Interaksi dalam Ujian Lisan Berasaskan Sekolah dalam Kalangan Remaja

Kemampuan interaksi lisan banyak mempengaruhi kehidupan manusia. Hal ini demikian kerana interaksi lisan merupakan satu aspek penting dalam proses komunikasi. Kajian ini memberikan tumpuan terhadap bentuk-bentuk bahasa yang digunakan oleh remaja dalam interaksi lisan, kemampuan berbahasa, dan pertim...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ghazali, Lateh
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4726/1/FBMK_2007_1.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemampuan interaksi lisan banyak mempengaruhi kehidupan manusia. Hal ini demikian kerana interaksi lisan merupakan satu aspek penting dalam proses komunikasi. Kajian ini memberikan tumpuan terhadap bentuk-bentuk bahasa yang digunakan oleh remaja dalam interaksi lisan, kemampuan berbahasa, dan pertimbangan-pertimbangan komunikatif dalam perbualan formal. Di samping itu kajian ini juga membincangkan aspek kognitif yang mempengaruhi interaksi lisan remaja. Perbincangan kedua-dua aspek ini dilaksanakan dalam kerangka teori etnografi komunikasi dan juga teori Relevan. Kajian ini berbentuk kajian lapangan menggunakan kaedah rakaman audio terhadap aktiviti interaksi lisan yang disertai oleh golongan remaja dalam Ujian Lisan Berasaskan Sekolah. Empat buah sekolah di daerah Kuala Langat telah dijadikan tempat kajian. Rakaman interaksi lisan ditranskripsikan untuk dianalisis menggunakan teori etnografi komunikasi Saville-Troike (2003) dan Teori Relevan Sperber & Wilson (1999,2002). Menurut teori etnografi komunikasi Saville-Troike, setiap interaksi lisan perlu memenuhi kehendak-kehendak komponen yang disarankan, iaitu genre, topik, tujuan, latar, ragam, peserta interaksi, bentuk mesej, kandungan mesej, urutan lakuan, peraturan interaksi, dan norma-norma interpretasi. Manakala dari sudut relevan pula setiap sesi interaksi lisan itu mengambil kira aspek konteks, kesan konteks, dan kos proses dalam memastikan maklumat dapat disampaikan secara berkesan. Dapatan kajian ini membuktikan teori etnografi komunikasi dapat membina satu sistem keteraturan interaksi lisan dalam kalangan remaja dengan menggabungkan kemahiran linguistik dan juga sosiolinguistik. Remaja telah melakukan pelbagai pertimbangan komunikatif untuk memastikan interaksi lisan dilaksanakan dengan sempurna. Pada masa yang sama dari segi pragmatik pula, input kognitif remaja turut mempengaruhi kemampuan interaksi lisan dalam situasi formal. Remaja mengaplikasi pengalaman konteks untuk menyerlahkan pemikiran mereka melalui sesi interaksi yang yang disertai. Justeru, keberkesanan kerangka teori yang diguna pakai untuk mendasari kajian ini amat tinggi.