Aspek dakwah dalam novel-novel terpilih Faisal Tehrani

Penulisan yang berunsur dakwah mampu memberi impak yang berguna kepada setiap pembaca. Medium yang terbaik dalam penyampaian dakwah ialah menerusi penulisan yang berlandaskan syariat Islam. Novel juga merupakan salah satu medium penyampaian dakwah, kajian ini menumpukan kepada empat aspek dakwah iai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohammad, Hasninie
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/42795/1/FBMK%202013%2013R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penulisan yang berunsur dakwah mampu memberi impak yang berguna kepada setiap pembaca. Medium yang terbaik dalam penyampaian dakwah ialah menerusi penulisan yang berlandaskan syariat Islam. Novel juga merupakan salah satu medium penyampaian dakwah, kajian ini menumpukan kepada empat aspek dakwah iaitu dakwah melalui akidah, ibadah, ekonomi, dan sosial. Kajian ini bertujuan meneliti aspek dakwah dalam novel-novel terpilih Faisal Tehrani, berdasarkan Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K). Bagi merealisasikan tujuan ini, teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) diaplikasikan sebagaimana kecenderungan teori ini meneliti unsur keislaman dalam karya. Terdapat empat prinsip asas dalam teori SPB4K antaranya ialah Pemikiran Kerohanian, Pemikiran Kebitaraan, Pemikiran Kekreatifan dan Pemikiran Kesaintifikan. Berdasarkan penelitian ini juga dapat dikesan hubungan dengan Allah melalui karya dan hasilnya memberi hikmah kepada manusia.