Pola Masalah, Kecerdasan Emosi Pelajar dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik di Sekolah Menengah

Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji pola masalah yang berkaitan dengan akademik, sosial-psikologikal dan sosio-ekonomi yang mana akan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar tingkatan empat seramai 340 orang (114 lelaki dan 226 perempuan). Di samping itu, tahap kecerdasan emosi pelajar ju...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Chin, Mei Keong
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
Malay
منشور في: 2007
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4827/1/FPP_2007_8.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji pola masalah yang berkaitan dengan akademik, sosial-psikologikal dan sosio-ekonomi yang mana akan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar tingkatan empat seramai 340 orang (114 lelaki dan 226 perempuan). Di samping itu, tahap kecerdasan emosi pelajar juga dikenalpasti. Kajian turut meninjau hubungan antara pola masalah dengan tahap kecerdasan emosi dan tahap pencapaian akademik pelajar. Senarai Semak Masalah Mooney dan Soal Selidik Kecerdasan Emosi telah digunakan untuk tujuan kajian. Analisis deskriptif menunjukkan masalah yang paling mengganggu pelajar ialah masalah akademik dan kerjaya (Min=1.38, SP=0.68), diikuti oleh masalah psikologikal (Min=1.09, SP=0.59), dan masalah penyesuaian kerja (Min=1.07, SP=0.58). Berdasarkan keputusan ujian-t tidak bersandar, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam skor tahap masalah, t(338)=-2.981, p<.05, dan skor tahap kecerdasan emosi, t(338)=-4.870, p<.05. Pelajar bandar dan pelajar luar bandar turut menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam skor tahap masalah, t(338)=-3.914, p<.05. Sebaliknya tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar bandar dan pelajar luar bandar dalam skor tahap kecerdasan emosi iaitu t(338)=-1.608, p> .05.