Adaptasi Kepada Budaya Organisasi dan Kompetensi Komunikasi antara Budaya Pengurus Malaysia dalam Syarikat Multinasional

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan kompetensi komunikasi antara budaya dengan adaptasi kepada budaya organisasi di kalangan pengurus Malaysia dalam syarikat multinasional asing yang beroperasi di Malaysia. Kajian ini berasaskan kepada pengintegrasian beberapa teori iaitu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yaakob, Hashim Fauzy
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4760/1/FBMK_2008_1.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan kompetensi komunikasi antara budaya dengan adaptasi kepada budaya organisasi di kalangan pengurus Malaysia dalam syarikat multinasional asing yang beroperasi di Malaysia. Kajian ini berasaskan kepada pengintegrasian beberapa teori iaitu teori pengurusan kebimbangan/ketidakpastian (AUM) oleh Gudykunst (1995), teori adaptasi silang budaya (CCAT), oleh Yun Young Kim (2001), model budaya organisasi oleh Harris dan Moran (1991) dan teori sistem. Pengintegrasian dilakukan kerana tidak ada teori secara khusus menghubungkan kompetensi komunikasi antara budaya dan adaptasi dalam organisasi dan begitu juga tidak ada teori khusus menghubungkan kompetensi komunikasi antara budaya dengan adaptasi kepada budaya organisasi. Kajian tinjauan ini menggunakan borang soal selidik tadbir sendiri. Sebanyak 212 responden telah dipilih secara rawak daripada syarikat multinasional asing yang terdapat di Malaysia. Skala Likert-item lima mata digunakan untuk mengukur (a) adaptasi kepada budaya organisasi pengurus Malaysia (b) kompetensi komunikasi antara budaya pengurus Malaysia dan (c) persepsi pengurus Malaysia tentang komunikasi interpersonal mereka dengan ekspatriat. Analisis deskriptif dan inferensi iaitu frekuensi, min, korelasi Pearson, korelasi separa, regresi berganda dan regesi hierakikal digunakan untuk menganalisis data. Kajian mendapati tahap adaptasi kepada budaya organisasi, tahap kompetensi komunikasi antara budaya dan komunikasi interpersonal pengurus Malaysia adalah tinggi menunjukkan mereka kompeten kepada budaya. Pengurus Malaysia juga memilih integrasi berbanding asimilasi, pengasingan dan peminggiran ketika melakukan adaptasi. Kajian juga menyokong bahawa terdapat perkaitan positif antara kompetensi komunikasi antara budaya dengan adaptasi kepada budaya organisasi. Dimensi-dimensi kompetensi komunikasi antara budaya iaitu pengetahuan, motivasi dan kemahiran serta kompetensi komunikasi antara budaya memberi sumbangan kepada adaptasi kepada budaya organisasi. Bagaimanapun kajian ini mendapati komunikasi interpersonal dengan ekspatriat tidak bertindak sebagai moderator kepada sumbangan pengetahuan, motivasi dan kemahiran ke atas adaptasi kepada budaya organisasi, dan sumbangan kompetensi komunikasi antara budaya keseluruhan ke atas adaptasi kepada budaya organisasi. Kajian ini mengemukakan beberapa cadangan termasuk syor supaya dibentuk teori yang khusus tentang kompetensi komunikasi antara budaya dan adaptasi kepada budaya organisasi.