Ciri muka hadapan laman web e-komuniti di malaysia

Komuniti merupakan aset utama dalam pembinaan laman web e-komuniti keranakomunitilah yang menentukan arah matlamat kandungan laman web tersebut. Laman Web juga dijadikan sebagai saluran penyebaran maklumat sesama komuniti sama ada untuk mengetahui maklumat yang dipaparkan di laman web, maklumat ter...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mat Salleh, Suzila
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4769/1/FBMK_2008_8.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Komuniti merupakan aset utama dalam pembinaan laman web e-komuniti keranakomunitilah yang menentukan arah matlamat kandungan laman web tersebut. Laman Web juga dijadikan sebagai saluran penyebaran maklumat sesama komuniti sama ada untuk mengetahui maklumat yang dipaparkan di laman web, maklumat terkini, berkomunikasi sesama ahli ataupun menggunakan pautan yang disediakan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti ciri paparan pada laman web e-komuniti,mengetahui kandungan yang dimuatkan dalam laman web e-komuniti, mengenal pasti ciri interaktif dan tahap keaktifan laman web e-komuniti dan mengenal pasti pihak yang membangun dan mentadbirkan laman web e-komuniti. Kajian ini dijalankan pada muka hadapan laman web e-komuniti yang dipaparkan melalui laman web e-komuniti terpilih di Malaysia. Laman web e-komuniti yang disenaraikan untuk kajian ini adalah terdiri daripada projek di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Majlis Bandaraya Shah Alam, Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Kemajuan Masyarakat, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Demonstrator Application Program and GrantScheme (DAGS), Kerajaan Negeri Melaka, dan Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. Analisis kandungan merupakan kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini dan meliputi 142 laman web e-komuniti yang dikaji. Kajian ini melibatkan pengkaji dan jurukod dalam menganalisa data yang diperoleh di mana borang pengekodan disediakan oleh pengkaji untuk memudahkan data diperoleh ditandakan. Hasil kajian dibentangkan dalam bentuk deskriptif iaitu meliputi peratus dan dalam bentuk jadual silang. Kajian mendapati ciri paparan yang terdapat dalam laman web e-komuniti yang dikaji adalah seperti penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan utama dalam laman web e-komuniti, mempunyai rangka, bergrafik, saiz, jenis tulisan dan penebalan perkataan yang sesuai, serta menggunakan pelbagai warna pada laman web. Majoriti laman web e-komuniti desa merupakan laman web yang menggunakan bahasa Melayu pada laman web mereka. Hasil kajian juga mendapati laman web e-komuniti desa memaparkan maklumat dan kandungan yang berkaitan dengan komuniti. Kandungan utama yang dimuatkan di laman web e-komuniti meliputi sejarah, dan latar belakang komuniti. Ciri interaktif yang dipaparkan di laman web e-komuniti pula ialah mempunyai ruangan maklum balas kepada editor, ruangan komen, forum diskusi, ruangan carian dalam portal dan capaian pelawat. Laman web e-komuniti masjid merupakan laman web yang tidak bersifat interaktif memandangkan ciri-ciri interaktif yang perlu ada dalam sesebuah laman web tidak dipaparkan di laman web tersebut. Hasil kajian juga menjelaskan bahawa agensi swasta merupakan agensi yang membangunkan laman web e-komuniti dan anggota komuniti bertanggungjawab dalam menguruskan laman web e-komuniti. Oleh itu, untuk menggalakkan komuniti menggunakan laman web, paparan yang menarik, kandungan yang memenuhi kehendak komuniti dan ruangan komunikasi dua hala perlu dimasukkan dan dipaparkan dalam laman web e-komuniti.