Penguasaan penulisan karangan bahasa melayu dari perspektif komunikatif

Kajian ini dijalankan dalam kalangan sampel yang terdiri daripada seratus dua puluh lapan orang pelajar Tingkatan Empat yang belajar di sekolah menengah harian di Wilayah persekutuan. Dua buah sekolah kajian yang dipilih sebagai lokasi kajian ialah sebuah sekolah di zon Sentul dan sebuah lagi di zon...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Taridi, Rosmawati
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4767/1/FBMK_2008_7.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.4767
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.47672013-05-27T07:18:12Z Penguasaan penulisan karangan bahasa melayu dari perspektif komunikatif 2008 Taridi, Rosmawati Kajian ini dijalankan dalam kalangan sampel yang terdiri daripada seratus dua puluh lapan orang pelajar Tingkatan Empat yang belajar di sekolah menengah harian di Wilayah persekutuan. Dua buah sekolah kajian yang dipilih sebagai lokasi kajian ialah sebuah sekolah di zon Sentul dan sebuah lagi di zon Keramat, Kuala Lumpur. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti kewujudan komponen komunikatif dalam penulisan karangan pelahiran dan pemujukan. Selain itu, kajian ini juga membincangkan gred pencapaian pelajar dalam penulisan karangan bahasa Melayu melalui dua skema pemarkahan, iaitu skema komunikatif dan skema Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pengkaji juga membuat perbandingan pencapaian markah antara dua skema ini dan seterusnya mengesan ketekalan skema analisis karangan yang digunakan dalam kajian ini sebagai garis panduan pemarkahan yang menggunakan skema komunikatif. Untuk mencapai objektif kajian ini, pengkaji meneroka kecekapan menulis dan menerapkan idea komunikatif Hymes (1972), model komunikatif versi Bachman dan Savignon (1986), serta Model Wacana Lloyd – Jones (1977) pula untuk meneroka kecekapan menulis.Penaksiran kemahiran menulis dijalankan pada dua tahap dan membabitkan tiga jenis alat utama, iaitu skema analisis karangan, skema pemarkahan komunikatif serta skema Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pada tahap pertama skema analisis karangan dijalankan yang bertujuan untuk mengumpul data kecekapan komunikatif dalam karangan bahasa Melayu. Pada tahap kedua, penggunaan dua versi Skema Komunikatif dan Skema Lembaga Peperiksaan dijalankan untuk menggredkan sampel karangan mengikut kategori pencapaian dan seterusnya membuat perbandingan pencapaian antara kedua-dua skema. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa komponen wacana dan tatabahasa wujud dalam kedua-dua jenis karangan. Tatabahasa merupakan varian utama kecekapan komunikatif dalam kedua-dua jenis karangan. Penggunaan skema pemarkahan komunikatif dan skema Lembaga Peperiksaan Malaysia yang berasaskan pendekatan holistik dalam penaksiran kemahiran menulis menunjukkan jurang perbezaan yang amat kecil antara kedua-duanya. Taburan kekerapan gred pencapaian pelajar meliputi pencapaian tinggi, sederhana dan rendah bagi kedua-dua skema. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa skema analisis karangan yang digunakan dalam kajian ini memiliki ketekalan dalaman yang tinggi dengan memperoleh nilai korelasi melebihi 0.90. Selanjutnya pengkaji mengemukakan beberapa implikasi yang boleh dijadikan rujukan oleh masyarakat yang terlibat dalam bidang pendidikan iaitu mereka boleh memantau penguasaan kemahiran menulis pelajar dan seterusnya mengkategori pencapaian pelajar. Skema analisis karangan pula boleh digunakan bagi tujuan mengumpul maklumat, khususnya bagi tujuan menyusun strategi pemulihan karangan yang berlainan wacana. Instrumen penaksiran karangan yang menggunakan rujukan kriteria bukan sahaja tepat dan efisien malah selari dengan perkembangan kurikulum Bahasa Melayu KBSM. Maklumat empiris kajian ini berguna untuk meneliti kualiti keseluruhan karangan dan seterusnya memudahkan pengkategorian perlakuan karangan dilakukan. Malay language - Composition 2008 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4767/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4767/1/FBMK_2008_7.pdf application/pdf en public masters Universiti Putra Malaysia Malay language - Composition Faculty of Modern Language and Communication Malay
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
Malay
topic Malay language - Composition


