Persepsi Guru Terhadap Kompetensi Keusahawanan, Keupayaan Guru Mengajar dan Kaedah Pengajaran Keusahawanan dalam Mata Pelajaran Vokasional di Sekolah Menengah Negeri Pahang

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru mengenai kompetensi keusahawanan, keupayaan guru mengajar dan kaedah pengajaran keusahawanan dalam mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah menengah di Pahang. Kajian ini berbentuk deskriptif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tam, Phun Khow
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4793/1/FPP_2006_8a.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru mengenai kompetensi keusahawanan, keupayaan guru mengajar dan kaedah pengajaran keusahawanan dalam mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah menengah di Pahang. Kajian ini berbentuk deskriptif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Instrumen kajian ini terdiri dari tiga pembolehubah iaitu kompetensi keusahawanan, keupayaan guru mengajar dan kaedah pengajaran. Populasi kajian ini terdiri daripada 52 orang guru MPV di negeri Pahang. Analisis data dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan min, peratusan dan kekerapan. Dapatan kajian menunjukkan kompetensi kewangan dan perakaunan amat diperlukan oleh pelajar diikuti kompetensi pemasaran, kompetensi pengurusan dan kompetensi am. Keupayaan guru mengajar kompetensi keusahawanan secara keseluruhan adalah rendah. Guru mempunyai keupayaan yang tinggi dalam mengajar kompetensi am diikuti kompetensi pengurusan dan kompetensi pemasaran. Keupayaan guru mengajar kompetensi kewangan dan perakaunan adalah rendah. Kaedah pengajaran yang kerap digunakan oleh guru adalah kaedah kuliah, edaran dan kajian kes.