsip Kesantunan Leech (1983). Dapatan kajian menunjukkan bahawa sisipan kata perbilangan adat yang mengandungi bahasa kiasan, unsur eufemisme dan dialek atau kata-kata berunsur tempatan dalam sesuatu peristiwa komunikasi yang membawa maksud tersirat adalah merupakan salah satu strategi kesantunan berbahasa dalam masyarakat pengamal Adat Perpatih. Melalui penggunaan ujaran bentuk ini mesej yang hendak ditujukan kepada pendengar disampaikan secara tersirat agar tidak menyinggung perasaan pendengar dan pendengar pula akan merasa dihargai dalam sesuatu peristiwa komunikasi. Keadaan ini membolehkan pendengar memahami, menilai dan menerima mesej yang disampaikan dengan selesa. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa dalam kata perbilangan adat tersirat kebijaksanaan tentang cara untuk membentuk masyarakat yang stabil, berilmu, bermoral dan berdaya usaha di samping berperanan sebagai berperanan sebagai satu bentuk kawalan sosial (masyarakat) yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan bagi menjamin keteguhan masyarakat Adat Perpatih.