spellingShingle Malay language - Composition


Taridi, Rosmawati
Penguasaan penulisan karangan bahasa melayu dari perspektif komunikatif
description Kajian ini dijalankan dalam kalangan sampel yang terdiri daripada seratus dua puluh lapan orang pelajar Tingkatan Empat yang belajar di sekolah menengah harian di Wilayah persekutuan. Dua buah sekolah kajian yang dipilih sebagai lokasi kajian ialah sebuah sekolah di zon Sentul dan sebuah lagi di zon Keramat, Kuala Lumpur. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti kewujudan komponen komunikatif dalam penulisan karangan pelahiran dan pemujukan. Selain itu, kajian ini juga membincangkan gred pencapaian pelajar dalam penulisan karangan bahasa Melayu melalui dua skema pemarkahan, iaitu skema komunikatif dan skema Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pengkaji juga membuat perbandingan pencapaian markah antara dua skema ini dan seterusnya mengesan ketekalan skema analisis karangan yang digunakan dalam kajian ini sebagai garis panduan pemarkahan yang menggunakan skema komunikatif. Untuk mencapai objektif kajian ini, pengkaji meneroka kecekapan menulis dan menerapkan idea komunikatif Hymes (1972), model komunikatif versi Bachman dan Savignon (1986), serta Model Wacana Lloyd – Jones (1977) pula untuk meneroka kecekapan menulis.Penaksiran kemahiran menulis dijalankan pada dua tahap dan membabitkan tiga jenis alat utama, iaitu skema analisis karangan, skema pemarkahan komunikatif serta skema Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pada tahap pertama skema analisis karangan dijalankan yang bertujuan untuk mengumpul data kecekapan komunikatif dalam karangan bahasa Melayu. Pada tahap kedua, penggunaan dua versi Skema Komunikatif dan Skema Lembaga Peperiksaan dijalankan untuk menggredkan sampel karangan mengikut kategori pencapaian dan seterusnya membuat perbandingan pencapaian antara kedua-dua skema. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa komponen wacana dan tatabahasa wujud dalam kedua-dua jenis karangan. Tatabahasa merupakan varian utama kecekapan komunikatif dalam kedua-dua jenis karangan. Penggunaan skema pemarkahan komunikatif dan skema Lembaga Peperiksaan Malaysia yang berasaskan pendekatan holistik dalam penaksiran kemahiran menulis menunjukkan jurang perbezaan yang amat kecil antara kedua-duanya. Taburan kekerapan gred pencapaian pelajar meliputi pencapaian tinggi, sederhana dan rendah bagi kedua-dua skema. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa skema analisis karangan yang digunakan dalam kajian ini memiliki ketekalan dalaman yang tinggi dengan memperoleh nilai korelasi melebihi 0.90. Selanjutnya pengkaji mengemukakan beberapa implikasi yang boleh dijadikan rujukan oleh masyarakat yang terlibat dalam bidang pendidikan iaitu mereka boleh memantau penguasaan kemahiran menulis pelajar dan seterusnya mengkategori pencapaian pelajar. Skema analisis karangan pula boleh digunakan bagi tujuan mengumpul maklumat, khususnya bagi tujuan menyusun strategi pemulihan karangan yang berlainan wacana. Instrumen penaksiran karangan yang menggunakan rujukan kriteria bukan sahaja tepat dan efisien malah selari dengan perkembangan kurikulum Bahasa Melayu KBSM. Maklumat empiris kajian ini berguna untuk meneliti kualiti keseluruhan karangan dan seterusnya memudahkan pengkategorian perlakuan karangan dilakukan.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Taridi, Rosmawati
author_facet Taridi, Rosmawati
author_sort Taridi, Rosmawati
title Penguasaan penulisan karangan bahasa melayu dari perspektif komunikatif
title_short Penguasaan penulisan karangan bahasa melayu dari perspektif komunikatif
title_full Penguasaan penulisan karangan bahasa melayu dari perspektif komunikatif
title_fullStr Penguasaan penulisan karangan bahasa melayu dari perspektif komunikatif
title_full_unstemmed Penguasaan penulisan karangan bahasa melayu dari perspektif komunikatif
title_sort penguasaan penulisan karangan bahasa melayu dari perspektif komunikatif
granting_institution Universiti Putra Malaysia
granting_department Faculty of Modern Language and Communication
publishDate 2008
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4767/1/FBMK_2008_7.pdf
_version_ 1747810271926157312